MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Februari 27, 2010

Sedikit ulasan game tadi...

Tadi tgk match Chelsea vs Man City. Lazimnya, mmg dlm tangan Chelsea kalau beraksi di gelanggang sendiri ( Stamford Bridge ) pasti menang walaupun mungkin ada kemenangan yg dicatatkan cuma kemenangan tipis. Tapi malam ni, jadi satu malam yang malang pulak buat anak buat Ancelotti sbb terpaksa menanggung kekalahan yg teruk selepas tewas 2-4 di tangan Manchester City. Separuh masa pertama, Lampard dengan cunnya menendang masuk gol pertama perlawanan selepas gagal di kawal oleh pertahanan Man City. Aku rasa itu adalah gerakan paling cun game tersebut sebab nampak begitu mudah utk Lampard bolos dan jaringkan gol menewaskan keeper Man City. Tapi saat bermulanya malang Chelsea tu bila tak sampai 5 minit selepas goal pertama Chelsea, Man City dah serang balas dengan jaringan Carlos Tevez. Mak ai... aku igt Lampard dah buat jaringan cun, tapi rupanya Tevez punye gol lagi cun , woo... Lebih kurang mcm gerakan Lampard td, Tevez berjaya bolos dan gerakan slow menuju ke gawang mmg cantekk.. dorongan bola perlahan ke gawang berjaya mengaburkan pihak lawan.
Bila dah tengah2 game aku pon tgk2 sambil layan fb je dah...hehehe...
Sib baik gak la Lampard dapat satu sepakan penalti. Tp tak bermakna dah sebab Man City dh mendahului 4-1 masa tuh. Mana nak kejar, dh la 2 pemain Chelsea kena kad merah buang padang. Ballack ngan sape sorang lagi mamat tu, kurang pasti pulak. 9 lawan 11 pemain..letih la.. Akhirnya, Chelsea kalah ditempat sendiri.
Esok final Carling Cup.. Man United vs Aston Villa kat Wembley. Tp sure takleh tgk sbb ada keje nak buat..huhuhu. Takpe2.. reporter aku ramai.
*Aku - Assignment tak siap lagi, Sabtu nk kena hantar.

Tiada ulasan: