MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, Disember 22, 2010

Malu dowh!

Kisah ini saja gua nak share dengan lu orang. Ramai kawan2 gua yg tak tau citer ni. Hanya yang berkenaan aje. Bodoh piang ke atau gua yang gelojoh, gua pun tak tahu. Tapi yang pasti kejadian ni berlaku masa gua muda belia, baru nak belajar kenal dunia yang penuh dengan pancaroba. Cewah! 18 tahun. Tak muda ke?

Lepas dapat result SPM, gua mendaftarkan diri ke sebuah IPTS yang boleh tahan terkenal ketika itu. Sekarang pun terkenal juga, tapi gua tgk nama IPTS tu dah jadi lain. Tapi tempatnya masih sama seperti mana time gua belajar dulu. Ok lah. Sudah menjadi satu kebiasaan, untuk budak-budak freshie yang baru masuk harus menjalani Minggu Orientasi. Gua pun tak terkecuali. Time tu, gua sorang-sorang. Tak kenal sape-sape pun manusia kat situ. Tapi gua steady pasal gua sama pesen dengan makwe Edward Cullen Twilight, Bella. "I prefer to be lone ranger". Cewah! Tapi takde la gua buat muka sombong. Tak baik dari segi agama.

Hah! Bila sebut Orientasi, mesti la ada fasilitator kan? Fasi pulak dari kalangan budak-budak senior kolej. Sekali gua dah macam jatuh cinta pandang pertama la pulak kat sorang abang fasi nih!. Gua tgk dia mcm inesen jer. Itu yg gua suka tu. Then gua dpt kredit bila gua dpt tau nama dia Angah (nama penuh tak tau la). So, secara otomatik la gua tau nama dia, kan?! Kah kah kah!

Cerita gua tak habis kat situ aje. Lepas gua dah dapat sesuaikan diri, jumpa kawan2 baru dalam kelas dan ada bespren yang kemistri dengan gua, lagi sekali gua dapat kredit pasal Angah. Seorang klasmet gua berkawan dengan Angah. Itupun pasal gua terserempak beberapa kali diaorang baek punya sembang. Gua dengan muka selamber jumpa klasmet gua dan bagitau dia kalau gua minat kat Angah. Nasib gua baik, pasal klasmet gua ni sudi nak tolong gua. Pasal gua tau dia baik, itu yang gua berani bagitau dia. Akhirnya gua dapat nombor telefon Angah dan sebaliknya.

Bila dah dpt nombor telefon, apa lagi bai? Bergayut la sampai dahan patah. Macam-macam la yg kitaorg bualkan. Cuma belum menyentuh bab hati dan perasaan je. Gelojoh sangat la kan, kalau belum jumpa dah nak cakap jiwang2! So, Angah sagest kalau kami jumpa. Dengan bantuan klasmet gua, kami deal nak jumpa di food court EON BANK, tempat biasa budak2 kolej pi melantak memenuhkan perut.

Gua turun ke food court sambil ditemani kemestri gua, Zack. Gua dengan Zack ambil tempat yang agak tersorok sikit. Saja la, orang tak nampak kita tapi kita dah nampak org dulu, kata Zack. Gua ikut aje. Gua baru duduk sekejap, gua dah nampak klasmet gua berbual-bual dengan Angah. Apehal pulak lagi tu? Mai la sini cepat! Wah! Agak tak sabar gua nak face to face dengan Angah. Sedang gua duk perati klasmet gua yang tak reti-reti nak suruh Angah tu datang jumpa gua yang menunggu ni, gua dan Zack didatangi seorang jejaka.

"Assalamualaikum, Azura eh?!" Gua kaget. Camne pulak mamat ni tau nama gua.

"A'ah, ye saya. Awak ni sape?" Salam gua dah jawab dlm hati. Zack, gua tak tau!

"Saya Angah, kita janji nak jumpa, kan?!" Gua dah panik. Mmg ketara kot pasal Zack suruh gua cool.

"Err.. duduk la". Itu bukan gua yang cakap tapi Zack. Dia tarik kerusi langsung duduk depan gua.

"Fai kata Zura nak jumpa saya kat sini". Gua rasa ada yang tak kena nih.

"Memang la tapi saya nak jumpa Angah, bukan awak".

"Tapi saya la Angah". Aduh! Zack dah cuit gua. Tapi gua buat dekk.

"Err...bukan yang tiset hijau tu ke Angah?" sambil gua tunjuk pada "subjek" yang masih lagi berbual dengan klasmet gua.

"Oh! Itu bukan Angah la, itu Fairuz. Awak salah orang ni".

Gua rasa muka gua tebal macam kulit durian time tu. Agaknya, kalau ditoreh mmg takde darah langsung. Semua darah kat muka gua dah turun ke tapak kaki.

"Hmm.. takpe la, ye". Angah yang original, bangun lalu mem'blah'kan dirinya. Seketika kemudian gua lihat, beberapa pasang mata yang turut serta dalam sesi sembang klasmet gua dengan Fairuz a.k.a Angah celup memandang gua. Angah original yang berada di situ pun langsung menyusup ke toilet berdekatan.

"Apesal ko tak ckp yg ko minat tu, Fairuz?" Klasmet gua datang nak "menggelodakkan" lagi perasaan gua.

"Mana aku tau?! Aku dengar budak2 panggil dia Angah. Aku ingat nama dia Angah la"

"Lain kali check betul2. Tak pasal2 aku pun malu sama" Zack sound gua.

Kali ni gua diam. Dah memang salah gua pun. Tak pasal2 je malu. Lepas drp tu takde la gua nak ushar2 pakwe-pakwe kat kolej lagi. Serik dowh!


Encik Edward Cullen ni takde kena mengena pun, saja gua letak gambar dia. Suka dia! Keh keh keh!


11 ulasan:

Ridhwan Breakaz berkata...

adeii..boleh plak gitu..

-MsGoodNite- berkata...

aku iesen time tuh. takde pengalaman... kah kah kah!

Brader Black berkata...

Dasar nafsu kuda.

-MsGoodNite- berkata...

Remy Ishak - Kah kah kah! Gua belum pandai kontrol time tuh!

Intan berkata...

pas babak tu..sepanjang ko kat sana apa efek nye kat ko zura?? err soalan angah original tu ensem ke x?? sapa lg ensem angah tertipu or angah original miahahaha...

-MsGoodNite- berkata...

efek? buat derk aje la. mula2 senyum gak bila jumpa, lepas tu takde dah. wat tak kenal. jahat kan?! hahaha

angah tipu tu nampak cam steady, inesen, segak. yg original tu mcm stylo sket, pakai subang...giler!

Zampeada berkata...

yg kawan ko pun satu bengap... kalau aku dah lame aku lapah hidup2.

akuPM berkata...

tapikan...ko neh layan jerla angah ori tu..sian die dowh..masuk toilet tros..nangis la tu..ko men2 kn die pas begayut sakan..hehe

-MsGoodNite- berkata...

Zam - bengap dari segi mana maksud ko? aku x berapa nak get it ni.. hahaha

haiza - aku tak bermaksud nk main2 kan dia la... aku terkejut tiba2 org lain lak yg dtg.. mmg salah aku pun, sepatutnya aku tak ckp mcm tu kat dia, kan? apa nak buat, masa tak boleh diundur.. hahaha
but, it was an experiance that i never forget masa kat cosmo... haha

akuPM berkata...

huhu sian angah tu, diepn sure malu sbb igt ko msti xske die.

-MsGoodNite- berkata...

mungkin... both of us malu sebenarnya aku rasa... ah! nak wat camne... nak berlaku pun.,