MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, Ogos 02, 2012

Fasa 1 : Antara Positif dan Negatif

Tidak diberi satu janji tapi diberi satu harapan atau peluang walaupun tak melangit. Macam mana tu?

Opening agak serius. Ok, aku huraikan sedikit. Kau confess pada seseorang yang menyerlahkan diri beliau juga ada ciri-ciri suka kat kau. Disebabkan ciri-ciri itu, dan perasaan kau yang menebal, kau beranikan diri untuk buat satu kerja gila - confession. Tapi aku rasa, ia bukan kerja gila, sebaliknya ia adalah satu jalan untuk kau luahkan apa yang kau rasa. Jawapan positif atau negatif itu belakang kira. Kau akan lega bila dah confess, betul tak? Kalo jawapan yang kau terima positif, syukur alhamdulillah. Bolehlah buat pulut kuning ke hape. Tapi kalo negatif, anggap saja takde rezeki. Itu risiko yang harus kau terima dan kena siap sedia.

Orait, berbalik pada topik asal. Setelah confession di buat, kau masih belum dapat jawapan yang tepat. Ya tidak, tidak pun tidak. Di sini, dia mungkin cuba bermain tarik tali dengan kau. Aku pun tak faham kenapa perkara macam ni harus berlaku. Nak main sukan ke? Test market barangkali. Atau mungkin juga dia sendiri konfius dengan perasaan dia. Takpe, kita kena respect hak dia.

Cuma nasihat aku kat sini, bila dia kata akan cuba bagi peluang untuk korang kenal hati budi masing-masing, err...aku nasihatkan, jangan percaya sangat. Bagi pihak kau yang mungkin memang tengah gila babas suka kat dia, akan anggap itu adalah satu permulaan yang baik. Tapi bagi dia yang sedang was-was, sebenarnya itu cuma alasan. Sebabnya, mana ada orang kalo dah sama-sama suka, cakap nak kenal hati budi lagi? Boleh declare terus je. So, dalam pada couple tu, korang dah boleh belajar kenal hati budi dah. Betul idok aku kabor ni?!

Dia mungkin nak cakap tidak, tapi takut kau kecik hati. Mungkin. Mungkin dia nak tunjuk dia gentleman, pandai menjaga hati. Mungkin. Atau mungkin dia sebenarnya tak berminat langsung. Mungkin juga. Jadi, dengan segala hormatnya, pandai-pandai kau la bawa hati ke tempat lain.

Bak kata Terfaktab, tidak akan ada "we'll try, we'll see" camne keadaan nanti. Itu semua mengarut. Ayat berlapik untuk berkata TIDAK. Sebab dalam hal memberi jawapan confession, cuma akan ada Ya atau tidak. "I do like you" or "I don't like you".

Kalo kau tak suka, tak perlu bagi sinaran walau secerah cahaya lilin kepada orang yang confess. Terus terang saja, kau tak dapat terima dia lebih dari seorang kawan. That's it. Aku tau, mereka akan faham sebab sebelum confess diorang ni dah fikir masak-masak. Kau ingat senang ke nak confess tentang hati dan perasaan ni? Mau berlatih siang malam depan cermin, tahu? Jadi, berilah jawapan sebenar, apa yang kau rasa pada dia, sebagaimana jujurnya luahan perasaan orang yang confess tu pada kau. Sebab kadang-kadang, niat asal kau yang kononnya nak jaga hati/perasaan orang yang confess tu supaya tak kecik hati tapi tanpa kau sedar, kau dah buat dia betul-betul kecik hati dengan tindakan pura-pura kau.

Ok lah. Setakat ini dulu. Next time aku sambung apa pulak resolusi selepas fasa confession ni.




Sent from my BlackBerry® wireless device

2 ulasan:

sahidzan berkata...

ingat pasal lagu janji ditepati tadi.

dalam hidup aku, ada sorang pompuan luah perasaan cinta dia derek dekat aku dulu. Tapi aku waktu tu ada kapel. jadi terpaksa aku tolak dengan cara yang baik di bawah pokok sena disinari bulan purnama. Dia mula-mula okey, tapi, selang sehari berganti minggu, berganti bulan,dia macam menjauhkan diri dari aku. Dan terus menghilang dari hidup aku. sehinggalah tiga-empat tahun kemudian, dia muncul semula dengan memegang watak Nadira dalam De-Javu di Kinabalu. Menyesal jugalah aku rejek dia dulu bila kapel aku yang dulu tu sekarang dah ada anak dua dengan seorang polis pangkat inspektor. itu je lah komen aku. aku harap kau masuk juga dengan komen aku ni , yeee.

-MsGoodNite- berkata...

Hahaha... Pasal komen ko ni, ada sikit sebanyak aku nak ulas kat coming entry. Fasa 2... Harap sabor menunggu. Cewaaahhh!