MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Disember 17, 2011

Memancing Di Ombak Besar

Pagi tadi sebelum ke JB si penggali kubur call. Lepas tu gua dah mula rasa bosan, takde apa nak dibuat pada hari Sabtu yg mcm ceria utk org lain. Cuaca agak-agak cantik, mengundang perasaan nak tidur yg hebat kpd insan yg kaki tidur. Apa kejadahnya gua nk sambung tidur sdgkan hari ni gua dah bangun jam 8?

Gua selesaikan dulu segala urusan sebagai manusia. Urusan sebagai org pompuan tidak pula gua lupakan. Usai, mulalah gua terkebil-kebil depan tv dgn bb tak jauh dari gua. Bukan apa, senang kalo2 ada alert twitter, bbm, fesbuk dan segala macam mende sosial yg gua join minta utk dijawab.

Ah! Tak boleh jadi. Gua xleh teruskan satu hari terakhir cuti gua dgn tidak melakukan apa-apa yg tak mendatangkan faedah langsung pada gua, apatah lagi kepada kemajuan negara. Gua tekad. Gua mesti lakukan sesuatu yg dpt memberi impak pd hari sabtu gua ni. Alang-alang si penggali kubur x bbm dan call gua hingga dia balik, gua mesti jalankan aktiviti yg berfaedah.

Gua masuk ke bilik adik gua, perhatikan keadaan sekeliling. Bagus, adik gua keluar dh ptg baru balik. Gua on kan kipas pd kelajuan 1. Tanpa membuang masa, gua terus berselubung di katil beliau tanpa gangguan.

4 ulasan:

akuPM berkata...

ko mmg kaki tido dowh

-MsGoodNite- berkata...

Tapi tetap comey kan. :)

akuPM berkata...

comey2...tp aku lg lebey kot hakhakhak

-MsGoodNite- berkata...

nak jugak! :p