MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, Oktober 28, 2009

Kehilangan...

Masih dalam mood kesedihan. Sampai saat aku taip post ni pun, aku masih menangis. Org yg aku sayang, telah pergi meninggalkan kami semua. Atuk...

20hb Okt 2009 - Selasa.
Lebih kurang 3-4 hari sebelum kematian atuk, aku dh terima call dari Azwan (sepupu aku) bagitahu atuk masuk wad. Katanya sakit dia yg biasa macam hari tu..(bulan 7, atuk masuk wad- kami balik Dengkil tgk atuk). Masa tu, sakit atuk sekejap2 aje. Hatta, sebelum ajalnya sampai pun mmg Mak Ngah cakap atuk sakitnye cam biasa...datang kejap2.

23hb Okt 2009 - Jumaat.
Mak dapa call dari Mak Ngah, mengatakan atuk sakit teruk. Nak kena operate. Mak dah gabra giler...nangis2. Aku juga sama. Mak suruh aku call abah kat pelantar. Problem sbb tak tahu abah duk kat pelantar mana. Try call jugak..tak dapat. Try call kawan2 dia yg x duty...x dapat info plak. Cuma sempat pesan pada sorg lagi kawan dia. Finally dapat ckp ngan abah. He can't make it. Takde org nak ganti kalo dia balik. So, he allowed us to back to Dengkil petang tu gak. Din plak can't make it nak drive his car sbb belom service. But he promise, akan ikhtiar cara lain. Petang tu, jam 5.30 aku bertolak balik Dengkil dgn mak, Ain, Boboy & Kiki.
Drive terus sampai Hospital Serdang, jam 11 mlm. Ramai dh tunggu kat lobby. Azwan, Along, Syukor, Pak Ngah, Ogy, Abg Zubir, Adik. Azwan ckp atuk jatuh...doc ckp takde harapan.
Kami naik ke wad ( icu actually). Atuk breathing guna machine. I can't stop crying...

24hb Okt 2009 - Sabtu.
Lebih kurang jam 12.50am, atuk pergi tinggalkan kami semua forever. Doctor said dah tak boleh buat apa2 sbb usus atuk dh pecah. Actually he got Ulcer. Tp doc tak dapat kesan. Balik2 igt atuk sesak nafas sbb jantung, sedangkan dia sakit perut yg amat sangat, hingga dia sesak nafas. Air mata mmg mengalir laju...tp aku tak dapat tahan. Aku terus meratapi kehilangan atuk sambil peluk tubuh yg dah kaku kat atas katil hospital tu. Din sampai Dengkil jam 8.00am...sempat dia bersama semua cucu2 lelaki arwah atuk mandikan jenazah, solat dan kebumikan jenazah. Sebak hati aku bila dengar Mak Ngah bagitahu, arwah penah peasn pada Syukor...dia mahu cucu dia sambut dia dalam liang lahad (atuk takde anak lelaki). Kesian ucu...tak sempat tgk jenazah atuk..dia sampai jam 7.00pm, naik bas dr K.Trg.

Ada rasa terkilan terbit dalam hati...Aku pernah berjanji, bukan pada sesiapa tp pada diri sendiri. Aku mahu atuk ada disaat aku mendirikan rumahtangga. Aku mahu atuk sentiasa sehat utk sama2 meraikan hari kebahagiaan aku. Tp itu semua tak jadi kenyataan. Atuk dah pergi dulu tinggalkan kami tanpa aku lunaskan janji aku. Byk perkara sebenarnya....aku rindu saat2 atuk mengambil berat ttg aku. Segala2nya...


"Atuk... jika atuk boleh dengar isi hati cucu mu ini.. betapa kami sangat sayang pada atuk.... bagi kami, atuk adalah atuk yg terbaik di dunia. Walopun atuk susah, tp atuk ttp mahu berkorban utk anak2 dan cucu2. Maafkan akak sbb tak dapat penuhi keinginan atuk sebelum atuk tutup mata. InsyaAllah, akak akan cuba lunaskan secepat mungkin walopun atuk dah takde."

Aku berharap, aku tidak akan pernah lupakan arwah atuh walau di mana aku berada...atuk dh byk berkorban utk aku... aku tak mahu lupa arwah atuk..aku nak igt sampai bila2...kerana kenangan bersamanya adalah yg terindah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.



*Aku - Terasa arwah masih ada... masih menangis

2 ulasan:

6ky Angel berkata...

takziah... semoga rohnya di cucuri rahmat..and take care..

Zampeada berkata...

sedihlah pulak...