MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, Mei 12, 2011

Menanam Tebu Ditepi Bibir

Lebih kurang jam 2 ptg tadi gua ke Alamanda, Putrajaya dengan adik gua. Hajat dihati nak menonton filem baru terbitan MIG/Metrowealth - KONGSI, lakonan Shaheizy Sam. Gua tau risiko menonton filem yang 1st day release ni, orang memang crowded giler. Tapi gua tanamkan dalam hati - Tawakkaltu Alallah.

Lepas gua parkir keta, segerombolan manusia baru keluar dari panggung tp boleh masuk balik ke dalam, mungkin buat movie marathon. Gua terus beratur nak beli tiket. Dalam 15 minit gak gua tunggu. Dalam hati ada rasa cuak sebab dekat screen tulis filem KONGSI sedang mengalami selling fast. Maknanya kalau gua lambat, gua melepas.

Sampai giliran gua, minah kaunter tiket tu bagi tau, tayangan KONGSI selain jam 12 tgh mlm semua penuh, means setiap tayangan cuma ada 1-2 seat kosong tapi kena duduk berjauhan. Gua terus beli tiket utk tayangan 12 tghari esok. Cantekk! Langsung gua balik dengan adik gua sambil sengih tak sabar nak tunggu esok.

*tajuk tiada kena mengena dengan entry

5 ulasan:

Encik Psychopath berkata...

sanggup.

Jiejah Gorjes berkata...

so bes ke??? ada yg komen si sam je yg bes..yg lain ampeh..

-MsGoodNite- berkata...

Sapo yg komen mcm tu?
Best la wei... full of action. ala-ala filem ong-bak ko tau tak? Sam dh tentu2 la best.

Jiejah Gorjes berkata...

ada la..hahaha..mana leh sebut.. blogger top tuu kih3

-MsGoodNite- berkata...

ni mesti ben ashaari ko nih... hahaha