MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Mei 22, 2010

Susulan Peguam Syarie Bukan Islam


Berikut ialah laporan susulan berkenaan Peguam Syarie Bukan Islam


Akhbar harian Metro hari ini mendapat maklum balas dari Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang meminta supaya Victoria Jayaseele Martin supaya menarik balik permohononnya sebagai peguam syarie di mahkamah Syariah demi menghormati agama islam dan agama lain di negara ini.

Menurut Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip, perkara itu dilihat sebagai menghina agama Islam dan pihaknya khuatir sekiranya perkara itu diluluskan kelak akan memberi ruang kepada kes percubaan keluar agama.

"Mahkamah syariah menjadi hak ekslusif org Islam kerana Undang-undang yg terpakai di Mahkamah Syariah membabitkan pertikaian org Islam saja, maka pihak yg mewakili mereka ini haruslah seorang Islam. Menyerrahkan tugas peguam syarie kepada org bukan Islam boleh mencemarkan kesucian Islam, malah menyebabkan salah tafsiran terhadap hukum syarak serta kelirukan masyarakat".

Menurut beliau lagi, mengikut peruntukan Kaedah-kaedah Peguan Syarie Wilayah Persekutuan 1993, jelas hanya pemohon beragama Islam sahaja layak memohon dan diterima sebagai peguan syarie. Seseorang itu juga harus ada keyakinan terhadap Allah, Rasul dan kepercayaan akidah dan tauhid tentang Islam dalam menyampaikan hujah berasaskan al-Quran dan sunah spaya hakim dapat membuat keputusan dengan adil.

Sehubungan itu, PGSM mahu mufti setiap negeri mengeluarkan fatwa rasmi di peringkat kebangsaan dan negeri bahawa hanya orang Islam sahaja boleh menjadi peguam syarie manakala negeri-negeri yang tidak meletakkan syarat Islam dalam kaedah atau peraturan bagi melayakkan menjadi peguam syarie digesa agar segera berbuat demikian.



*Aku - Setuju sangat! Kes yg boleh dianggap serius

6 ulasan:

Zampeada berkata...

sajolah nak glamer tu kan? dah jadik issue dah... laku lah surat kabo.

-MsGoodNite- berkata...

zam : dh kenyataannya mmg mcm tu. bukan nak cari glamer.. :p

ymn berkata...

bab isu semasa nie .. aku lembabp sikit ..hehehhe

-MsGoodNite- berkata...

Ymn : Yaman ekk nama ko?!

ymn berkata...

: ) salah ..

ymn - Youri Mentz Neva ..mcm france hehehehe

-MsGoodNite- berkata...

Ymn : iye ke? mcm jamaica ada la..hehehe