MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, Mei 29, 2012

Pendam atau Luahkan?

"Aku dah penah rase malu sekali, takkan aku nak malu lagi? Cukup la. Serik dowh," keluh hati.
"Masalahnya takkan kau nak simpan sorang-sorang. Luahkan. Tak cuba, tak tahu!," keluh hati yang sama.
"Biarlah. Asalkan aku tak perlu malukan diri aku. Biar kita aje yang tahu," suara hati mengalah.

*****

Kau orang pernah alami seperti dialog di atas? Menyukai sesorang dalam diam? Yang tahu cuma kau dan hati kau orang sendiri. Berbincang pun sendiri-sendiri. Gila! Bila nak settle?

Takut untuk mengaku. Takut untuk memulakan. Aku ingat kalau seorang gadis yang berperasaan begitu, mungkin ada kemaafan. Tapi kalau seorang lelaki, ermm...macam takde telur pulak gayanya. Kemon, kau lelaki. Kalau kau sukakan seorang perempuan, kau mengaku. Maksud aku, approach dia. Cakap, kau suka kat dia. Well, kalau takut kena reject, mulakan dulu sebagai kawan biasa.

Ketakutan masa lampau atau aku ringkaskan sebagai fobia, *aku belasah je ni* kadang-kadang menjadi pembunuh kepada sebuah harapan atau impian yang kau orang baru nak bina. Fobia kena reject berdasarkan pengalaman lepas. Aku ingat kes seperti ini sepatutnya dah masuk muzium. Masa berlalu zaman berubah. Untuk menyukai dan disukai, mencintai dan dicintai, kau orang kena berani. Berani menghadapi risiko kalau kau bakal direject.

Tapi rileks la. Di mana-mana pun, hatta time kau orang mintak keje pun, belum tentu kau diterima. Sama la macam kau orang meluahkan perasaan pada orang yang kau suka. Yang penting, cuba. Terima atau tidak hal kedua. Sebagai orang lelaki aku rasa, kau kena tegas dan berani. Kejarlah impian kau walau sampai ke Negeri China. Eh?!

Okeh. Bagaimana pula kalau kau orang seorang gadis. Dah la gadis, pemalu pulak tu? Sama je kesnya. Beranikan diri. Mulakan scene dengan berkawan. Bila kau dah rasa selesa untuk buat pengakuan, nah..silakan. Sekarang tak timbul lagi perigi cari timba. Ok! Aku tipu. Hahahah

Sebenarnya, apa yang aku kabor kat atas ni, adalah apabila kau orang rasakan orang yang kau suka tu pun ada perasaan yang sama kat kau. Bende-bende macam ni tak payah cakap dowh. Dari segi acting dia depan kau orang, sebenarnya dah boleh dijangka. Mungkin pada pandangan mata kasar orang lain, aktiviti mengusha tu tak nampak sangat, tapi kau orang mesti dapat catch up punya. Sebab, kau memang la duk selalu perati dia, jadi mesti kau dapat catch up kalau dia pun buat bende yang sama. Betul tak? Hahahaha

Tapi kalau aku, sumpah aku tak cakap aku suka. Gile! Kalau buatnya dia tak suka aku?! Tapi kalau dia pun suka kat aku, untung la aku! Hahahaha




Sent from my BlackBerry® wireless device

6 ulasan:

PK berkata...

perkara2 yg aku buat bila aku suka dekat sorang gades,

1. Selidik jika betul dia single dan betul2 kosong.
2. Yakin, lajak je lah. 'woi aku jatuh cinta dgn ko. ko boleh jatuh cinta dekat aku tak?"
3. Berikan masa dan ruang utk dia berfikir.
4. Diterima, syukur alhamdulillah. Rejekted, move on.

-MsGoodNite- berkata...

aku setuju 100% der. Aku harap kalo ada orang suka kat aku, dia boleh guna tips kau ni..hehehe

aKuPm berkata...

Hehehe bukan mahin lagik....masalahnye org yg suke kat ko tuuu tau ke nk paham tips2 si PK tu....

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut resam memanglah malu nak luahkan tapi menyesal kemudian hari lagi sakit. Untung sabut timbul untung batu tenggelam haha..ye la maksud aku katakan lah kita pendam bertahun-tahun lamanya tup tup bila berjumpa balik baru nak luahkan tak ke masa tu menyesal tak sudah..kalau kahwin dah beranak pinak kot..at least kalau dah luahkan apa je jawapan yang kita dapat tu boleh la kita merangka jalan yang nak kita lalui kelak..jadi kesimpulannya luahkan je occay..

aKuPm berkata...

Masalahnye Tanpa Nama, mmg betol pendapat awak tu, tetapi jgn sampai org kate perigi carik timba plak. Xsalah kite nk luah kn ape yg kite rase, ape yg kite suke tp mesti kene pade cara nye. Jgn sampai ade pihak yg akn kate kite org pmpn plak yg lebey. Sebaiknyer org pmpn ni bg hint je la tunjuk suke, n yg lebey afdhalnyer bior ler org lelaki yg men peranan start2 ngorat ni..at least nnt bile gado2 syg bole ckp kat lelaki tu "eh! Awak yg dulu beriye ngorat saya tauuu" hahahah

-MsGoodNite- berkata...

Pendapat korang bernas belaka.