MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, November 03, 2009

Back To The Line...

I'm back! Erm.. takde la lama sangat aku "cuti" dari blog ni lepas kisah "tragik". Walopun masih dalam mood kesedihan, tapi dah boleh kontrol. Cuma sesekali je, lebih-lebih lagi bila time lepas solat baca surah Yaasin tu, aku teringat kat arwah, aku nangis.

Skrg boleh dikatakan aku struggle giler nak siapkan assignment yang satu - Macroeconomics. Mak ai.. memula tgk soalan, nampak cam senang je. But now dah semput lak nak menyiapkannya. Mmg jenis aku suka sudahkan kerja last minute, rasa lebih semangat. Tapi masalahnya inilah, kelam-kabut sikit. Takde masa nak lepak ngan kawan-kawan, cerita-cerita. Sampai semalam Cuda ajak kuar, nak belanja makan pun aku reject! Tapi kalo online okeh jer.. ala, itu pon sebab sambil cari2 bahan untuk assignment.

Lately tak dapat tgk bola. Game mana2 pon tak tahu dah. Tp tragik bila dapat tahu Liverpool kalah teruk. Dua kekalahan berturut-turut. Man U masih di tangga kedua, tak dpt nak kejar Chelsea yang menang besar baru-baru nih. (sorry, tak tahu info detail - tak tgk match, tak baca paper, tak surf kat sokernet *bz melampau). Arsenal? huh! tau mereka menang tp tak yah citer pasal The Gunners, aku mmg tak penah suka mereka kecuali Ashavin..hehehe

Sejak dah pindah rumah dan tinggal sendiri, aku mula faham erti hidup berdikari. Dulu aku selalu pelik bila dengar kawan2 yang tak sempat nak settle kerja-kerja rumah. Nak urus rumah, anak, masak dan lain-lain. Tapi bila aku dah hidup sendiri ni, aku dapat rasa sedikit kepayahan tu. Yup! walopun takde anak, tp diganti dengan masa nak study...sedikit rushing dan memenatkan. Tapi takpe.. sbb itu pilihan aku. Kena teruskan jugak. Since sebelum kawin ni, kena settlekan apa yang terbantut masa zaman remaja dulu..

Sedikit terbeban bulan ni. Gara-gara gaji awal. Ada yg bersuara "kenapa di amik awal gaji tu?" erm..dah ada, tak cukup pi amik..hahaha.. nasib la. Harap2 sempat la "bernafas" sampai bulan depan.

Nak share planner sket...

November:

7hb - Ada tutorial kat OUM PPT K.Trg.
Submit 2 assignment skali - Investment dan Macro.
Kalo sempat nak singgah umah ucu kat B.Buruk, tp kalo kelas abis lewat, balik Dungun terus petang tu.

14-15hb - Mid term exam... sume subjek topik 1-3. Dengar cam sikit kan.. tapi boleh masuk ke dlm pale hotak aku nanti?huhu..

28hb - radio Rosak in K.T. Kebetulan aku akan berada di K.Trg, tp tak sure dapat join ke tak... takut ujan, maklum la dah musim tengkujuh.

Disember:

Kemungkinan akan ada kursus tp belom confirm tarikh. dapat gi KL best gak, leh jumpa kengkawan lama. Oh! jangan lupa final exam... eee..seram!

Ops! yg ni a lil bit personal. Tp nak share gak... berlaku sedikit ketegangan antara aku ngan abah. Erm.. ntah la.. tak tahu silap aku atau abah. Tapi org tua mmg tak penah nak mengaku kesilapan sendiri atau aku yang terlebih emosi. Mmg...sejak arwah atuk takde, aku jarang balik umah mak. Bila balik pon takde cerita-cerita mcm dulu...lebih suka mengadap TV. Walupon atuk tak tinggal dengan kami, tp aku rapat dgn atuk..mungkin aku merasa kehilangan walopun dalam masa yang sama aku rasa arwah masih ada. Macam tak percaya dia dah tinggalkan kami sume. Back to abah.. mungkin aku geram, marah, kecewa, sakit hati bila mak bagitahu abah dh wat keputusan yang kami tak payah balik dengkil bulan 12 nanti (awalnya nak balik tp bila dpt tau atuk sakit, kami balik). He said bcoz kami dh balik, jd tak payah balik lagi.. lagipun atuk dh takde. Huh! apa salahnya.. boleh raikan sekali tahlil 40 hari arwah atuk.. but he doesn't think like that. Aku benci!.. kenapa abah tak memahami.. jgn fikir pasal aku, tp fikir lah tentang mak. Mak dh terlalu sedih sbb tak dapat jumpa atuk saat2 akhir... tak dapat jaga atuk masa dia sakit kat hospital...kenapa? kenapa abah tak boleh fikir dan igt pasal tu?
Masuk hari ni dah dekat seminggu, aku dingin ngan abah. Bercakap hanya perkara yg perlu, itu pun jika dia bertanya... tak tahu bila boleh cool balik.. Yang nyata, aku mmg tgh tegang skrg.


*Aku - Hiburkan hati dengan SEKAR. Hibur? Tambah sakit ada la...hahaha

1 ulasan:

erm..not important for u to know ;) berkata...

ish ish ish...bz benor mung.....

tp aku yakin ko mampu manage sumer tuh....

IDUP ZURA!!!!!!