MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, April 25, 2010

30 Malam Tanpa Siang

Mcm mana korang nak hidup dengan keadaan malam yang berterusan tanpa siang selama 30 hari? Pergh! Tak pernah aku bayangkan. Memang keadaan macam ni wujud tapi kat belah kutub utara sana - Alaska terutamanya (entah betul ke tak, Alaska kat kutub utara).

Tapi walaupun keadaan gelap tanpa kehadiran cahaya matahari, aktiviti yg lazimnya dilakukan pada waktu siang tetap berjalan seperti biasa. Cuma keadaan sedikit berbeza kot..ye la, nak sesuaikan dgn waktu yg gelap, suhu yg sejuk (bila time malam sepanjang masa ni dah tentu la musim sejuk-salji tebal maa..).


Ni, aku nak tambah sikit lagi, mungkin tak logik la.. tp nk tambah gak. Pernah ke korang bayangkan kalau dh hidup dalam kegelapan selama 30 hari tanpa siang tetiba plak pekan yg korang tinggal tu diserang sekumpulan pontianak. Kalau ditempat kita pontianaknya pompuan, baju puteh, rambut panjang..mengilai2 jer... tapi ni pontianak yg ganas, aktif, kuat. Pontianak omputeh la tuh! ahaks! Susah hidup beb! Makhluk ni pulak mmg spesis cerdik tak boleh diajar. Sebab belum sempat nak ajar, ko dah kena ngap dulu..langsung ko plak yg jadi pontianak nanti.

Panjang betul mukadimahnya..nak citer pasal filem jer.. 30 DAYS OF NIGHT
Kisah sekumpulan manusia yg cuba utk survive dari jadi mangsa kumpulan pontianak yg mmg pasang niat nak hancurkan manusia lebih2 lagi org2 yg ada kepercayaan agama. Nak buktikan mereka lebih berkuasa, tuhan takde atau x dapat nk bantu manusia2 ni lagi. Kononnya la...

So, dalam dok cuba nk survive tu akhirnya cuma tinggal beberapa org aje la yg hidup. Itu pun atas daya usaha hero yg sanggup korbankan hidup dia utk jadi pontianak-mutan supaya dpt lawan dengan leader pontianak yg kepala botak tu. At the end, bila leader dah kalah, pontianak lain pon takut la..terus chow drp pekan tuh. Si hero ni plak tunggu aje la "kematian" dia dengan menunggu cahaya matahari yg kebetulan dh nak terbit sbb 30 hari waktu malam tu dah abis. Last part ni aku pun sedih gak.. sebab dia mati jadi rentung-abu didalam dakapan isteri dia. Sedih tau..huhuhuhu..


Naper citer ni plak? sebab aku baru lepas tgk citer ni tadi untuk kali yg ke 4..hehehe
*Aku - Tgk movie lagi..dan lagi...

4 ulasan:

Zampeada berkata...

jeleslah aku kau ni byk masa tgk movie...

-azura- berkata...

Sementara belum bz.. kelas belum start lagi. Boleh la... hahaha

Ridhwan Breakaz berkata...

best ke cite nie?? cm x je..

-azura- berkata...

Breakaz : terpulang.. aku takleh tgk citer2 mcm ni, teremosi. mcm aku plak yg duk dlm situasi tu...