MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Mei 28, 2012

Hidup Seorang Aku di Hari Minggu di Bulan Mei.

3 Mei 2012 hingga 7 Mei lalu, aku telah mengisi hari minggu aku dengan menziarah kawan-kawan satu kolej dulu di KL. Melepak di Puncak Alam selama 4 malam 3 hari di sana dengan di kelilingi sahabat-sahabat yang jarang-jarang bertemu muka memang terasa true. BFF la katakan.. Masa-masa lapang itu, aku isikan dgn mengunjungi PWTC - Pesta Buku Antarabangsa, dan memborong buku di Lejen Press, berjumpa brader idola blogger aku Linglung serta isteri dan penulis novel fixi Dosa; Nuril Basri. Di Sogo, aku haram tak shopping. Pegi makan dan dibelanja makan oleh kakak dari AimLuvs; Honey. Mmg macam madu orangnya.
Hari-hari lain, jangan citer. Sesi karoks memang tak miss antara aku dan sahabat-sahabat. Ibarat agenda wajib jika kami berkumpul. Mengadakan sesi lawatan ke IKEA bagaikan bawa duit rm5k nak beli barang. Gila kentang jugak la rasenya. Menghadiri besday party anak seorang kakitangan Radio Sinar bagi peluang aku jumpa DJ-DJ spt Pak Tam, Kryll, Abby Fana. Sampai masa, aku pulang ke Terengganu.

10 Mei 2012, aku bertolak ke KL untuk bersama-sama menyertai Perhimpunan Ulangtahun 66 UMNO di Bukit Jalil. Gempak! Kali ni aku travel dgn bas secara berjemaah dengan kawan2. Tidak lagi solo spt sebelumnya. Hingar bingar dalam bas. 2-3 orang yang terkenal dengan mulut lepas mengusik si pemandu bas. Kalai namanya. Kata orang dia India Muslim. Patut la sebelum bas gerak dia suruh baca doa. Petang 12 Mei, aku dah gerak balik ke Terengganu selepas memborong buah dia Chow Kit. 3-4 hari dlm minggu tu aku rasa badan aku solid sket sbb makan buah je, tak makan nasik.

Aku terima surat dari Jabatan Pelajaran, yang aku dikehendaki menghadiri kursus selama 3 hari bermula 19 Mei - 21 Mei di KL. Gile ah ding dong! Of kos aku tidak menolak. Tiap-tiap minggu turun naik KL, aku rasa dah macam orang KL dah. Waktu free, BFF datang amik melencong ke Bukit Bintang. Lepas tu terus ke Keramat ziarah ibu BFF yang lagi sorang. Perut yang lapar, diisi di Kampung Baru. Indah sungguh hari minggu aku selama 3 minggu ni.

Hari Belia 2012. Aku dah tau, kalo aku memang pegi. 25 Mei - 27 Mei, KL lagi la kiteww! Travel naik bas ni, mmg nampak rileks pada mata kasar. Tapi kalo dah tiap2 minggu mau sakit semua urat saraf dik non woi! Takpe, aku cuba rileks. Sebab nak isi masa lapang. Gile kentang 4 minggu berturut-turut pegi KL. Rasenya, orang bisnes pun tak macam aku kot. Amik kesempatan, shopping kasut converse dan sweater baru. Cun!
Weekend minggu ni sebenarnya dah ada agenda. Ke KL jugak. Tapi orang yang ngajak kena mengadap mak aku dulu. Hahahaha.....




Sent from my BlackBerry® wireless device

Tiada ulasan: