MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, Februari 09, 2011

Bicara Sekeping Hati

Tidak pernah mahu membayangkan, jika berlaku suatu kehilangan. Amat perit dirasakan, tak mampu dan tak akan mampu melewati saat-saat itu. Biarlah bahagia yang dirasakan saat ini akan terus berlarutan. Hingga mencapai satu tahap yang amat indah untuk dikenang dalam hidup. Biarkan ia sentiasa mengiringi kehidupan yang sememangnya menjadi impian setiap insan.

Kekalutan di fikiran, umpama rencah dalam perhubungan. Tidak akan membiarkan curiga dan sangsi merajai hati. Walaupun kata orang, ia harus ada walau sedikit. Biarkan curiga dan sangsi itu berlalu bagai terbang mengikut angin, kerana naluri dan hati lebih mengetahui.

Harapan, impian menjadi satu. Berlumba-lumba untuk mahu menjadi kenyataan. Yang indah itu, utama. Yang perit itu, dugaan. Harus sedia, waras dan dewasa menghadapinya. Di sini, tidak akan mengalah. Tidak akan menyerah. Meskipun masih jauh untuk dijangkau, namun demi bahagia itu akan cuba untuk digapai, akan cuba untuk dinikmati, akan cuba untuk digenggami selamanya.

Jangan pernah lepaskan pergi, jika benar di hati sarat dengan cinta dan sayang. Jangan pernah lepaskan pergi, jika di hati benar mahu harapan dan impian jadi kenyataan. Berusahalah untuk sama-sama memperolehinya.

Yakin dengan hati sendiri. Yakin dengan perasaan sendiri. Hanya kamu, tidak mahu lagi yang lain.


2 ulasan:

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

Are you okay? Chill okay? :)
Nice writing. Mesti sebab menulis dengan hati ni. :)

-MsGoodNite- berkata...

I think i'm fine :)
thanks cik Vee, mmg luahan dari hati ni.. :)