MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, September 20, 2009

Tag En. Zampeada

Tak ku sangka2 la plak, kena tag ngan en. Zampeada utk jawab soklan2 ni. Semuanya benar melainkan tidak ada yg tidak benar kecuali benar belaka...

TIGA pengalaman yang takkan dilupakan semasa berpuasa masa zaman kanak-kanak dulu

  1. Darjah 2 masih lagi tak puasa. Eh! bila kawan2 tanya, mesti jawab puasa sebab tak bawak duit, tak bawak bekal pi sekolah Tahan perut lapar x makan. Tapi balik umah cari nasik.
  2. Tak ingat umur bape tahun. Time tu aku mmg tak puasa, tgh makan buah jambu air kat depan umah. Bila ada org lalu lalang depan umah (sbb umah tepi jalan) aku berenti kunyah,kemam jambu yg tak berapa nak lumat dlm mulut. Takut org tau aku tak puasa.
  3. Harap maaf, 2 aje yg tak penah lupa. Wajib kena jawab ke nih? Lupa la...diari hilang! huhuhu...

TIGA pengalaman yang takkan dilupakan semasa berpuasa bulan ramadhan tahun ni (termasuk tahun2 lepas la...sbb tak byk citer la)

  1. Majlis berbuka puasa kat tempat keje aku (sekolah). Gara2 datang lambat-kul 6.40ptg, kononnya malu la kalo dtg awal takut org ckp gelojoh, tak dapat tempat duduk. Terpaksa berbuka bersimpuh atas tikar...eleh! syok apa!
  2. Disebabkan kelewatan itu, banyak la menu dan juadah yg tak sempat aku jamah. Habis dah disapu dek org lain...huhuhu. Daging masak lada hitam pun dapat satu keping je...
  3. Ni kisah 3 tahun lepas. Jemputan berbuka anjuran PEMUDA & PUTERI UMNO dun Paka. Bayangkan aku terpaksa berbuka tanpa minum air sbb air yg disediakan cuma air jagung je. Aku mmg tak minum air jagung @ aiskrim jagung tp kalo bubur jagung atau sweet corn tu mmg aku suka. Punya la byk aku makan tembikan time tu..sbg pengganti air. Sib baik masa makan aku tak tercekik!

TIGA juadah berbuka yang anda teringin tapi tak dapat

  1. Chicken Chop buatan mak
  2. Char kue teow
  3. Mee Soto

TIGA lagu raya yang anda minat

  1. Satu Hari Di hari Raya (M. Nasir)
  2. Dendang Perantau (Tan Sri P. Ramlee)
  3. Lagu Sudirman tp tiba2 aku lupa plak judul dia... "dalam dingin subuh...."

TIGA perancangan anda utk hari raya nanti

  1. Ala kadar je.. tapi banyak gak kuar belanja. Erm..camne tu?
  2. Nak beraya sakan ke rumah kawan2 - so far belum tertunai lagi.
  3. Nak amik gambar byk2..kalo ada yg nak tolong snap!

TIGA juadah raya yang anda minat

  1. Ketupat Nasi & kuah kacang buatan mak
  2. Tart Gulung
  3. Kek Lapis Sarawak

TIGA perkara yang rutin anda tak berpeluang buat utk raya ni

  1. Salam & cium tangan abah mintak maaf
  2. Berinai - aiceh! cam pengantin plak..
  3. Sama dgn 3 jawapan Zampeada...hehehe

Huhu.. puas hati ko Zam? mengado2 betul tag kan aku soklan2 camni? Tak mencabar langsung. Lain kali tanye la soklan sastera ke..geografi ke..ilmu fekah ke..

3 ulasan:

Zampeada berkata...

Dari Jauh Kupohon Maaf. itulah lagu yg ko lupa tajuk tuh...

nak snap gambar byk? mmm... wajib dipaparkan ke dlm blog nih... nak gak tgk kan? hheh...

Zampeada berkata...

hek eleh... tak mencabar konon... tapi ada gak ruang2 jawapan yg 'ADO'. potong markah lar cam ni...

-azura- berkata...

Zampeada : A'ah... itu la.. dh siap post, baru igt la..hehehe. Gambo ada la jugak, tp x byk sgt sbb takde org nak tolong amik. aku up kat FB. Potong markah gak ke? takkan takde markah kesian?