Kali ni nak stori mori the morning glori pasal yg berkaitan dengan blog. Ye la, dah intro pon sebut blog, mesti la nk citer pasal blog. Takkan nk citer pasal Hantu Kak LImah Balik Rumah plak. Tapi yg pasti bukan citer pasal blog cik bedah ni sebaliknya blog2 org femes la. Sepanjang bermulanye karier tak masuk hasil aku dlm arena berblogging ni, byk jugak la blog2 lain yg aku luangkan masa untuk dibaca, dihayati dan dikongsi pengalaman serta kelucuannya. Tak kurang juga yg jadikan blog ni tempat utk memaki hamun org, mengutuk, mencarut dan sebagainya. Tapi korang punya pasal lah. Dah blog korang..kalo blog aku, senang plak. Sambil jenguk blog2 member, sambil tinjau blog2 lain yg ada dlm list dia. Blog kawan2 pun tak penah ketinggalan. Ops! Menipu cik bedah nih. Ekceli penah ketinggalan tapi aku qada' balik ye. Jadi dpt la habiskan baca semua yg tertinggal.
Nak cerita pasal blog2 femes je nih. Yang tak femes cam blog aku, takde hal la. Yang femes nih... etensyen sket, kalo korang setuju ngan aku sila angkat kening, nak tgk sape terer leh celen iklan cadbury. Aku rasa kebanyakkan blogger2 femes ni tak penah nak menjawab komen pengomen2 kan? err...korang perasan tak ni? ke aku sorang je yg perasan? Ah! Lantak! Tp aku perasan sesangat la. Dah byk jugak la aku baca dan ulang alik membaca tp payah depa ni nak mereply. Apa pesen pun tak tau la cik bedah. Kot pesen sama mcm artis, dh glamer serta tahap kefemesan terserlah, maka utk menjawab komen2 menjadi sesuatu yg tak penting lagi.
Yup! Mereka mungkin fikir " kalo yg sorang dh taknak komen, yg lain ramai lagi". Tapi harus diingat, kerana komen2 pengomen itu la yg buatkan duit earning depa berganda2 kat nuffnang. So, hargailah sikit sebab samtaims, pengomen nk tau jwpn pada soalan yg ditanya...betul dok?
Tapi aku respek kat satu blogger, bagi aku dia mmg femes. Tulisan dia mmg tip top. Suka aku membacanya pasal sempoi, kelakor dan bermesej. AKU LINGLUNG. Bukan aku, tapi nama blog dia Aku LingLung. Nama dia aku tak tau, tapi panggil LingLung aje lah. Aku igt kalo panggil nama betul dia, org tak kenal kot.
Aku respek pasal mamat ni salah seorang blogger yg femes dan rajin gak mereply komen peminat. Cewah! Hatta, kadang2 aku sendiri komen menda bodo-bodo je tapi dia reply gak. Rasa la dihargai dan sekaligus merangsang spirit aku nak baca lagi kat blog dia. Selain Linglung, ada gak 2-3 blogger femes lain yg sudi membalas komen2 peminat. Tahniah diucapkan. Semoga sama2 la kita memartabatkan dunia blogging tanahair. Cewah! Keh keh keh!
3 ulasan:
boleh curik2 siket nie..hahahaha
aiseh! time2 gua komen 1st ni la ada nama gua kat sini...terharu pula gua rasa. Terima kasih berdaun-daun keladi :)
jom lah kita tgk bola malaysia lwn vietnam rabu dpn dkt bkt jalil..kata minat bola?
Wan - apa yg ko nak curik haaaa?
LingLung - Mmg minat, tp takde kawan nk buat teman pi bukit Jalil. Gua tgk kat umah aje lah...huhu
Catat Ulasan