Hari ke-13...
Masih lagi terkapai-kapai,
Mencari..
Bagai ditengah padang luas,
Tapi kontang tanpa rumput dan pohon subur.
Bagai ditengah danau jernih membiru,
Tapi tiada pulau.
Sepi... sendiri...
Itu aku.
MsGoodNite ialah
- PeppermintNelly (Known as MsGoodNite)
- Terengganu/Selangor, Malaysia
- Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label poetry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label poetry. Papar semua catatan
Sabtu, Januari 12, 2013
Itu Aku
Ahad, Disember 09, 2012
9 Days
9 days...
Lost of trust, dream, hope and promises.
Gone with the lying that been throw
No more passion,
No more patient.
Go to hell with those "matters"!
Labels:
Life,
poetry,
poetry/qoute
Rabu, November 21, 2012
Mohon Dengan Sangat
Allah...
Hari ini aku menyebut namaMu
Disaat aku merasa aku telah kalah
Disaat aku rebah
Disaat aku seperti hilang arah
Allah...
Aku tahu Kau mendengar aku
Aku tahu Kau melihat aku
Aku tahu Kau tahu isi hatiku
Tapi kenapa Kau seperti tidak mau pedulikan aku, Allah..
Aku masih hamba kerdilMu
Aku masih umat nabiMu, Allah.
Buat pertama kali aku mohon padaMu
Setelah seluruh hidupku dulu kosong.
Malah aku bersyukur padaMu, Allah
Kerana seputik cinta yang Kau
tumbuhkan dalam hatiku ini
Bisa membuat aku kembali padaMu
Allah...
Aku mohon, Engkau berikan aku kesempatan itu
Cinta aku pada dia, dan cinta aku padaMu, Allah.
Aku mohon, Allah
Aku mohon dengan sangat..
*tengok filem Kiamat Sudah Dekat*
~msgoodnite~
Sent from my BlackBerry® wireless device
Hari ini aku menyebut namaMu
Disaat aku merasa aku telah kalah
Disaat aku rebah
Disaat aku seperti hilang arah
Allah...
Aku tahu Kau mendengar aku
Aku tahu Kau melihat aku
Aku tahu Kau tahu isi hatiku
Tapi kenapa Kau seperti tidak mau pedulikan aku, Allah..
Aku masih hamba kerdilMu
Aku masih umat nabiMu, Allah.
Buat pertama kali aku mohon padaMu
Setelah seluruh hidupku dulu kosong.
Malah aku bersyukur padaMu, Allah
Kerana seputik cinta yang Kau
tumbuhkan dalam hatiku ini
Bisa membuat aku kembali padaMu
Allah...
Aku mohon, Engkau berikan aku kesempatan itu
Cinta aku pada dia, dan cinta aku padaMu, Allah.
Aku mohon, Allah
Aku mohon dengan sangat..
*tengok filem Kiamat Sudah Dekat*
~msgoodnite~
Sent from my BlackBerry® wireless device
Khamis, November 08, 2012
*Don't Leave Me Even I'm Nothing
**************************************************
Aku mengharapkan kau
untuk bawa aku
membina hidup kita bersama
dalam erti kata membina bahagia
seperti mereka.
Tapi sepertinya
aku tidak boleh berharap lagi,
kau akan pergi
aku akan tetap di sini.
Maafkan aku
andainya suatu masa
aku tidak menunggu kamu
kerana masa itu berdetik terus,
tidak menunggu.
~msgoodnite~
*taktahu nak letak tajuk apa...hahahahha
Selasa, November 06, 2012
Selamanya
Berlima itu meriah
Ibarat jari cukup tangan sebelah.
Berempat itu anggun
Berpasangan, boleh sedondon.
Bertiga itu unik
Tidak ada yang pelik.
Berdua lebih baik
Pelengkap untuk jadi terbaik.
Satu
Jangan biar terus sendirian
Biar ada yang meneman, buat kawan.
Aku mahu pilih Satu
Harungi hidup dan waktu.
Tapi mahu juga Berdua
Agar ada teman bicara.
Ada masa aku Bertiga
Sesuai dengan rencana.
Tapi di sini, aku lebih suka Berempat.
Sahabat untuk selamanya.
*O/N/E/F*
~msgoodnite~
Sent from my BlackBerry® wireless device
Ibarat jari cukup tangan sebelah.
Berempat itu anggun
Berpasangan, boleh sedondon.
Bertiga itu unik
Tidak ada yang pelik.
Berdua lebih baik
Pelengkap untuk jadi terbaik.
Satu
Jangan biar terus sendirian
Biar ada yang meneman, buat kawan.
Aku mahu pilih Satu
Harungi hidup dan waktu.
Tapi mahu juga Berdua
Agar ada teman bicara.
Ada masa aku Bertiga
Sesuai dengan rencana.
Tapi di sini, aku lebih suka Berempat.
Sahabat untuk selamanya.
*O/N/E/F*
~msgoodnite~
Sent from my BlackBerry® wireless device
Isnin, November 05, 2012
Jalan Keluar
Perhatikan sekeliling
Kita cuma lihat
Gelap, hitam dan pekat.
Di satu sudut
Ada cahaya tipis
Menerobosi ruang sebesar syiling 20sen
Nah! Fikirkan..
Bagaimana kita harus
Keluar dari gelap, hitam dan pekat ini
Dan hidup bebas di kecerahan sana
~msgoodnite~
Sent from my BlackBerry® wireless device
Kita cuma lihat
Gelap, hitam dan pekat.
Di satu sudut
Ada cahaya tipis
Menerobosi ruang sebesar syiling 20sen
Nah! Fikirkan..
Bagaimana kita harus
Keluar dari gelap, hitam dan pekat ini
Dan hidup bebas di kecerahan sana
~msgoodnite~
Sent from my BlackBerry® wireless device
Khamis, Oktober 25, 2012
Luar Dalam
Dalam kubikel kaca besar tertutup
Ada seorang buaya
Bersama sang buaya ganas.
Diluar kubikel kaca besar tertutup
Ada hati-hati yang pernah dilukai
Memerhati.
~msgoodnite~
(sumber gambar)
*tq zaza, remind me how to send entry by blackberry*
Sent from my BlackBerry® wireless device
Ada seorang buaya
Bersama sang buaya ganas.
Diluar kubikel kaca besar tertutup
Ada hati-hati yang pernah dilukai
Memerhati.
~msgoodnite~
(sumber gambar)
*tq zaza, remind me how to send entry by blackberry*
Sent from my BlackBerry® wireless device
Rabu, Oktober 24, 2012
Kau Dan Aku...
Kau dan aku…
Kita ibarat
sepasang selipar yang bersama
Tapi cuma
untuk seketika
Tiba waktu
sang tuan lalai menjaga
Kau
kehilangan aku
Dan aku
kehilangan kamu
Mungkin
salah satu kita
Hilang di
bawa arus longkang
Atau
digonggong anjing tak bertuan.
Kau dan aku…
Kita ibarat
sepasang tayar basikal fixie
Dengan rim
berwarna indah menyerlah
Menggambarkan
hati kita
Yang sama
menyala dan membara.
Kau dan aku…
Ibarat
sepasang raket badminton
Saling memerlukan
untuk pelengkap permainan
Kerana kau
lekaki dan aku perempuan
Tidak akan
mungkin
Aku mahu
mendampingi perempuan lain
Dan aku tahu
kau STRAIGHT seperti aku.
Tapi…
Kau dan aku
bukan seperti sepasang anting-anting cantik
Janggal dan
jelik jika tiada satu
Malah kita
selalu kelihatan sendirian
Ada aku,
tiada kamu
Ada kamu,
tiada aku.
Kau dan aku…
Bukan
seperti sepasang tangan
Lebih kuat
jika berdua
Lebih
sempurna jika bersama
Malah kau
tetap hebat tanpa aku
Aku tetap akan
seperti ini
Ada atau
tiadanya kamu.
Kita hanya
mampu menyulam angan
Membentuk
impian
Mengukir
harapan
Tapi kita
tidak mampu merealitikan ungkapan
Kerana kau
adalah kau
Dan aku
adalah aku.
~msgoodnite~
Ahad, Oktober 21, 2012
Tertinggal
Rasa pendam, lemas rimas
Bagai diperuk dalam balang kaca
Bebas pandangan
Tidak pada hati, apa lagi perasaan.
Dihenyak-henyak rasa itu,
Sepi, kaku.
Gerombolan berita bertandang
Tapi palsu, lagi buat keliru.
Menginjak ke masa lalu
yang ada cuma cerita ringan
Terlalu mudah dilupakan.
Lalu maksud apa dia kembali?
Agenda apa menguis diam perasaan?
Lalu dengan mudah juga membiarkan.
Aku dingin dalam kelam kesiangan.
Bunyi titisan itu umpama melodi
Mengiringi tempoh waktu
Yang kian jauh meninggalkan
Aku yang masih gigih mengejar.
-msgoodnite-
Rabu, Jun 06, 2012
Duhai Hati
Duhai hati
Dengarlah pesanku ini
Jangan leka dengan santapan wangi
berbaur derita
Kata-kata yang menjeruk rasa
Duhai hati
Berhenti mengharap sesuatu yg tak pasti
Yang hanya akan membuatkan
kau terluka sendiri
Hingga kau tidak bisa bangkit lagi
Di kemudian hari
Mereka hanya tahu
Memberi kata manis
Mereka hanya tahu
Mengucap kata puitis
Tapi mereka tidak tahu
Menghargai kau hati yang polos
Menunggu cinta azali
Duhai hati
Ingatlah pesanku ini
Kau tidak pernah sendiri
Aku akan sentiasa menemani
Hingga akhir nanti
Sent from my BlackBerry® wireless device
Dengarlah pesanku ini
Jangan leka dengan santapan wangi
berbaur derita
Kata-kata yang menjeruk rasa
Duhai hati
Berhenti mengharap sesuatu yg tak pasti
Yang hanya akan membuatkan
kau terluka sendiri
Hingga kau tidak bisa bangkit lagi
Di kemudian hari
Mereka hanya tahu
Memberi kata manis
Mereka hanya tahu
Mengucap kata puitis
Tapi mereka tidak tahu
Menghargai kau hati yang polos
Menunggu cinta azali
Duhai hati
Ingatlah pesanku ini
Kau tidak pernah sendiri
Aku akan sentiasa menemani
Hingga akhir nanti
Sent from my BlackBerry® wireless device
Jumaat, Disember 16, 2011
Perasaan
Sebenarnya agak sukar menilai perasaan sendiri apatah lagi perasaan org lain.
Jangan pernah cuba utk mempermainkan perasaan org lain, apatah lagi perasaan sendiri.
Kerana akibatnya sangat menyakitkan. Ketika itu tiada yg dpt menolong kecuali diri sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device
Jangan pernah cuba utk mempermainkan perasaan org lain, apatah lagi perasaan sendiri.
Kerana akibatnya sangat menyakitkan. Ketika itu tiada yg dpt menolong kecuali diri sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device
Ahad, Oktober 09, 2011
Hari Yang Gelap!
Ahad yang membosankan
Ahad yang menyusahkan
Ahad yang tiada apa-apa
Kecuali perasaan ingin terus di atas tilam empuk.
Teman-teman tak mampu jadikan Ahad ku indah
Mereka tidak mampu menghilangkan gundah
Cuma menjadi selingan iringan halwa telinga
Agar aku tidak terlelap di meja.
Ahad yang menyusahkan
Ahad yang tiada apa-apa
Kecuali perasaan ingin terus di atas tilam empuk.
Teman-teman tak mampu jadikan Ahad ku indah
Mereka tidak mampu menghilangkan gundah
Cuma menjadi selingan iringan halwa telinga
Agar aku tidak terlelap di meja.
Selasa, Mei 03, 2011
Tewas
Perit bila kalah pada waktu..
Ia menghambat..
Aku jadi tersasar dari laluan.
Isnin, Mei 02, 2011
No Other Man But One
He makes me smile,
But he makes me cry too...
Sabtu, April 30, 2011
Nothing...
It's 12 o'clock in the afternoon
Cuaca panas menggila.
Tekak jadi haus, perut lapar
Tapi malas ke dapur.
Terus berbaring, memejam mata, merindui..
di hari Sabtu
Cuaca panas menggila.
Tekak jadi haus, perut lapar
Tapi malas ke dapur.
Terus berbaring, memejam mata, merindui..
di hari Sabtu
Jumaat, April 22, 2011
Madu dan Bisa
Melarik mata pena,
tidak sama dengan mengungkap dengan kata.
Tulisan dari pena boleh dipadam,
kata-kata akan terus dilontar.
Sama ada ia umpama madu atau umpama bisa.
Khamis, April 21, 2011
Antara
Antara miskin dan kaya
Antara jujur dan khianat
Antara gembira dan duka
Antara dosa dan pahala...
Pilih dengan bijak, jangan sampai terjebak.
Rabu, April 20, 2011
Man who didn't know
Dia mungkin tidak tahu diri ini takut kehilangan
Dia mungkin tidak tahu diri ini takut ditinggalkan
Dia mungkin tidak tahu itu....
Isnin, April 18, 2011
Sejadah dan Doa
Atas permaidani kecil,
yang orang panggil sejadah, bersimpuh menadah tangan
mengharap pengampunan, mengharap pertolongan.
Sambil airmata dirembeskan, penuh keikhlasan.
Ahad, April 17, 2011
Tanggal 17 April 2011
Tanggal 17 April 2011
tiada yang istimewa
masih tetap biasa.
Tanpa parti harijadi, tanpa parti bujang, tanpa apa-apa.
Ia adalah hari biasa.
Langgan:
Catatan (Atom)








