MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, April 29, 2010

Gagal? Oh! Tidak

Walaupun ada yg mensasarkan bahawa Barcelona tidak akan berjaya ke final Liga Juara-Juara utk musim ini tapi aku dengan konfiden yg amat sangat merasakan ramalan peminat dan penyokong Inter hanya umpama mimpi dalam mimpi. Aku masih membayangkan ke"terer"an Messi melenyapkan impian Arsenal diperingkat suku akhir. "Messtrik" masih jadi sebutan.


Minggu lepas apabila Barca kalah di gelanggang lawan 1-3 aku mmg terkejut. Tak pernah membayangkan kalau Barca boleh kalah dgn Inter Milan. Kata mereka-mereka yg anti Barca - percaturan Jose Mourinho mengena! Ceh..berlagak! Takpe2.. kita tunggu aje game kat Nou Camp.

Thursday - 2.40 am - Nou Camp.
Aku antara penyokong Barca yg bersiap sedia awal di depan TV (ESPN). Menu awal pagi tu, roti bakar dgn air Ribena sejuk. Malas nak komen banyak, senang cerita sepanjang perlawanan Barca mmg banyak mengasak di bahagian kubu lawan. Beberapa percubaan berbahaya juga dilancarkan tetapi bola tidak menerjah ke gawang sebaliknya tersasar seperti org kaki tempang menyepak bola. Nak disalahkan bebudak Barca ni 100% pun tak boleh juga. Agaknya mmg dh nak ditakdirkan kalah malam tu kot. Sebab tu serangan tak menjadi. Perlawanan terikat 0-0 hingga ke separuh masa ke dua.

Sehingga minit ke 80 lebih (aku lupa masa yg tepat), barulah Barca berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pertama dan terakhir malam itu melalui Pique. Sehingga la membawak ke masa tambahan 4 minit, Barca masih gagal menambah sekurang-kurang 1 gol utk membolehkan Barca layak ke final melalui kelebihan jaringan ditempat lawan. Walaupun Barca menang 1-0 kosong, Inter tetap layak ke final menentang Bayern Munich dengan kelebihan aggregate 3-2.


Perlawanan itu turut menyaksikan sebanyak 6 kad kuning dilayangkan bersama 1 kad merah kepada Motta, pemain Inter. Inter Milan mmg memonopoli kad kuning pagi tadi. Tapi aku rasa diaorang puas hati la agaknya sbb dpt juga ke final Liga Juara-Juara.


Pasukan Inter Milan suka hati sgt meraikan kejayaan mereka tanpa pedulikan perasaan pemain dan penyokong Barca. Wei! ingat sket, korang masih kat Nou Camp masa nih!




*Aku - Punah ranah harapan "den"!

2 ulasan:

fndrocka berkata...

kalau boleh aku nak letak gambar mourinho kat komen ni...tapi takleh lah..

-azura- berkata...

fndrocka : tak bleh ke? nasib baik tak boleh!