MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Isnin, April 18, 2011

Puasa Sunat

Hari ni gua nak share tentang fadhilat puasa sunat. Gua tau, ramai dikalangan lu orang yang lebih arif dan tahu banyak daripada gua. Tapi saja juga gua post kat sini sbb kebetulan gua bangun awal pagi nak bersahur utk puasa ganti. Gua puasa amik Isnin Khamis. Kata orang, elok dibuat puasa ganti pada Isnin Khamis ni sebab dapat dua pahala, tapi gua tak pasti la betul ke idok?! Tapi gua ingat puasa ganti ni takde pahala, sebaliknya dah wajib kita kena ganti puasa yang kita qadha' dulu akibat keuzuran. Ermm.. maaf andai gua salah. Gua belum pergi jumpa ustazah utk tanya soal ni. Yang penting gua puasa aje la pada Isnin Khamis untuk gantikan puasa gua yg lalu. Tak perlu nak combine2 niat dua puasa semata2 mengejar pahala sbb gua buat tanggungjawab gua sebagai org Islam. Yang penting LillahiTaala.

****

 Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-NyaFirman Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit". Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

****

Haaa... jadi lu orang nampak kat sini kan, bahawasanya kalo orang yang gemuk atau perut besar tu elok la selalu puasa. Bukan kata puasa tu ingat nak kuruskan badan tapi selain sebagai ibadat, ia membantu kita menghindar daripada mendapat penyakit. Okeh, belum abis lagi...Ni gua share kan fadhilat Puasa Sunat Isnin, Khamis.

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

 Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

Ada lagi... yang berikut ni Puasa Sunat Rabu, Khamis, Jumaat.

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

 Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

 Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani).

Semoga lepas ni, kita dapatlah sama2 meningkatkan amal ibadat kita dengan berpuasa. Yelah, ada sesetengah orang tak mampu nak duduk bersimpuh lama2 di atas tikar sembahyang bersolat sunat, berwirid, berzikir, bertasbih, bertasmid. Maklumlah, banyak kerja yang nak kena buat tapi kalo dengan berpuasa, Insyaallah kita masih boleh melakukan kerja-kerja lain. Tapi jangan tidak dibuat langsung berzikir, bertasbih tu ye. Lepas solat fardhu pun, lu orang boleh buat sekejap. Okies, gua berhenti di sini. Harap maaf jika ada salah silap.


Isnin, Februari 14, 2011

Piala Suzuki AFF 2010 - Malaysia rasuah Indonesia??

Gua sebenarnya jadi emosi juga bila dengar perkara2 yang tak baik tentang negara tercinta gua ni. Boleh dikatakan gua ada jiwa patriotik juga selain memiliki jiwa sensitif dan kadang2 jiwa-jiwa. Tengok pada situasi dan keadaan.

Apa yang gua nak share di sini adalah sesuatu yang gua tak pasti kesahihannya tapi gua perlu bagitahu terutama kepada mereka yang sealiran dengan gua. Dan gua dapat info ini juga dari seorang teman yang bertugas di negara seberang. Antara gua nak percaya atau tidak itu bukan persoalan. Sebaliknya gua rasa sgt tercabar apabila negara gua dituduh sedemikian rupa.

Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 yang lepas memang mendapat liputan yang sangat mengujakan terutama apabila Hariamu Malaya berjaya menewaskan antara gergasi bola sepak Asia Tenggara iaitu Indonesia. Malangnya, berita yang gua dengar dari teman gua ini ialah apabila Malaysia dikatakan telah memberi rasuah kepada pasukan Indonesia untuk menang malam itu. Logik tak logik? Mengikut dari sumber tersebut, pengurus pasukan Indonesia telah membuat pengakuan secara terbuka di media Indonesia dgn mendedahkan perkara tersebut.

Selain isu rasuah, sebelum ini gua turut diberitahu jika negara-negara yang bertanding dalam kejohanan tersebut lebih suka menyokong Indonesia berbanding Malaysia dan turut tidak berpuas hati dengan kejayaan Malaysia menang ke atas Indonesia dan menyelar perbuatan segelintir penyokong Malaysia yang bermain laser. 

Konklusinya gua nak cakap kat sini, kalau gua memang 100% tidak percaya dakwaan yang dinyatakan. Gua yakin dengan Hariamu Malaya. Harimau Malaya dan Malaysia tidak perlu memberi rasuah hanya untuk menang Piala Suzuki kerana mereka mampu lebih daripada itu, InsyaAllah. Gua kira, kalau belum rezeki Malaysia bawa pulang Piala Suzuki baru-baru ini pun, Harimau Malaya sudah berjaya membuktikan bahawa semangat harimau (pemain-pemain legend) kembali meresap dalam jiwa mereka dan penyokong-penyokong.
Jadi, tak usah mengarang cerita dengan isu rasuah dan laser yang kedengaran seperti cerita dongeng fantasi Alice in Wonderland.


Isnin, Disember 13, 2010

Cerpen Contest - Hadiah MYR100

Pada satu petang yang hening pasal dah dekat2 maghrib tak silap aku, En. Linglung meng"tweet"kan satu iklan di Twitter. Iklannya "berbunyi" begini --> Contest Cerpen "99 Hari Kisah Klasik Kita" akan berlangsung selama 3 bulan. Terma dan syarat sila rujuk http://kisahklasikita.blogspot.com. Oleh kerana ia di"tweet"kan oleh seorang blogger yg agak kental dan femes dan juga sbg salah seorang juri kontes tersebut, aku terpanggil juga untuk membuat spotcheck terhadap kontes tersebut. Tapi sebelum itu telah berlaku "tweet menuweet" di antara aku dan En. Linglung. Berikut adalah laporan yang diterima.

****

akulinglung says : Contest Cerpen "99 Hari Kisah Klasik Kita" akan berlangsung selama 3 bulan. Terma dan syarat sila rujuk http://kisahklasikita.blogspot.com

azuraNur says : @akulinglung thanks 4 de info.

akulinglung says : @azuraNur join tau, tunjukkan lu punya bakat tenggelam :)

azuraNur says : @akulinglung kah kah kah! Gua ushar2 dulu. Seram gak nk join2 kontes ni..keh keh keh!

akulinglung says : @azuraNur jgn lupa submit nama sblm 31 Dec. xpe, gua juri, untuk lu, gua bagi 5 markah extra! amacam?

azuraNur says : @akulinglung 5 xtra marks, best tu.. Gua cuba la, nnt gua register. Tq

akulinglung says : @azuraNur ok, cool! you've got balls! hehek :p


*****

Ada la sikit2 perasaan gedik nak join kontes ni bila di offer 5 marks (mata "duitan" tak? pantang dpt ofer!) Mmg bias la kan..keh keh keh! Tapi kalo betul En. Linglung murah hati nk bagi cik bedah 5 marks extra apa la sgt. Maklumlah, gua amatur je. Belum penah lagi buat kerja2 menulis cerpen nih. Tetiba nak masuk kontes plak. Jadi, 5 marks tu kira markah kesian la, kan? kan? Tak jadi kucing kurap kudis kurap pun pada kontesten lain yg hebat2.

Tapi bila dah buat spotcheck, daripada seram aku dah rasa "sejuk" dan takut plak. Peh! Susah wei! Kalo setakat aku yg tak penah langsung tulis cerpen ( karangan pelajar sekolah tau la..) mampus aku igt cerpen aku kena rejekshop je nanti..Kalo panel juri bertimbang rasa pun, diorg siarkan tapi melakukan aksi gelak beramai-ramai. Keh keh keh!

Siyes, susah giler. Papehal pun, masih ada masa utk aku cari point utama, sebelum cirit  cerita dikembangkan. Kalau dah dpt point apa yg aku nk tulis, baru aku register. Ermm..susah..susah...geleng kepala, kerut dahi.


p/s :
1. Disebabkan Linglung diangkat sbg salah seorang juri, aku panggei encik kat depan. ( Kalau gua tak dpt top 10 pun, boleh lu hadiahkan gua "Sperma Cinta"? huhuhu )
2. Cik V pun suruh cuba nih...tenkiu cik V :)
3. Korang2 yg baca entry ni, buleh la jengah2 ke Kisah Klasik Kita, join skali daa...
4. Sekian, terima kasih.

Ahad, Oktober 31, 2010

Dan pemenangnya......


Bercerita tentang FFM23 yg berlangsung minggu lepas, tahniah buat "abang-abangku yg disayangi" dan Magika kerana memenangi anugerah Filem Terbaik. Bagaimanapun, setiap kali berlangsungnya FFM, ia tidak pernah lekang dari dihimpit kontroversi atau kritikan2 yg lahir dari perasaan tidak puas hati mereka2 yg kalah bertanding.

Pemilihan Magika sebagai filem terbaik telah menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir atau mungkin ramai penggiat seni @ pengarah yg bertanding. Alasannya kerana Magika merupakan cebuah cerita yang ringan, tidak mencapai tahap standard dunia. Itu kata mereka. Tapi secara peribadi aku memilih Magika kerana ia menampilkan sebuah karya lain daripada yang lain. Memang ia bukan dihasilkan dari karya original tetapi apa yg ditonjolkan oleh pengarah adalah sesuatu yg tidak pernah terfikir oleh orang lain utk menghasilkannya. Sepanjang menonton Magika, aku terhibur dengan karektor2 watak yang ada. Teringat dongeng dan lagenda lama di zaman kanak-kanak. Sence yg paling terpahat ialah antara Badang, Ayu, Malik dengan Penunggu Tasik Chini. Pendedahan yang dibuat oleh pengarah melalui watak2 tersebut memberi pengenalan kepada penonton terutama anak-anak kecil yang mungkin sebelum ini tidak pernah tahu tentang mitos watak tersebut. Ia mungkin juga kelihatan agak mengarut; mengembara ke alam fantasi, mana mungkin ia berlaku. Namun sebagai satu bahan hiburan, ia boleh dianggap terbaik.

Ramai yang meramalkan Estet menjadi Filem Terbaik. Tema 1Malaysia dipertaruhkan. Bukanlah aku tidak menyokong tema itu tetapi sudah saban tahun FFM diserikan dengan kejayaan filem 1Malaysia arahan arwah Jasmin Ahmad. Kini apabila "ia" dihasilkan oleh Mamat Khalid, "ia" kecundang. Bagi aku sendiri, aku mahukan satu pembaharuan dalam industri perfileman di Malaysia. Magika adalah salah satu pembaharuan yang dihasilkan. Dari segi teknik CGI, ia nampak lebih menarik dan "benar" berbanding Cicakman.

Jadi, tolonglah hentikan tohmahan dan kritikan tidak puas hati itu kerana pilihan juri adalah pilihan terbaik.

Selasa, Julai 27, 2010

Berani? Cubalah!

Punyalah susah2 mencari, akhirnya bertemu juga di Mydin Hypermarket. Gosh! Nasib baik! Seperti yg diberitahu oleh Zampeada, harganya mmg tak sampai RM10. Kat sini boleh dpt dlm harga RM8.70 shj.

Sila klik DISINI utk artikel selanjutnya.


Produk Gervenne clear white oil control lightening PEEL-OFF T-ZONE MASK. Sikit punye panjang dia punya nama. Baru saja mencuba. Cecairnya agak pekat, susah gak nak diratakan ke kulit muka tp aku berjaya melakukannya dgn perasaan teruja sbb nak tau hasilnya, mujarab ke idok!.


Waktu peel-off. Aduh! Sakit siott! Perit, pedih, gatal2 daun keladi. Tapi hasilnya mmg kulit terasa lembut. Ini baru skali pakai la. Tak tahu la bila dah dua, tiga kali pakai. Tapi, saat ni mmg aku rasa muka mcm gatal2 daun keladi plak. Adakah normal? atau effect kat kulit muka aku? Oh! tidak. Harapannya tidak begitu la, ya!


*Aku - Thanks to en. Zampeada kerana memperkenalkan produk ini.

Sabtu, Mei 15, 2010

Peguam Syarie Bukan Islam

Sepatutnya sejak petang tadi lagi aku nak post entry ni, tp sibuk pula menonton perlawanan akhir Piala Uber antara China dan Korea (Korea menang 1st time 3-1).
Entry ni mungkin agak serius dan "sensitif" tapi aku sekadar nak share something info yg keluar kat paper hari ni dan nyatakan pendapat aku.


Harian Metro - Sabtu, 15 Mei 2010 muka surat 16 bertajuk :
Wanita mohon jadi peguam syarie BANTAHAN DITOLAK

Menurut laporan akhbar tersebut, wanita ini telah membuat permohonan utk menjadi peguam syarie sejak 2006 lagi. Victoria Jayaseele Martin memperoleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari UIAM mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak oleh Majlis Agama Islam melalui jawatakuasa peguam syarie.

Hakim Mohd Zawawi membenarkan Victoria mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengira beliau bukan islam dan menolak bantahan awal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Di Kuala Lumpur, keperluan utama bagi seorang peguam syarie ialah seseorang itu harus seorang islam.


Persoalannya, apa relevannya seorang yg bukan islam menjadi peguam syarie? Bukankah kita tahu kes2 yang dibicarakan oleh peguam syarie di mahkamah merupakan kes2 yang termaktub dalam hukum islam? Jadi bagaimana pula seorang bukan islam boleh atau menjadi wakil bagi menangani kes2 yg berkaitan dgn agama?

Maaf, aku pun bukan la seorang yg arif dalam hal2 agama tapi kalau permohonan itu sudah mendapat bantahan Majlis Agama Islam kenapa pula kita nak menolaknya? Ini soal agama ni, bukan main-main!


*Aku - Ada yang kata ini sebagai permulaan campur tangan bukan islam dalam urusan agama. Entahlah!

Jumaat, April 30, 2010

Baru mari!!!

Apa benda ntah formspring ni? aku pun tak tahu sangat tp masa nak hantar soalan kat blogger yg femes tu, sender kena login. Bila dh kena login tu dah tentu la kena register dulu.
Err...agak2 ada soalan nak tanya, boleh la kemukakan yea...
http://www.formspring.me/msgoodnite




*Aku - Baru tau... rupanya tempat bertanya!

Khamis, April 01, 2010

Apabila BARCELONA seri dgn Arsenal

Game awal pagi 1st April tadi mmg cukup sengit dan mantop!. Kiranya, tak sia-sia aku bangun utk watch the match. Maklum le, biasa aku malas gak nak bersengkang mata pasal bola ni, tgk game yg main awal je. Tapi bila game yang melibatkan team "best" and Mr. Messi..sanggupku korbankan tidurku..hehehe.
Perlawanan hari sebelumnya Bayern Munich v Man United, tak dapat aku tonton live sbb tidur lebih enak..Yang pasti MU kecundang awal pagi Rabu tu.
Apa yang aku boleh ringkaskan game semalam ialah seperti di bawah apabila Barca bertandang ke London. ( Setakat yg aku ingat la utk tulis kat post nih! )

1. Dorongan bola depan gawang tuan rumah oleh Sergio gagal – minit 1
2. Rembatan Messi terhalang – minit 5
3. Rembatan Ibramimovic dihalang – minit 6
4. Tendangan Ibramovic tersasar - minit ke 8
5. Hampir minit ke 13 – rembatan Messi depan gawang gagal lagi
6. Beberapa kali serangan dari penyerang dan midfield Barca dihalang pertahanan kental Arsenal – minit 15
7. Sepakan percuma kpd Barca kerana dijatuhkan gagal disempurnakan - mnt 17
8. Sehingga ke mnt 20 – Arsenal massih gagal buat serangan
9. Minit 22 – Nasri rembatan luar petak penalty hampir memasuki gawang pelawat
10. Hampir ke minit 30 Ashavin dikeluarkan diganti Eboue
11. Sehingga ke minit 30 Barca masih menguasai perlawanan
12. Minit 32 – Rembatan depan kotak penalty - Ibrahimovic gagal
13. Ibrahimovic - hantaran lintang jaringkan gol bermula separuh masa kedua
14. Ibrahimovic skali lagi jaringkan gol - minit ke 59
15. Minit 69 - Walcott jaringkan gol utk Arsenal
16. Minit 85 – penalty daripada Fabregas selepas dijatuhkan Puyol dlm kotak penalty (mamat rambut mengerbang ni terus kena kad merah)
Kesimpulannya BARCA seri 2-2 dengan Arsenal di Emirates Stadium, London. Secara keseluruhan, Barca menguasai perlawanan dengan serangan2 di depan gawang utk menjaringkan gol tp nampaknya pertahanan Arsenal agak mantap mlm tadi. Arsenal bangkit selepas minit ke 60 dengan kemasukan Walcott dan seterusnya mengekang serangan dari Barcelona.
Hahaha.. takpe..takpe...anak2 buah Arsene Wenger akan kena belasah teruk lepas ni utk suku akhir kedua di Spain.
*Aku - Mengantuk sey! kat tempat keje hari ni!

Isnin, Ogos 24, 2009

Siapa mereka utk pertikaikan org melayu?

Pertama kali aku nak tulis yg lebih serus. Mungkin sebab semangat patriotik kepada jiwa bangsa melayu meluap2 selepas baca wawacara MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN tulisan Ku Seman Ku Hussain dalam Mingguan Malaysia, smlm. Sebelum ini, ada juga beberapa artikel dan buku2 yang bertemakan perjuangan seperti ini aku baca tp baru hari ini aku terpanggil utk menulis.
Memang diakui sejak akhir2 ini ada kecenderungan beberapa pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yg diberikan kpd org melayu dlm perlembagaan. Pertikaian yg terus dibangkitkan walopun Pelembagaan Malaysia menyebut hak2 tersebut. Wawancara wartawan Ku Seman dgn Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sedikit sebanyak tambah lagi pengetahuan dan buka minda aku tentang betapa aku harus berbangsa menjadi bangsa melayu dibumi bertuah ini.
Menurut Datuk Mohd Noor, kita tidak seharusnya menganggap teras negara ini terdiri drp kaum Melayu, Cina dan India. Pendapat itu adalah salah. Ini kerana tiada termaktub didalam Pelembagaan Malaysia definasi Cina & India sebagai teras. Jangankan teras, definasi Cina dan India juga tidak disebut langsung dalam Perlembagaan. Sebaliknya yang disebut ialah orang Melayu, Bumiputera Sarawak & Bumiputera Sabah. Yang menjadikan susur galur kedua bangsa itu memperoleh kerakyatan ( jadi rakyat malaysia) adalah kerana syarat yg dikenakan pihak Inggeris kepada tanah melayu dlm memperjuangkan kemerdekaan. Memang benda macam ini boleh mencetuskan perkauman. Tapi harus diingat, setiap parti politik yg bergerak aktif skrg sebenarnya memperjuangkan kepentingan kaum masing2. Kecuali PKR - memperjuangkan kepentingan ketuanya. Jadi aku rasa tidak timbul soal isu perkauman dlm konteks ini jika bangsa2 ini faham siapa mereka di sini dan siapa org melayu disini.
Sejarah juga menunjukkan Malaysia ini adalah di gugusan kepulauan melayu, tanah melayu. Gususan ini termasuk juga dgn Indonesia, Brunei, Filipina. Sudah jelas bahawa tuan tanah disini ialah org melayu, tetapi kenapa mesti ada pihak yg masih mahu mempertikaikan hak serta keistimewaan org melayu. Setiap negeri2 melayu ada raja@ sultan yg memerintah. Jika dahulu kuasa sultan adalah kuasa mutlak tetapi kerana dasar berperlembagaan negara menjadikan raja negara ini sebagai raja berperlembagaan dimana kuasa raja itu sendiri terhad. Perdana Menteri adalah pemerintah negara.
Menurut Datuk Mohd Noor lagi, menurut perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri drp 5 kaum. Tentu kita tertanye2 kenapa 5? sedangkan yg kita selalu ingat dan laungkan 3 sahaja. 5 kaum itu sebenarnya terdiri drp, pertama Orang Asli. Org melayu jatuh nombor 2 kerana dari segi sejarah, org asli yg mula2 sampai di gugusan tanah melayu ini diikuti orang melayu. Ketiga, kaum bumiputera Sarawak dan keempat bumiputera Sabah. Kaum cina dan India tidak disebut sebaliknya disebut sebagai lain-lain kaum.
Dahulu ada yg menghujahkan bahawa org melayu juga adalah pendatang kerana penduduk asal adalah org Asli. Itu benar, tetapi menurut Datuk Mohd Noor, kita harus melihat secara keseluruhan; semasa empayar China, berpindah dari Han ke Chin atau Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia, adakah berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah, tp hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga dgn melayu, tidak berpindah tetapi bergerak dalam gugusan kepulauan melayu shj. Akibat drp kedatangan penjajah Inggeris, mereka memecah belahkan gugusan2 ini. Indonesia diberi kpd Belanda, tanah melayu kepada Inggeris. Jadi, siapa org luar? org2 yg mempertikaikan hak istimewa org melayu itu ialah org2 yg dibawa masuk dr dunia luar. Bukan dari kelompok gugusan melayu. Seharusnya mereka berterima kasih kerana diterima baik sebagai rakyat dalam gugusan melayu dan menjadi bangsa yg kuat disini. Jadi, sebagai balasan kerana melayu sudah memberikan kerakyatan kepada mereka, Org Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. 3 keistimewaan yg kita sbg org melayu perlu tahu dan ingat; pentadbiran negara ini diberi kpd org melayu, pelajaran dan biasiswa diberi kpd org melayu. Permit dan perniagaan diberi kpd org melayu memandangkan dahulu kehidupan org melayu jauh ketinggalan dan keciciran. Penjajah menitikberatkan kebajikan pendatang berbanding org melayu. Mungkin tidak mahu org melayu pandai dan berfikir utk memerintah sendiri ketika itu.
Hakikatnya, jiwa org Cina dan India ini tidak pernah luput dari mengingati negara asal mereka. Walopun mereka dilahirkan di malaysia, tetapi semangat juang asal usul mereka tetap utuh di hati. Jadi, apa gunanya mereka menggelarkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia, jiwa Malaysia? hanya kerana jumlah kaum ini yg mungkin lebih ramai berbandiang kaum peribumi lain menyebabkan mereka disebut sebagai teras negara hinggakan teras asal ( peribumi sabah, sarawak & org asli ) dipinggirkan.
Ahh.. sentimen perkauman terlalu sensitif utk dibicarakan. Jika mereka mengerti, mereka tidak akan marah sebaliknya akan lebih sedar diri kerana tuan negara ini ialah melayu dan mereka hanya pendatang yg diberi hak kerakyatan berdasarkan syarat utk merdeka. Aku tidak akan beremosi jika tiada isu2 mengenai pertikaian hak org melayu ini timbul, tp bila ada mmg aku rasa tercabar kerana aku org melayu. Walopun aku mungkin bukan pejuang negara, pejuang bangsa melayu yg hebat tp aku adalah salah seorang yang berusaha dalam memperjuangkan nasib org2 melayu. Para pemimpin negara harus lebih peka tentang perkara ini. Tidak perlu lagi melaungkan rakyat malaysia terdiri dari 3 teras utama, sebaliknya 1Malaysia tp jangan la sampai Salam 1Malaysia (tanpa ucapan Assalamualaikum) plak...agak keterlaluan aku rasa. Sebagai org melayu yg beragama islam, teruskanlah mengucapkan Assalamualaikum dan tidak salam di ikuti dengan salam 1Malaysia sebagai muhibbah dan menunjukkan bangsa Malaysia yang bersatu.
Hakikatnya sebenarnya, tidak timbul soal diskriminasi terhadap kaum Cina dan India kerana segala yg termaktub dalam Perlemabagaan sudah dipersetujui oleh wakil masing2. Jadi, jangan lupa tentang itu!


*Aku - Semoga Malaysia terus aman dan org2 melayu yg penuh dgn agenda busuk itu berhenti dari memecahbelahkan org melayu yg lain!

Khamis, Februari 12, 2009

SIAPA PALING JAHAT????????


David Rockefeller Sr.


Airel Sharon



George Bush Jr.


Lord Jacob Rothschild


Arnold Schwarzenegger


Sharon Stone

Antara antara 6 wajah di atas
Siapakah paling anda benci?
Siapakah paling anda suka baca beritanya?
Siapa yang paling anda kenali?

Bagi yang tidak mendalami ilmu konspirasi Yahudi, jawapan yang paling majoriti diperoleh untuk soalan Siapa Paling Anda Benci? Ialah George Bush dan Ariel Sharon. Manakala soalan “Siapa paling anda suka baca beritanya? Arnold Swazernegger dan Sharon Stone dan soalan Siapa paling anda kenali? Jawapannya Bush, Sharon dan Arnold.
Dua gambar lagi iaitu
Rockefeller dan Rotschild langsung tidak dikenali malah hampir tidak pernah dengar.
Inilah realitinya…
Apabila kita kurang membaca dan kurang menyelidik dalam hal-hal politik antarabangsa, maka pemikiran kita hanya akan kaku dan bergerak dalam linkungan maklumat-maklumat dalam akhbar-akhbar tempatan. Sedangkan akhbar-akhbar tempatan yang mengambil secebis berita luar sebagai hiasan bukannya untuk mendidik pemikiran pembaca ke arah lebih kritis.



(Gambar) Pada 1836, paderi Yahudi iaitu Rabbi Kalischer telah menyarankan Rothschild melabur dalam hartanah di Palestine.
Berbalik kepada 6 gambar tadi, bagi penyelidik-penyelidik konspirasi Yahudi, orang yang paling jahat ialah Rotschild dan Rockefeller. Manakala George Bush dan Sharon adalah pengikut kepada Rotschild dan Rockefeller, sementara Arnold pula hanyalah barua Yahudi yang menurut perintah. Pelakon Sharon Stone pula adalah hamba paling rendah dalam status organisasi Yahudi.


Mengapa Rotschild dan Rockefeller paling jahat?
Kedua-dua makhluk ini merupakan benih dari keturunan Yahudi asli yang mana bertanggungjawab di atas masalah-masalah eknomi dunia dan juga peperangan dunia. Kedua-dua mereka memiliki kekayaan yang tiada had, namun kekayaan mereka disembunyikan oleh majalah FORBES dan diletakkan dengan nama yahudi lain iaitu Bill Gates. (Bill Gates juga seorang Yahudi sejati). Kekayaan Rotschild dan Rockefeller adalah diperoleh secara turun temurun semenjak zaman sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW.
Menurut kebanyakan penyiasat konspirasi, keturunan Rothschild adalah dari nasab salah seorang Bani Israel yang mengikut Nabi Musa a.s. merentas laut Merah kerana dikejar Firaun. Keturunan nenek-moyang Rothschild ini jugalah yang berpaling tadah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun dengan mengikut kata-kata dusta Samiri (Dajjal) agar menyembah patung lembu.
Rothschild dan Rockefeller diyakini sebagai Yahudi dari suku Ashkenazim iaitu sama keturunannya dengan Karl Marx, Hitler dan Albert Pike. Mereka menguasai seluruh ekonomi dunia termasuk Jepun. Persoalannya, bagaimana kedua-dua mereka menguasai dunia? Itu adalah cerita panjang yang mana anda perlu menyelongkar semula sejarah berlakunya Revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan beberapa negara Eropah lain.




(Gambar) Arnold bersama Kurt Waldheim.

Sebenarnya semua gambar-gambar diatas adalah selebiriti terkenal yang berdarah Yahudi Eropah. Misalnya, Arnold Swarzenegger sebenarnya adalah Yahudi kelahiran Austria. Bapanya pula iaitu ahli Parti Nazi Austria yang pernah menjawat jawatan penting dalam pasukan keselamatan Austria.


(Gambar) Billionaire Amerika Warren Buffett, Gobenor California Arnold Schwarzenegger dan Lord Jacob Rothschild (manusia terjahat) sedang bersiar-siar Rothschild Estate di Scotland.

Pendedahan yang membuktikan Arnold adalah penyokong gerakan Nazi bawah tanah ialah ketika berlangsungnya hari perkahwinannya. Semasa majlis tersebut Arnold telah menjemput Kurt Waldheim iaitu bekas penjenayah perang Austria yang berkecimpung dalam dunia Nazi. Waldheim juga bertanggungjawab dalam mencetuskan Perang Dunia Kedua melalui gerakan bawah tanahnya.

Kesimpulan
Kita boleh membahagikan dunia seperti berikut:
Negara dunia mengikut telunjuk PBB, manakala PBB mengikut Amerika, Amerika ditadbir oleh Bush, manakala Bush tunduk kepada arahan
David Rockefeller dan Jacob Rothschild. Kemudian kedua-duanya menurut arahan siapa?….. sudah tentu DAJJAL.

Keluarga rockfeller pula ialah empunya tabung dunia IMF yg pengerusinya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berbaik dgn yahudi atas dasar KEADILAN????


p/s: pada para penyokong an WAR , jgn marah yer..... ni cuma kajian tentang yahudi. tentang muslihat dan kejahatannya yg perlu kita tahu. Susur galur keturunannya dan apa peranan mereka dalam dunia ni. YAHUDI takkan berbaik dgn ISLAM kalau takde makne.


*Aku - Macam mana la hidup aku 10 tahun akan datang??