MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Februari 14, 2011

Piala Suzuki AFF 2010 - Malaysia rasuah Indonesia??

Gua sebenarnya jadi emosi juga bila dengar perkara2 yang tak baik tentang negara tercinta gua ni. Boleh dikatakan gua ada jiwa patriotik juga selain memiliki jiwa sensitif dan kadang2 jiwa-jiwa. Tengok pada situasi dan keadaan.

Apa yang gua nak share di sini adalah sesuatu yang gua tak pasti kesahihannya tapi gua perlu bagitahu terutama kepada mereka yang sealiran dengan gua. Dan gua dapat info ini juga dari seorang teman yang bertugas di negara seberang. Antara gua nak percaya atau tidak itu bukan persoalan. Sebaliknya gua rasa sgt tercabar apabila negara gua dituduh sedemikian rupa.

Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 yang lepas memang mendapat liputan yang sangat mengujakan terutama apabila Hariamu Malaya berjaya menewaskan antara gergasi bola sepak Asia Tenggara iaitu Indonesia. Malangnya, berita yang gua dengar dari teman gua ini ialah apabila Malaysia dikatakan telah memberi rasuah kepada pasukan Indonesia untuk menang malam itu. Logik tak logik? Mengikut dari sumber tersebut, pengurus pasukan Indonesia telah membuat pengakuan secara terbuka di media Indonesia dgn mendedahkan perkara tersebut.

Selain isu rasuah, sebelum ini gua turut diberitahu jika negara-negara yang bertanding dalam kejohanan tersebut lebih suka menyokong Indonesia berbanding Malaysia dan turut tidak berpuas hati dengan kejayaan Malaysia menang ke atas Indonesia dan menyelar perbuatan segelintir penyokong Malaysia yang bermain laser. 

Konklusinya gua nak cakap kat sini, kalau gua memang 100% tidak percaya dakwaan yang dinyatakan. Gua yakin dengan Hariamu Malaya. Harimau Malaya dan Malaysia tidak perlu memberi rasuah hanya untuk menang Piala Suzuki kerana mereka mampu lebih daripada itu, InsyaAllah. Gua kira, kalau belum rezeki Malaysia bawa pulang Piala Suzuki baru-baru ini pun, Harimau Malaya sudah berjaya membuktikan bahawa semangat harimau (pemain-pemain legend) kembali meresap dalam jiwa mereka dan penyokong-penyokong.
Jadi, tak usah mengarang cerita dengan isu rasuah dan laser yang kedengaran seperti cerita dongeng fantasi Alice in Wonderland.


4 ulasan:

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

Takkanlah dear...
=(

Unknown berkata...

jangan percaya dong, kita deal dgn indonesia skrg dlm isu ni, satu pasukan yang bangang dan tak boleh terima kekalahan. tengok je la lepas dah kalah, apa alasan dia bagi? laser..diorang takkan pernah admit yg diorang lemah. yg penting, kita cempien. noktah.

akulinglung berkata...

komen di atas adalah kepunyaan gua, malas nak tukar akaun, tgh bukak email..hehe

-MsGoodNite- berkata...

yeah! semangat! semangat!