MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Ogos 08, 2016

Surat Kesedihan


                            

Tuhan

Waktu ini aku seperti kehilangan
Dibenci, tidak dipeduli.
Aku mengolah emosi gembira itu menjadi lebih bahagia,
Tapi ia cuma ilusi sendiri saja.

Tuhan
Diwaktu aku sangat merasa Kau sudah mendengar aku,
Diwaktu aku merasa Kau sudah kasihani aku,
Diwaktu aku merasa Kau sudah memilih aku,
Kenapa aku harus terima kecewa?
Kenapa aku harus terima kesedihan?
Kenapa aku harus terima rasa putus asa?

Aku akan pasrah jika sedari awal ia bukan untukku,
Aku akan pasrah jika sedari awal takdirnya tidak,
Aku akan pasrah jika sedari awal......ah!

Aku sudah terawangan dengan bayangan
Aku sudah melayang dengan perasan
Tapi akhirnya aku jatuh kecundang dengan kenyataan.

Tuhan
Aku tidak mahu mengakui Kau kejam
Aku tidak mahu mengakui Kau tidak adil
Tapi aku rasa begitu.
Kepada aku, Kau begitu..


*aku yang kecewa*

Tiada ulasan: