MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Jun 28, 2010

England dan Argentina


10.00 pm :
Kekalahan kepada Jerman sebenarnya mmg sudah dijangka. Walaupun sejarah perlawanan menunjukkan seri tapi sejak sekian lama juga dalam sejarah Piala Dunia England tidak pernah pergi jauh. Selepas berjaya sebagai juara WC 1966, Paling jauh England hanya layak ke suku akhir. Ya, peluang tetap ada tapi bukan ketika berdepan dengan Jerman. Akhirnya England kecundang 1-4. Lebih malang lagi 1 gol jaringan Frank Lampard yg sepatutnya dpt menyamakan kedudukan 2-2 dgn Jerman tidak dikira akibat kesilapan mata penjaga garisan. Akhirnya, tamatlah cabaran England dlm edisi WC 2010 di Afrika Selatan. Kesian...


Gol yg jadi igauan ngeri England kerana tidak dikira



**************************

2.30 am :
Argentina menepati prediction apabila menang ke atas Mexico 3-1. Aku kira ini adalah perlawanan yg agak seimbang walaupun percubaan Mexico hanya dari jarak jauh. Namun pemain Mexico lebih banyak menggunakan kekerasan ke atas pemain Argentina. Kelebihan Giovani Dos Santos, Javier Hernandez yg bergerak pantas mampu menggugat pertahanan Argentina. Nasib baik kebelasan utama yg diturunkan oleh jurulatih Diego Maradono adalah seperti yg aku harapkan. Gabriel Heinze di bahagian pertahanan, Mascherano di bahagian tengah, Di Maria di bahagian sayap, Teves, Higuain dan Messi sbg forward. Nampaknya Messi mash lagi dlm kemarau gol piala dunia tetapi dia byk mencetuskan situasi cemas di gawang Mexico. Messi turut menjadi penyumbang kepada penyudah gol yg dihasilkan Higuain dan Teves. Teves menjadi wira Argentina apabila menghasilkan 2 gol dan dipilih sbg Man of the match walaupun terdapat gol kontroversi apabila Teves didapati telah offside ketika menjaringkan gol ketiga Argentina. Gol tunggal Mexico diperolehi melalui Javier Hernandez. Javier Mascherano dan Heinze pula akan terlepas peluang beraksi menentang Jerman pada suku akhir.


Higuain tidak mensia-siakan peluang akibat kecuaian pertahanan Mexico

*Aku - Argentina vs Germany, Spain vs Portugal.

4 ulasan:

Shank berkata...

hmm.. mlm nie (pagi) Portugal kalah ..hahahaha go go go spain ..

-MsGoodNite- berkata...

Shankly : aku tak kesah yg mana dpt pi suku akhir coz aku mmg sokong 2-2 team. Cuma dilema je la.. huhuhu

akuPM berkata...

bab neh..amat ssh aku nak komen..

-MsGoodNite- berkata...

susah? haa.. xpe, x yah komen pape. baca je kalau suka ;)