MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, Jun 16, 2010

Ronaldo..Kau menghancurkan hatiku!

Rasa kecewa yg x dapat dielakkan sepanjang menonton perlawanan dalam kump. G melibatkan pasukan pilihan sendiri dgn Ivory Coast. Mana tak kecewa, harapkan pagar, pagar roboh pulak. Nasib baik tak bolos je..kalau tak suka sgt la Zizan Raja Lawak sbb "Bolos" dia diguna pakai oleh pengulas perlawanan tu walaupun dlm bahasa Inggeris.


Portugal turun dgn bergaya - barisan pemain yg nampak bersemangat terutama semasa nyanyian lagu kebangsaan negara sebelum perlawanan. Tapi Ronaldo senyap je, mulut pun takde kumat kamit mcm tok bomoh baca mentera. Tak tahu la kalau dia baca doa dlm hati masa org duk nyanyi2 tuh!


Permulaan perlawanan pun nampak kurang bertenaga. Ronaldo dikawal ketat oleh beberapa pemain Ivory Coast. Camne nak score, kalau sekali kena kepung sampai 4 org. Giler! Itu la bahananya jadi pemain termahal dunia. Sesekali dpt peluang shot pun seolah tak bermakna sebab tersasar walaupun sipi2. Argh! Macam mana mamat tu kecewa, macam tu la aku kecewa. Cuma aku takde la nak melahirkan riak muka ego, eksyen mcm dia. Tapi yg lawaknya bila Drogba yg hanya diturunkan oleh Ivory Coast pada 2nd half sempat berdoa (cara org kristian) kelegaan bila percubaan bahaya Ronaldo tersasar. Kelakar pulak aku tgk. Nampak sgt riak muka tuh! Baguslah jurukamera yg rakam aksi tu. Spontan jer!


Semangat juang pemain Ivory Coast tak boleh dipandang rendah. Mereka lebih byk menyerang berbanding Portugal yg nampak lembik, lemah dlm kawalan dan hantaran bola kpd rakan. Ronaldo beberapa kali tergolek tgh padang akibat dibentes. Kadang2 aku tgk mcm saje2 dia jatuh nak raih simpati utk free kick. Tapi tak dinafikan la pulak kalau budak2 ni mmg byk main kasar. Word "f**k off" mmg tak lekang la dari mulut diorg ni!


Kemasukan Drogba utk babak kedua agak mendebarkan. Ditambah dgn kelincahan Gervinho beberapa kali cuba menggugat pertahanan Portugal. Masa ini, aku cuma harapkan perlawanan ni cepat habis. Sakit jantung dibuatnya. Akhirnya, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dan memberi peluang kepada Brazil mengungguli kumpulan G.
Lakonan yg ditonjolkan mmg berkesan!


*Aku - 25.6.2010 Portugal vs Brazil..risau weh!

4 ulasan:

Zampeada berkata...

hanya melihat gambar sahaja... hehehe...

-MsGoodNite- berkata...

Zam : aku dh tanye ko skali soklan ni tp xde respons.. so aku nk tanye lg skali la...boleh?

Zampeada berkata...

ty pa plak?

Zampeada berkata...

ty kek fb loh klu soklan2 private. manalah tau aku terlopeh lagi soklan kau... miss call ooopssss... miss question gitew.