MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, Mei 08, 2011

Sayangkan Anak Tangan-Tangankan

Gua rasa gua tak layak nak bercakap soal keibubapaan dalam mendidik anak-anak. Lu orang sedia maklum la kalo gua ni belum ada anak sendiri, anak tekak ada la duk bagi makan tiap-tiap hari. Anak mata pulak gua jamu dengan pandangan2 yang indah, asalkan tidak mendatangkan dosa. Al-maklum la, semuanya Tuhan bagi pinjam. Jagalah sebaik mungkin.




Gua nak ckp pasal menda yg boleh tahan siyes ni sbb gua selalu duk perati kawan2 gua dalam mendidik dan membelai anak2 diorang. Kadang2 naik menyampah pun ada gak. Sbbnya, diorang ni terlalu manjakan anak. Duk bior je anak2 itu berfeel mengada-ngada. Kalo kecik2 tu gua boleh terima, ni dah tua bangka. Sorry la derr, mungkin lu orang akan ckp, gua boleh kata gitu sebab belum ada anak sendiri. Kot esok2 bila dah ada anak, lebih daripada tu gua buat. Tapi apa yang gua nak tekankan disini ialah memanjakan anak keterlaluan. Ya, mungkin bila dah ada anak esok, gua akan manjakan juga anak gua, tapi gua pastikan anak gua sampai tak pijak kepala mak bapak sendiri, tak takut/hormat orang keliling, buat ikut suka kepala mak bapak dia je walaupun dekat rumah orang atau majlis orang.

Pada gua, nak manjakan anak ada hadnya. Apalah salahnya kalau lu orang pukul sesekali anak tu, biar dia takut sikit. Istilah pukul tu pulak, lu orang kena faham. Gua bukan suruh lu orang pukul anak tu sampai berbirat, lebam sana sini. Itu dah jadi kes dera plak. Pukul sekadar menunjukkan kita marah, disamping kita ckp yang perbuatan diorang tu salah. Itupun, selepas ditegur secara lembut masih ketegaq. Gua peratikan ramai kawan-kawan gua yang pesen tegur saje-saje. Anak dah 5-6 kali buat hal masa bertandang kat rumah orang, panjat kerusi sana, tumpah air sini, pijak kusyen sana, pecah pasu sini, mak dia boleh cakap "Adik, duduk diam2 nanti pakcik tu marah, baru tau!" Peh! dah tentu2nya tuan rumah tak marah. Ya lah, takkan nak marah depan mak bapaknya, iye dak? Kita sebagai parents la yang patut marah anak kita bila dah buat hal lagu tu.

Lagi satu yang gua tak bape setuju bila ada kawan gua ni time marah anak dia mmg menyirap. Tapi harem la nak dipukulnya budak tu, just jentik telinga. Tapi boleh pulak dia cakap "Eiii..kalau anak orang, dah lama aku sepak!", Amboi! suka-suka hati lu nak sepak anak orang. Orang tak sepak anak lu pun dah kira syukur, derr. Gua tak faham, mazhab mana dia ikut mengajar anak tapi nak belasah anak orang. Pesen cenggini ni, gua ingat kalau anak dia ada konfrantasi dengan anak orang, sure anak orang tu lebam la kena belasah.

Gua rasa cara begini salah. Betul tak? Ya, gua memang takde pengalaman dalam mendidik anak-anak tapi gua kutip semula pengalaman sewaktu gua dididik oleh mak bapak gua, waktu gua dibela oleh makcik gua. Gua adik beradik, sepupu sepapat yang dimarah dulu kalau buat salah. Apesal pulak nak marah anak orang, nak pukul anak orang? Anak orang, biar mak bapak dia la yang marah. Patut la zaman skrg ni gua tengok ramai sangat bebudak yang nampak kecik2 dah mula nak kurang hajor ngan orang tua, tak takut/hormat kat orang. Pasal mak bapak duk manjakan sangat.Tak tau la kalo lu orang suka anak lu besar sok jadi macam "Anakku Sazali". Harap2, kalo ada rezeki gua nak beranak nanti, gua boleh didik anak gua mcm mak bapak gua didik gua. Confirm, selamat bawa pegi majlis.

3 ulasan:

Jiejah Gorjes berkata...

aku sker topik ni. pengalaman aku jd bby sitter..tegas giler!!! abis aku kutil budak2 yg x mkn saman tu. dpn mak bapa dorg ye la aku lembut lidah blakangggg...mmg azab aku keje kan. miahahahaha ngalah mak tiri kan aku.

-MsGoodNite- berkata...

jiejah.. aku rasa tegas lebih bagus. bior anak tu ada sikap takut atau hormat kan org sket. ni tak...suka hati dia jer. Eeee.... geram aku. nasib baik la anak orang, kalo anak aku buat perangai mcm tu, siap la.

Cahaya_Kebahag!aan berkata...

btul3.. nak manjakan anak tu betul tp biar kena dgn caranya.. tegas dalam mesra itu patut.. budak2 kena guna psychologynye cara baru ok..
biar dia tahu yang mana patut & yg mane xpatut.. bila besar dorang akan tahu ape baik & buruk...