MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Januari 10, 2011

AJL25 - Gua silap percaturan!

Tahniah diucapkan kepada Ana Raffali dan Tolong Ingatkan aku di atas kejayaan sebagai juara di AJL25 malam tadi. Gua yang turut sama berada di Stadium Putra Bukit Jalil turut merasa kehangatan hati dan jiwa kerana gua mmg tak bersetuju langsung bila Ana Raffali dinobatkan sebagai juara. Tapi apa boleh buat, dah rezeki dia. Tambahan pula abg M.Nasir yg jadi ketua juri. Stok lagu-lagu puisi dalam2 punya maksud mmg M.Nasir gemor sgt la.

Nama Ana Raffali mmg tak termasuk langsung dalam senarai pilihan gua dan gua percaya ramai juga yg bersetuju dgn gua sbb gua dapat tweet kat twitter x ramai yg sebut Ana Raffali sbg pemenang. Sebut sbg awek la, makwe la, kekasih gelap byk la. Perasan bangat la diorang nih! Tapi gua iyekan aje la.. nak amik hati. Kang sentap plak!

FT sbg persembahan terbaik mmg sesuai. Cun je gua tgk penyampaian Hanyut malam tadi. Tak sia-sia la FT kena jirus dgn sebaldi air utk merealisasikan watak yg dah kebasahan akibat jatuh dalam kolam. Sampaikan masa iklan kat TV, gua dgn crowd belah stage kat stadium tgk la krew-krew beriya-iya mengelap lantai stage. Habis mop, siap guna tilam yg buat landing FT jatuh. Lucu plak gua tgk. But that's an experiance. Selalu gua dengar citer member gua yg kerja dlm industri seni ni, but last nite gua tgk sendiri..hahaha

Gua mengharapkan kemenangan Black dgn lagu Kubur a.k.a Sofea Jane. Gua juga harap Yunalis Zarai menang dengan Cinta Sempurna. Tapi harapan gua sia-sia. Arrangement Cinta Sempurna gua rasa sgt2 best. Pasal lagu tu unsur nasyid sket, tapi dgn arrangement baru, gua rasa ia lebih segar dan mantop!

Gua pun malas nk citer byk la pasal lagu2 yg gua buat prediction utk menang, tak mengena kecuali MUH. Okeh, tahniah juga utk Taja dan Tun Teja atas kejayaan Drama King.


Sebahagian crowd


Persembahan Hanyut by FT




* Utk gambar lain, sila ke fesbuk gua. Tenkiu.

3 ulasan:

Zampeada berkata...

sedondon kak dgn adik tu... berjanji ke?

-MsGoodNite- berkata...

a'ah la... baru perasan.. keh keh keh!

akuPM berkata...

wah...sebijik muke ko la si aizat neh...adek kakak gitu...