MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label friends. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label friends. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 30, 2011

Perfect Story 2011

Rupa-rupanya hari ni dh 30 Disember 2011. Bermakna tinggal sehari lagi 2011 akan pergi dan 2012 akan datang. Gua tiada apa yg indah nk diframekan. Kecuali tahun 2011 ni gua buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke pulau peranginan dan bersnokeling dgn jayanye.

Cerita lain, gua dpt bertemu dgn beberapa Aimluvs yg rata2nya mmg rapat di group dan twitter. Gua x reti nk kabor feeling dia camne tp yg paling senang nk ckp - SERONOK dpt jumpa diorg.

Part sedih pulak, bila cinta x kesampaian tp gua malas nk ulas mende ni panjang2. So far, gua alhamdulillah. Masih mampu meneruskan hidup seperti biasa.

Saat-saat akhir 2011, masalah disiplin gua. Yang tahu aje tahu, yg x tahu mmg gua xkan kabor.

Gua tinggalkan dulu KKMD ni sehingga tahun depan dgn semangat baru. Gua chow dulu, nak blah dating dengan abam Ronaldo sambut new year. Adios!




Sent from my BlackBerry® wireless device

Jumaat, Ogos 12, 2011

Blog Yg Dirindui / Linglung & UYA / Aku Forever

Dah masuk hari ke 12 puasa, baru gua berkesempatan kembali mengetuk jari ke keyboard lappy adik gua yg gua pinjam senyap2 time dia tidur. Dah banyak juga yg gua ketinggalan ( baca entry kawan blogger sekelian ). Lama sungguh tak menjenguk AkuPM, Zampeada, fndrocka, Poyotitos, AkuLinglung, GC, JiejahGojes dan yg lain2.

Hari ni, bila ada lappy pun, gua masih tak dapat nk abiskan mengadap lappy 24hours. Byk lagi kerjaan lain yg gua harus setelkan, so maafkan diriku. lagipun gua ingat, takde guapun, diorg masih boleh hidup berkarya.

Gua nak amik kesempatan nak share tahniah gua kepada AkuLinglung sbb beliau dah jadi tokey skrg. Bagi sesiapa yg duk area PJ, Subang atau KL tu, gua kira takde masalah kot nak berkunjung ke kedai Linglung - UYA Distro. Macam2 yg ada dijual kat situ. Daripada buku2 indie, baju kurung, baju melayu sempena raya, t-shirt indie, kerepek sempena raya, payung dan mcm2 lagi hingga tak dapat gua nk menyebutnya satu persatu. Cuma, taklah gua dpt pastikan apakah Linglung dah resign sbg jurutera yg sebelum ini menjadi periuk nasiknya. Sbb beliau ada pernah kabor ke gua kalo dia dh hntr surat resign. Gua harap Linglung dan bisnesnya akan berjaya dgn cemerlang, gemilang dan terbilang. UYA!

Sempena nk sambut raya, gua pun ada buat bisnes kecik2. Amik tempahan tempeyek di kalangan kawan2. Ni tahun kedua gua. Takde la nk buat besar-besaran pon. Jadilah lepas belanja raya, buat topup gua nak bercuti tahun depan. Tapi itu bukanlah bererti gua tak bersyukur dpt bonus setengah bulan gaji. Gua bersyukur alhamdulillah, sambil sengih sepanjang hari.

Feel raya tahun ni, gua tak rase sgt. Tak pasti kenapa. Mungkin sebab gua dah semakin dewasa. Dah boleh jadi mak orang walaupon gua baru 26 tahun. Kehkehkeh!
Okeh! gua stop dulu sebelum makin banyak gua merapan.

Khamis, Jun 23, 2011

Review Sperma Cinta by AkuLinglung

Mingu lepas di Annexe Gallery, sebelah CM, berlangsung Kuala Lumpur Alternative Bookfest. First time gua pergi sbb gua nak raikan pelancaran blook seorang kawan blogger gua tak pernah kenal sebelumnya. Adapun hari ini, setelah hampir seminggu gua mendapatkan Sperma Cinta dari blogger yang gua kagumi kerana hasil penulisannya iaitu brader Linglung, hari ini dengan rasa senang hati dan rendah diri gua meluangkan masa menjejakkan kaki ke CC (sbb lappy gua dah jahanam) utk membuat sedikit ulasan hasil pembacaan gua.

Adapun secara umumnya, kebanyakkan cerita yang dimatkan dalam blook ini telahpun gua baca dan komen di blog beliau sendiri tapi gua masih dapat merasakan kesegaran, ketulenan serta kelucuan yang cuba disampaikan. 

Bagiyg pertama kali baca judul blook ni, yang tak teliti tentang intipati serta isinya pasti akan menganggap Sperma Cina merupakan satu buku yg berunsur lucah atau penuh dengan ke"biru"an. Tapi, bak kata mak gua, "don't judge a book by it's cover". Mak gua pun pandai gak cakap omputeh.

Okeh! Tak payah sembang lebat, buang masa, takde guna. Gua stret tu de poin. Kalo lu orang nak tahu, Sperma Cinta ni merupakan satu buku blog atau blook yang dihasilkan oleh Linglung (bukan nama sebenar) berdasarkan kepada kisah hidup beliau sedari kecik umur 6 tahun hingga la dah besar gajah ni. Pengalaman hidup yang jarang-jarang orang boleh recall satu persatu dan mahu dikongsi dengan orang lain apatah lagi dengan orang yg tak dikenali macam gua ni. Tapi skrg kami dah saling kenal, maksud gua, gua dan jumpa Linglung face to face!

Bermula dgn kisah beliau semasa tadika. Gua sebenarnya tangkap syahdu gak dgn ayat yang digunakan lebih2 lagi bab ibu-ibu, mak-mak ni. Tapi gua tak nafi apa yg beliau tulis. Kalo tak kerana nasihat seorang mak yg mengharapan kejayaan masa depan si anak, gua ingat Linglung ni pasti tak jadi orang macam skrg. Jadi badut barangkali. Itupun gua tgk bakat yg ada pada beliau. Boleh la buat2 cari sesuap nasi. Lari balik ke rumah pada hari pertama masuk ke tadika mmg "true". Gua pernah menyaksikan kejadian seperti tu dulu. Tapi gua tak sangka pulak, kalo kejayaan seorang yg steady dan agak kental mcm Linglung rupanya bermula dengan lari dari tadika. Macam "hantu Kak Limah balik rumah" la. 

Itu permulaan yg gua takleh lupa, apatah lagi siap ada gambar comel beliau masa kecik2 dulu. Sebenarnya banyak lagi kisah lain yang masuk dalam list gelak kuat gua. Kisah beliau eksen nak tayang terer depan awek naik basikal lepas tangan pastu langgar pokok, pasal beliau dgn member2 asrama kantoi dengan warden sebab isap rokok, kisah surat cinta untuk kiah yang macam harem gak la gua ingat member beliau tu. Adui! sakit perut gua dibuatnya. Okeh! Gua tipu, sbb gua sakit perut nk gi toilet sebenarnya.

Gua berkesempatan bawa blook ke tempat kerja. Kwn kelik gua ni, pesen yg skema sket, tak banyak. Tapi kalo bab2 tgk tajuk pelik mcm Sperma Cinta, awal2 dh bising kat gua. Tapi gua bagi can kat diorg nak marah gua ke hape, then gua suruh diorg baca. Nah! Ambik kau!. Terkekek-kekek ketawa. Siap boleh buat review lak kat gua, padahal gua dah khatam dulu dari dia. Takpe jugak. Gua bagi can lagi pasal gua nk bagi diorang punya mind tu lebih terbuka. Jgn letakkan pandangan pertama sebagai penyudah tanpa meneliti kebaikan yg ada. 

Memang ramai yg bersuara pada aku, kenapa Linglng letak tajuk Sperma Cinta?! Bunyiknya macam tak sesuai dan ada yg kata jijik! Pergh! Tak tahu la aku tang mana yg jijik, tp kalo kata mcm lucah sket tu, mungkin. Tapi apa nak heran, kita pon berasal dari penyatuan benih sperma dan ovum. So, menda tu normal la kan? Cewah!

Sebenarnya banyak lagi kisah lain, tp sbb masa lak tak izin gua duk lepak lama2 kat CC ni terpaksa la gua pendekkan review gua. Maklumlah, sbg gadis sunti, takkan gua nk lepak 5-6 jam kat CC. Baik gua balik rumah goreng cekodok, ada gak pekdahnya. 

Kepada Linglung, gua ucapkan tahniah diatas pelancaran Sperma Cinta. Maaf kerana gua tak dpt turut serta masa sesi persembahan Cikgu Vee dan yg lain-lain. Tapi gua akan layan show diorg di blog lu nanti. Last but not least, thanks for the "present". Cewah! Gua doakan lepas ni lu akan hasilkan lagi blook yg bergaya, mutu serta keunggulan. 


*ada pics - nnt je gua up!

Ahad, Disember 05, 2010

Special Delivery

 Hari ini pergi koje cam biasa walaupun dlm keadaan sejuk banget dan hujan yg boleh tahan renyai2nye... Apa nak buat, malas pun pegi gak la. Cuti dah takde..huhuhu..malang nasib aku!

Sampai tempat keje, terus bukak lappy. Cucuk berukben dan bersiap sedia untuk keje part time kat fesbuk. Sambil2 tunggu member lain yg belum sampai, layan mp3 sejenak dua. Tiba2 suara Black mendayu2 nyanyi untuk aku. Oh! bunyik henpon gua rupanya. Peh! Sape pulak pepagi menelipon nih?

"Salam..Cik Azura ke? Saya dari GDEX, ada bungkusan untuk cik. Opis bukak ke hari ni?", suara pompuan yg tak sedap kedengaran. Camne buleh jadi operator, pompuan tuh!

"Wsalam. Ye, saya. Bungkusan dari mana tu?"

"Dari THR. Nak hantar ke ofis ke?", tanya lagi. Uik! Ada tulis address umah gua ke?

"Ha'ah..hantar kat ofis la". "Okeh, terima kasih, cik". Klik! Talian diputuskan.

Saspen tak? saspen tak? Hahaha...Tiba2 nak dpt bungkusan. Dari THR plak tuh! Tak saspen pun, pasal aku dh tau mmg nk terima bungkusan cuma tak tau aje masa dan ketika. Pendek kata, tak sia-sia la ada kawan yg kerja kat stesen TV. Bila ada kontes, hadiah lebih2 boleh pass kat member2. Ni kali yg ke berapa ntah aku terima barang seludup camni.. Selalu dpt T-Shirt limited edition, Mug, CDs... Kali ini ada tambahan complimentary pass filem Harry Porter & The Social Network. Hari minggu nanti buleh marathon tgk wayang, sekali nengok The Chronicles of Narnia. Yehaa!


CD yg diterima
Tiset, Notbuk n CD K&A. Complimentary Pass H.P n Social Network

Sabtu, Oktober 30, 2010

Imah gi kedai..

Minggu lepas aku dengan CuDa, Suriya dan mok si Imah pergi ke Marang sbb nak ziarah Imah yg baru je bersalin anak sulungnya seorang baby pompuan yg chubby, montel dan sehat mcm ibunya. Mula2 aku ingat nak melawat kat HPNZ tapi last minute CuDa kabor Imah balik pantang umoh mok mentua dia dulu 3-4 hari. Peh! Aku rasa kurang sedap pulok, sebab pakai seluor sama t-shirt lagi2 pulok nengok si Suriya bukan main sopan ngan baju kurung sepasang. Mok Imah, aku no hal..walaupun tak berapa nak biasa ngan dia tapi mok dia cool! Macam mak aku.

Sebelum pi pick up mok Imah ngan Yaya, aku dan CuDa pi la cari dulu kuih2 yg org lepas melahirkan buleh nk makan. Utk tekak aku, kuih koci inti kelapa semestinya. Yummy! Dah selesai sume dan jemput penumpang yg lagi dua tu, bergerak la Kenari Putih TAG dot dot dot ke Marang.


Lebih kurang sejam kemudian, kitaorg dah sampai dekat ngan area rumohnya mok mentua si Imah. Tapi aku tak nampak pun sebijik kereta pun hatta kereta laki Imah tu sendiri! Uik? Heran! Pasal CuDa kabor, masa Imah kol dia, kabor dah buleh kluor hospital dan dah kol laki dia suruh datang menjemput. Bila kitaorg tgk takde kereta pun kat rumohnye mok mentua Imah tu, CuDa sbg drebar utk ptg itu, terus la pandu terlajak sket dari rumohnya mok mentua Imah. Parkir dekat-dekat ngan kedai jual kain baju gitu...wat kaber line. Kalo tak, malu pulok rasa kat ayoh mentua Imah yg ada duk lepak sambil hisap rokok kat beranda. Rokok apa? ermm.. rokok daun barangkali pasal maklum ler, rege rokok skrg mahal. Org tua tu dh tak bekerja. Mana nk cekor duit beli rokok sebatang RM1.


Aku cuba kol Imah. Nak tanye la, kot2 dia belum boleh kuor spital lagi, senang kitaorg pakat panjat tangga spital jer. Tapi ada pompuan tu jawab "cannot reacheable..cannot reachable..." Sib baik aku pakai postpaid. Kalo prepaid, aku agak abis kredit gitu je.

"Ya, mung gi ar tanye ayoh ye, Imah balik dok lagi? Dok cakak nok tunggu bodo sini. Doh la tepon dok buleh2 eh!", aku bagi sagesyen ke Yaya. Lagipun tgk molek doh dia dengan baju kurung. Abis sopan la nak mengadap ayoh mentua Imah yang wabaraqah tu. Bila takde bantahan dari CuDa sebaliknya sokongan daripada dia, Yaya pun dengan konfiden menapak lebih kurang 15 meter dari kereta ke rumoh mok mentua Imah. Dari jauh aku tgk bukan main bersungguh lagi ayoh mentuanya si Imah mengangkat tangan macam tunjuk direction sesuatu tempat. Aku tak nampak pulok reaksi muka Yaya. Normal, minah ni mcm blur sket.

"Aku rase Imah pantang rumoh mok sedara laki dia kot?! Ce mu tgk ayoh dia siap tunjuk2 orr.. mesti dia tunjuk rumoh mok sedara dia. Arun kan rapat nge mok sedara dia...", Cuda bagi pendapat. Aku ngan mok Imah setuju sbb mmg Imah ada bagitau dulu, laki dia lebih suka balik tidur rumoh mok sedara dia drp balik rumoh mok ayoh dia.

Selesai sesi interbiu tadi, Yaya dtg semula ke kereta dengan muka siyes. Aku mcm tak sabor pulok nak tanya bila dia buka pintu kereta. "Guane, Ya? Imah balik rumoh mok sedara dia ke?", tak menyempat2 aku tanya sedangkan Yaya belum duduk dlm kereta. "Panjang ceritanya...", jawab Yaya ringkas. Muka mmg siyes. Aku dh agak mesti nk kena pegi rumoh mok sedara dia pulok lepas ni.

"Imah gi kedai!", itu la jawapan yg Yaya terima dari ayoh mentua Imah sebelum dapat jawapan sebenar. Aku, CuDa dan mok Imah terus gelak tak ingat bila dengar je ayat tu. Ye la... ape ke logiknya, org baru bersalin 3 hari dah berani jalan ke kedai. Patut la, bukan main lagi ayoh mentua Imah tunjuk2 rupanya nak tunjuk, Imah pegi kedai kat situ..kat situ... Yang si Yaya ni pulok mmg blur, siap buleh tanya Imah pegi kedai mana. Aduyai! Senak perut aku!


*Aku - Salah faham tu..

Khamis, Jun 10, 2010

SaTu


Instructions:


Put your iTunes/Napster/Zune Player/WinAmp/etc on shuffle.
For each question, press the next button to get your answer.
YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!
Tag 10 or more friends who might enjoy doing this as well as the person you got it from.



IF SOMEONE SAYS "IS THIS OKAY" YOU SAY?
Aku dan Sesuatu (XPDC).

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Kejoraku Bersatu (Search).

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Hairan bin Ajaib (XPDC).

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
You Make Me Wanna (Usher).

WHAT IS YOUR MOTTO?
Ke Pintu Kasihmu (Fotograf).

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Beat It (Michael Jackson).

WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS?
Just Lose It (Eminem).

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Here Without You (3 Doors Down).

WHAT IS 2+2?
Pari-pari Di bawah Angin (MUH).

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIENDS?
I don't Want To Miss A Thing (Aerosmith).

WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Kekasih Gelapku (Ungu).

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Bukan Diriku (Samsons).

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Umbrella (Rihanna feat. Jay-Z).

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
I Love The Way You Love Me (Boyzone). *My Favorite*

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Yesterday (The Beatles).

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Sexy Back Bold(Justin Timberlake).

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Over My Head (Sum 41).

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
PaperCut (Linkin Park).

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Sandiwara Cinta Semusim (Iklim).

WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
Hampa (To'Ki).

HOW WILL YOU DIE?
Everything I Do (Bryan Adams).

WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
Black Or White (Michael Jackson).

WHAT MAKES YOU LAUGH?
Aku Tanpa Cinta Mu (Mirwana feat. Jay Jay).

WHAT MAKES YOU CRY?
Coba (Faizal Tahir).

WILL YOU EVER GET MARRIED?
Alhamdulillah (Too Phat Malay Version).

WHAT SCARES YOU THE MOST?
P.U.S.P.A (ST12).

DOES ANYONE LIKE YOU?
Jika (Melly Goeslow & Ari Lasso).

IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
Merindukanmu (d'Masiv)

WHAT HURTS RIGHT NOW?
You're Not Alone (Michael Jackson).

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Satu (Dewa19).


BLOGGERS I WANT TO TAG:


Haiza, Yani, Wan Breakaz, Ymn, Dinkgo, Eiza

* Sorry x cukup gak.. Fndrocka tak tersenarai sbb Zampeada Tag him 1st


*Aku - Byk lagu lama je nih..

Ahad, September 20, 2009

Tag En. Zampeada

Tak ku sangka2 la plak, kena tag ngan en. Zampeada utk jawab soklan2 ni. Semuanya benar melainkan tidak ada yg tidak benar kecuali benar belaka...

TIGA pengalaman yang takkan dilupakan semasa berpuasa masa zaman kanak-kanak dulu

  1. Darjah 2 masih lagi tak puasa. Eh! bila kawan2 tanya, mesti jawab puasa sebab tak bawak duit, tak bawak bekal pi sekolah Tahan perut lapar x makan. Tapi balik umah cari nasik.
  2. Tak ingat umur bape tahun. Time tu aku mmg tak puasa, tgh makan buah jambu air kat depan umah. Bila ada org lalu lalang depan umah (sbb umah tepi jalan) aku berenti kunyah,kemam jambu yg tak berapa nak lumat dlm mulut. Takut org tau aku tak puasa.
  3. Harap maaf, 2 aje yg tak penah lupa. Wajib kena jawab ke nih? Lupa la...diari hilang! huhuhu...

TIGA pengalaman yang takkan dilupakan semasa berpuasa bulan ramadhan tahun ni (termasuk tahun2 lepas la...sbb tak byk citer la)

  1. Majlis berbuka puasa kat tempat keje aku (sekolah). Gara2 datang lambat-kul 6.40ptg, kononnya malu la kalo dtg awal takut org ckp gelojoh, tak dapat tempat duduk. Terpaksa berbuka bersimpuh atas tikar...eleh! syok apa!
  2. Disebabkan kelewatan itu, banyak la menu dan juadah yg tak sempat aku jamah. Habis dah disapu dek org lain...huhuhu. Daging masak lada hitam pun dapat satu keping je...
  3. Ni kisah 3 tahun lepas. Jemputan berbuka anjuran PEMUDA & PUTERI UMNO dun Paka. Bayangkan aku terpaksa berbuka tanpa minum air sbb air yg disediakan cuma air jagung je. Aku mmg tak minum air jagung @ aiskrim jagung tp kalo bubur jagung atau sweet corn tu mmg aku suka. Punya la byk aku makan tembikan time tu..sbg pengganti air. Sib baik masa makan aku tak tercekik!

TIGA juadah berbuka yang anda teringin tapi tak dapat

  1. Chicken Chop buatan mak
  2. Char kue teow
  3. Mee Soto

TIGA lagu raya yang anda minat

  1. Satu Hari Di hari Raya (M. Nasir)
  2. Dendang Perantau (Tan Sri P. Ramlee)
  3. Lagu Sudirman tp tiba2 aku lupa plak judul dia... "dalam dingin subuh...."

TIGA perancangan anda utk hari raya nanti

  1. Ala kadar je.. tapi banyak gak kuar belanja. Erm..camne tu?
  2. Nak beraya sakan ke rumah kawan2 - so far belum tertunai lagi.
  3. Nak amik gambar byk2..kalo ada yg nak tolong snap!

TIGA juadah raya yang anda minat

  1. Ketupat Nasi & kuah kacang buatan mak
  2. Tart Gulung
  3. Kek Lapis Sarawak

TIGA perkara yang rutin anda tak berpeluang buat utk raya ni

  1. Salam & cium tangan abah mintak maaf
  2. Berinai - aiceh! cam pengantin plak..
  3. Sama dgn 3 jawapan Zampeada...hehehe

Huhu.. puas hati ko Zam? mengado2 betul tag kan aku soklan2 camni? Tak mencabar langsung. Lain kali tanye la soklan sastera ke..geografi ke..ilmu fekah ke..