MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, September 29, 2009

Haruskah dihormati org tua yg kurang hajar ngan kita?

Tengok pada tajuk post ni mmg agak keras + agak kurang hajar jugak la kan... tapi sekadar nak berkongsi cerita n pendapat ( pendapat ke? or perasaan marah yg meluap2? huhuhu..) Sering kita dengar, yang tua dihormati yg muda disayangi.. Ya, amat tepat sekali tp tak semua org nak praktikkan menda nih. Lebih2 lagi org tua yg perasan bagus, langsung takleh pakai. Dia nak org muda aje yg hormat dia, tp dia takleh nak hormat org muda; dengan alasan "dia org tua". Apedehal!

Nak dijadikan cerita yg berlaku pagi tadi, seorang hamba Allah ni dah kalut nak pergi keje, lewat..sebab tayar motor pancit tengah jalan. Jam dh tunjuk kul 8. Sib baik lah ada seorg hamba Allah yg lain ni nak tolong gantikan tiub tayar yg bocor tuh. Disebabkan dah lambat benor ( she suppose to be at work at 7.30 am), dia call someone at home utk pick her up and hantar dia gi keje. So, org kat umah amik la dia sementara hamba Allah yg baik hati tadi gantikan tiub tayar tu tp bukan hantar pi keje, sebaliknya hamba Allah yg mula2 tadi kena hantar org kat umah tu balik umah semula sbb dia ada keje lain. So, she can use the car to go to work. Nak dijadikan cerita ni lebih sensasi, lepas hamba Allah ni hantar org umah tu balik, she ready to leave..melalui lorong depan rumah dia...ala jalan yg kat taman-taman perumahan tu... dari jauh hamba Allah ni dh nampak seorg tua tunggang motosikal tp berenti tgh jalan kecik tu sambil discuss something with another guy. Jarak antara rumah hamba Allah ni dgn tempat "mesyuarat x rasmi" jantan2 tu bukan la jauh sgt...lebih kurang 50 meter je, so diorg boleh nampak la kalo ada kenderaan lain nak lalu. Yg jadi masalahnya, bila jantan2 tu duk berbincang di tengah2 jalan yg sempit tu. Dh la kat situ ada plak sekor kereta Kancil duk parking cantekk je tepi jalan. Takde space la bila WIRA hamba Allah ni nak mengelak jantan2 tuh. Jadi dengan kontrol suara yg dh nervous (sbb lewat dah ni), hamba Allah ni pon cakap la kat org tua yg duk atas motor tu, pasal dia yg duk kat tgh2 jalan. Yang lagi sorang tu berdiri aje.. #"Pokcik, buleh tepi sket dok?, saya nok lalu ni, dh lewat nok gi keje". Mula2 dia pandang je hamba Allah ni, wat tak tahu. Tapi bila 3 kali hamba Allah ni mintak dia ke tepi, korang tau apa dia jawab? " Yang mu laju2 sgt bawok keta dlm kampung ni bakpe? nak langgor org pulok? baru ni ada doh org kena langgar. ke mu nok jadi samseng jalanan?" Duk kampung org, wak gong!" Pergh... sialan betul! Dah tentu2nya hamba Allah ni bawak slow sbb dari depan umah dia, dh nampak jantan tu duk tgh jalan. Tak ke kurang hajar namanya tu. Ada lagi la yg hamba Allah ni jawab tp masih kontrol suara sbb kenangkan bercakap dgn org tua walopun si tua yg tak sedor diri tu, dh macam org hilang akal plak membebel dgn suara kuat, salahkan hamba Allah ni. Tp dalam duk bebel2 tu dialihkan juga la kedudukannya ke tepi sbb hamba Allah ni malas nak layan dh, sbb mmg dh lewat gile nak masuk keje. "Saya malas nak baloh ngan pokcik org tua, kang macam org giler plok saya ni baloh ngan org tua..." kata si hamba Allah ni sambil blah ngan WIRAnya. Tapi masih dengar lagi bebelan si tua sbb cermin tak tutup.
So, conclusion is... tak semestinya org tua harus dihormati. Kalo nak dihormati dia pon kena tau hormati org lain, tak kira la org tu tua atau muda. Aku letakkan point atas kejadian ni ialah; sbb dia tgk hamba Allah tu perempuan. So, senang2 la dia nak maki hamun, herdik sesuka hati depan org ramai macam org tu takde mak bapak. Ni cerita benar, dan sebenarnya aku juga pernah mengalami perkara yg sama - lebih kurang. Rasanya pernah tulis, mana ekkk? ermm.. haa.. yg INI. Salah dia, tp nak salahkan kita plak... mentang2 la org perempuan, kalu aku lelaki.. aku debik pakcik tuh. Biar tergolek je dari motor!

#Guna loghat Terengganu kasi real sket!


*Aku - Sebaik-baiknya saling hormat menghormati, baru la diri disayangi..

2 ulasan:

Zampeada berkata...

verdik aku: setuju... hehehe... tapi apa pun bersabar lah dulu. kalau tak boleh, angkat kaki tinggalkan tpt kejadian. perasaan kita lain, org pula berpandangan lain.

theblabber berkata...

well, respect begets respect. doesn't matter dia tua atau muda, if tak tahu respect orang lain (dan diri sendiri), i don't think orang tu deserve anyone's respect.