MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, Ogos 12, 2010

Cerita Orang Tak Puasa

Wah! 2nd day puasa ni masih dalam mood segar, gagah, teruja. Korang tunggu la dekat2 nak last puasa nanti, mesti ada yg mengadu penat la, pening la, nak muntah la dan lain2 alasan. Tapi nak buat camne..lantak korang la, sume dah besor panjang.
Tadi aku sempat turun ke bilik MPV sebelah blok makmal sbb nak jumpa dgn sorg cikgu nih, nak bayar duit set pinggan CORRELL. Dari luar aku tgk ada 3-4 pasang kasut pulak. Ai! ada barang baru ke nih? Ramai pulak cikgu yg singgah kat bilik MPV tu. Kasut pelajar pun ada, pasal diorg ada bengkel jahitan. Unik sket, MPV ni allowed budak lelaki pun amik kursus menjahit.
Bila masuk, aku cuma nampak budak2 je. So aku tanya sorang pelajar pompuan, "Mana cikgu Ju?". "Cikgu ada kat dalam bilik dia". Aku agak mungkin diorg duk promo kain2 sutera corak baru, tudung2 Ariani @ Hajaba atau yg sewaktu dengannya. Aku buka pintu tp tak jadi masuk pasal terkejut. Mujur aku tak lemah semangat dan bukan jenis yg suka gedik2 jerit konon2 terperanjat. Menyampah mak, nyah!
"Engko zura, terkejut akak. Ingat budak2 tadi. Meh masuk, syhhh...ko puasa tak hari ni? Kalo tak puasa meh ler, makan sekali!", baik punya offer dari Cikgu Juriah yg bahasakan diri Kak Ju. Rupanya dia lagi terkejut, takut kantoi!
Kat bilik tu ada la 2-3 org cikgu lain yg angkat bendera merah. No wonder aku tgk bilik gelap aje, tak mcm selalu terang benderang. Rupanya ada projek baeekkk punya! "Takpe la kak Ju, saya puasa". Lepas bayar duit pinggan, aku terus blah. Takde sebab plak takut tergoda, ala setakat cornflakes dgn susu. Lain la bawak rendang ayam ke, kecur gak ayaq liuq.
Kira okeh la, org pompuan time bulan puasa ada excuse utk tak puasa. Siap boleh pakat 2-3 org bawa bekal, makan kat tempat yg private. Aku pun buat camtu, tahun2 lepas. Teringat plak masa aku study kat Cosmopoint tahun 1998 di KL. 1st year aku puasa sbg student IPT. Ada sorang kawan, budak org asli nama Moni. Dia yg ajak aku pegi makan kat foodcourt Wisma Cycle Carry, Jln Raja Laut. Time tu aku period. Foodcourt ni mmg dekat sgt la dgn kolej aku tuh. Mula2 aku segan gak, tp bila sampai foodcourt, bukan aku je perempuan Islam yg x puasa dan mkn kat situ. Apalagi? buat muka selamber aje la beli wantan mee dan lain2 utk hari berikutnya..hehehe



*Aku - Harap2 time x boleh puasa tu, tak lama.

14 ulasan:

Zampeada berkata...

payah jugak time org puasa kita tak puasa... makan pun nak sembunyi2... tapi baguslah... bertimbangrasa kat org lain.

-MsGoodNite- berkata...

A'ah... kalo tak makan, perut lapor.

akuPM berkata...

wahhh anak org kayer tuh..mkn kt wisma cycle carry...xhengat....huhuhuh

-MsGoodNite- berkata...

Blah ar ko Haiza... mcm la ko minum air puteh je kat situ!! :p

jejakaidaman007 berkata...

hehehe.....memacam korang ni

-MsGoodNite- berkata...

jejakaidaman : ada mcm astro x?

akuPM berkata...

hahahah zura, aku air 0 pon xmmpu minum kat situ kuikuikui...heheheh sian aku...hahhaha

-MsGoodNite- berkata...

eh!..bukan ko ke yg selalu beli susu kotak kat situ?!

Anonymous berkata...

selamat b'puasa zura... mcm AJ xda boleh escape... :0b~

-MsGoodNite- berkata...

thanks ery. eh! mana u pegi lama tak nampak?
AJ mmg takde can la nk excuse, padan sama dia punya muka! ahahha

Zampeada berkata...

tade can pun korang kena ganti jugak.

-MsGoodNite- berkata...

hehe... dh biasa dh

Tanpa Nama berkata...

aku ok je kalau pompuan tak puasa sebab period..takde segan.sebab lepas2 bulan ramadhan dorg puasa ganti lak...sedgkan lelaki tak puasa..

-MsGoodNite- berkata...

fnd : betul tu.. selalu lelaki yg monteng tu bagi alasan kerja berat. tp apakah mereka ni ganti balik puasa tuh?