MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label Truth. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Truth. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 10, 2012

Review Hotel K



“Welcome to Hotel Kerobokan, or Hotel K, Bali’s most notorious jail. Its wall touch paradise; sparkling oceans, surf beaches and palm trees on one side, while on the other it’s a dark, bizarre and truly frightening underworld of sex, drugs, violence and squalor” - Hotel K by Kathryn Bonella.


First time write in English. I’m takes around 6 months to finish this non-fiction/true crime book. It makes me more careful if plan to go to Bali. Yes, definitely we (me and friends) are not traffickers or drugs dealers but if someone (trafficker) desperate and put those smacks inside our bags when they got chance, we are doom! I can’t imagine myself live in Hotel K even for a day.

Hotel K’s filthy and disease ridden cells have been home to the infamous and the tragic; Balinese King, Gordon Ramsay’s brother, Muslim terror bomber (Amrozi, Imam Samudra), beautiful tourists and surfers from across the globe. Petty thieves share cells with killers, rapists and gangsters. Hardened drug traffickers sleep alongside unlucky tourists, who have seen their holiday turn from paradise to hell over one ecstacy pill.

#1 Emmanuel, with only four hundred grams, he got death sentence
#2 Scott, 25 also death row inmate for being trafficker
#3 Amrozi, muslim terror bomber

#4 One of the cell s in Block W - Woman block
#5 Prisoner inmate enjoys freedom for a day with the police, pretending to take him to clinic
#6 Brazilian Ruggiero enjoying a break from Hotel K
#7 Terrorist Imam Samudra yelled out from his cell window


Hotel K is the shocking inside story of the jail an its inmates, revealing the wild “sex night” organized by corrupt guards for the prisoners who have cash to pay, the jail’s ecstacy factory, the killings made to look like suicides, the days out at the beach, the escapes and the corruption that means anything is for sale including a fully catered Italian jail wedding or a luxury cell upgrade with a Bose sound system. It’s totally different with ours in Malaysia.

Single picture : Notorious cell tikus
Up : Each cell has only one hole in the ground toilet for all inmates to share
below : Prisoner is cooking dinner in makeshift kitchen, beside the toilet

#8 Italian inmate wedding, Juri with his wife Ade
#9 Ronnie Ramsay, brother of mega rich chef, Gordon Ramsay
#10 Schapelle, has mentally breakdown bcoz she is lock up for the crime she didn't commit
#11 "Playboy" of the woman block
#12 Death row inmates team up to play a tennis tournament
The truth about the dark heart of Bali explodes with this book. So, be careful when you go to Bali.

*Sorry for the quality of those pictures. Don't have a scanner :)

Khamis, September 23, 2010

Konfius Aku!

Sepanjang bulan Syawal, berebut2 org buat rumah tbuka. Jabatan2 kerajaan pun same gak. Dpt bajet, buat jamuan raya. Dpt invitation, aku x lepas. Kena timing gerenti sampai. Tapi dlm byk2 jamuan raya jbtn krjn yg aku pnh pegi, hari ini dlm sejarah la kot! Pasal? Satu je aku nk ckp @ tye diri aku sdiri - yg td 2, jamuan raya ke pasar malam??


*Aku - Organizer tuh kena study lg la cara2 nk organize jamuan raya!

Ahad, Ogos 01, 2010

Sumbang & Maksiat di petang hari

I'm not perfect but sometimes I'll try to be a perfect. Malangnya tak pernah nak perfect pun...ala-ala jer. Ops! Bukan nak citer pasal aku, tp pasal someone yg aku jumpa ptg tadi masa nk shopping kain utk raya dgn mak.
Masuk kedai "Laila Rawas", mata meliar intai selendang panjang. Wah! Skrg aku stok cari tudung or selendang panjang jer. Anggun gitu..huahahah. Mak aku pusing2 dalam kedai cari kain cotton utk baju raya Ain. Macam main nyorok2 ngan helper kedai tu pulak aku tgk. Argh..Pedulik!
What the neraka! Sekali, mata cantikku yg mcm sepet tak sepet ni secara tak sengaja nk pandang sorang budak pompuan dgn mak dia. Ye la, of kos ngan mak dia, takkan ngan mak aku pulak! Sebenarnya, tak teringin pun nk tengok, sbb drp aku tgk dia yg sama sejenis ngan aku, baik aku tgk mamat yg kurang hensem sket drp Aqashah tgh layan anak dia. Eh! Korang tahu tak, Aqashah bertunang dgn pompuan nama Zura? (Iklan jap!) Tapi keadaan yg amat memalukan aku kira, membuatkan aku tgk dia dgn kata2 umpatan secara berbisik keluar dari mulut aku. "Bengong! Ape kejadahnye ko pakai tudung kalo baju yg ko pakai tu nampakkan dada, bahu dan belakang ko!", lebih kurang macam tu la ayat aku. Actually, takde la panjang mcm tu ayatnya, pendek je. Tapi nak sedapkan citer kat sini. Ayat sebenar mcm ni - "Baik ko takyah pakai tudung!"
Aku sedar 2 kesilapan aku ialah, aku tak snap gambar budak itu sebagai bukti sedangkan masa tuh aku tgh pegang henpon berkamera. 2MP pun kira okeh la kan?! Bengang betul aku tgk. Pakai t-shirt berleher luas, yg nampak dada (leher tertutup dgn tudung yg singkat giler - khas utk pakai selendang panjang diluar), bahu dan sedikit bahagian belakang. Tak ke giler?! (Mak aku ckp, "Dia botak kot?!")Yang keduanya, aku tak sound dia. Disebabkan aku juga sedar kekurangan diri aku ni yg jenis "berani2 takut" agaknya, itu pasal aku sound belakang jer..huhuhu.
Aku faham la, ini negara demokrasi, semua org boleh bersuara, semua org ada hak masing2 (ada kena mengena ke?) tapi tak ke perbuatan ko tu mengundang umpatan, cacian dan kejian org? Tak rasa malu ke bila org pandang2 jeling2? Menjatuhkan imej org bertudung jer walaupun aku, takdelah wabarakah sgt. Muka dah la buruk, etika berpakaian pun buruk. Apa la nasib ko!



*Aku - Maafkan aku kawan, maafkan aku wahai makhluk Tuhan!

Ahad, Julai 25, 2010

Accident!

Actually, bukan aku yg terlibat. Tapi kejadian berlaku depan mata aku, depan sebelah kiri kereta yg aku drive semasa on the way nak kuantan tghari tadi. Accident yg melibatkan dua buah motosikal pelajar sekolah di Kemaman.
Kesilapan yg nyata adalah dtgnya dari pelajar yg menunggang berseorangan dgn tidak memakai topi keledar. Dari sebelah kanan 2 lorong jalan, dia melintas diatas divider dan seterusnya ke seberang jalan sebelah kiri iaitu jalan yg aku lalui. Nasib baik aku nampak dia melintas lalu aku perlahankan kereta dan sebaik saja dia melepasi kereta aku dia dilanggar sebuah motosikal yg ditunggang oleh 2 org pelajar sekolah. Mcm aksi stunt pulak aku tgk motor yg melanggar tuh sbb berpusing sumersout (betul ke eja camni?) sekali. Tayar motor tercabut. Nasib baik tak kena kereta aku. Sempat aku berhenti kat tepi jalan, nak turun takut. So, dari dlm kereta aku lihat budak2 tu takde la sampai pengsan atau mengalami kecederaan yg parah. Sebab nampak mereka masih boleh berdiri dan paling tidak, duduk menahan kesakitan. Patah? mungkin ada...
Itu la, budak2. Kalau dah bawak motor tak pernah nak beringat. So, bila dah kena, jgn salahkan org lain.
*Aku - Tak sempat nk snap gambar. Gugup!

Sabtu, Jun 26, 2010

Masa Aku kena, mmg seram - Ending

************
Kami kayuh basikal perlahan sebab basikal aku takde lampu. Kalau terlanggar lubang atau batu takde la teruk aku jatuh. Nak harapkan cahaya lampu basikal Din Berambui pon mcm x cukup cahaya jer. Lampu jalan kat jalan tanah liat di tengah2 perkuburan ni pun mcm kelip2 aje aku tgk. Apa punya TNB la, lampu di tempat yg amat memerlukan cahaya tak pulak diorg betulkan! Kan dah menyusahkan!
Din Berambui yg mengayuh di depan aku tiba2 memberhentikan basikalnya. Apehal pulak?! Aku pun ikut brek sekali. "Apesal wei?". Suara aku keras bertanya sbb tak suka dia buat lawak kat tengah2 kubur mlm2 macam ni. "Basikal aku takleh kayuh ni, rantai jatuh ke hape ni?", jawab Din Berambui sambil turun daripada basikal. Aku ikut turun dan parking basikal aku dekat dengan basikal dia.
"A'ah la.. rantai jatuh. Ko tolong carik kayu sket, aku nak betulkan rantai nih!", Din Berambui bagaikan beri arahan pada aku. Dengan tak banyak soal, aku tolong la carikan ranting kayu yg ada kat tepi jalan tu. Aku pun tak suka nak bantah2 si Din Berambui dlm keadaan mcm ni. Buatnya dia tinggalkan aku, naya jer. Tapi mcm malang pulak mlm tu, dengan cahaya yg tak berapa nak ada dlm terkial2 aku cari ranting kayu aku perasan ada seseorang berdekatan kami. Aku tak jadi cari ranting kayu sebaliknya aku dapatkan Din Berambui. "Weh! ko nampak tak sape tuh? Apa dia buat tu? Terbongkok-bongkok gitu?" Banyak pulak soalan yg aku tanya sedangkan aku tahu Din Berambui pun bukan ada jawapannya. Din Berambui cuma diam, buat2 tak dengar soalan aku. Susuk tubuh itu semakin dekat dan akhirnya muncul seorang pakcik yg tak berapa jelas kelihatan wajahnya. Di tangannya terdapat sebatang kayu yg digunakan utk menguis2 tanah seolah2 seperti mencari sesuatu. Pakcik itu menegur kami.
"Ni korang buat ape kat kubur mlm2 nih? khalwat ke? tak takut ke mlm2 main2 lagi kat kubur ni? Pi balik, kang bapak korang cari pulak!" Bisa berbisa pulak bunyiknya kat telinga aku. Khalwat? Ni adik saya pakcik; aku jawab dlm hati je la. "Takde pakcik, kitaorg mmg nak balik ni, tp rantai basikal ni jatuh. Nak cari kayu, susah pulak nak betulkan nih", ramah mesra pulak si Din Berambui menjawab. "Hoh! mari la sini, aku betulkan", offer pakcik tu yg masih kelihatan samar2 wajahnya.
Tak sampai 2 minit, rantai basikal Din Berambui dh dibetulkan. Pakcik tu terus bangun dan capai semula kayunya sambil terbongkok2 lagi menguis2 tanah. Aku jadi pelik lalu aku bertanya pada pakcik tu. "Err..pakcik cari apa mlm2 kat kubur ni. Dari tadi saya tgk terbongkok2. Cari barang mlm2 takde torchlight mmg susah nak jumpa pakcik". Pakcik tu cuma menoleh pada aku dan Din Berambui tanpa suara. Dia terus saje meneruskan kerja2nya mencari sesuatu. Din Berambui tak mahu tunggu lebih lama. "Aku rasa tak sedap hati la", katanya separuh berbisik pada aku. Mendengarkan Din Berambui, aku pun jadi cuak. Baru saja kami nak beredar dengan basikal masing2, aku dengar suara pakcik tu begitu dekat dengan kami. "Takde lampu pun takpe, ni haa.. dah jumpa". Kami serentak menoleh. Aku tak mampu nak cakap apa2 dan aku tahu Din Berambui pun sama. Kami lihat di tapak tangan pakcik tu ada sebiji mata yg masih berdarah dan aku lihat muka pakcik tu. Kali ni jelas, dengan muka bengis tanpa bebola mata pada soket mata kirinya yg turut berdarah. Pakcik tu hanya tersengit dgn giginya yg berkarat.

*****************

"Dah maghrib ni, tutup tv tu. Asyik tengok tv je, tak kira time maghrib tgk lagi tv tu. Pegi semayang plak! Ish..budak2 nih!", kedengaran suara mak dah start panas. Alamak! potong stim betul la mak ni. "Tgk! tak bergerak lagi. Cepat sebelum abah ko masuk, teruk korang kena!". Apalagi, bila dah kena ugut dgn nama abah, kami adik beradik pun terus tutup tv dan berebut2 masuk bilik air.
*Aku - Citer ni benar, aku penah citer kat kawan2 aku. Tak pasal2 aku kena ketuk ngan diorg!

Rabu, Jun 23, 2010

Masa aku kena,mmg seram - bhg 1

Teringat pada satu kisah benar. Benar2 pernah berlaku pada aku, menjadi satu kisah yg tidak pernah dpt dilupakan kerana tidak pernah mengalami ketakutan yg maha takut seperti itu. Kejadian ketika usiaku 14 tahun. Ceritanya begini....



**********
*Nama sebenar watak terpaksa ditukar atas tujuan keselamatan.


Tinggal di taman perumahan mmg menyeronokan. Mana tak seronok, jiran kiri, kanan, depan, belakang. Jiran yg paling rapat dgn family aku - Makcik Siti Tanjung Perak & Pakcik Sudin sekeluarga. Hubungan kami mcm satu family besar. Mcm saudara sendiri. Bila mereka sekeluarga pindah ke taman perumahan lain ( jarak 2 kilometer dr perumahan aku ), kami tetap selalu mengunjungi antara kami. Hinggalah pada satu mlm minggu Makcik STP sekeluarga mengundang family aku utk makan malam di rumahnya.

Masa tu family aku tak ler sesenang skrg. Takde sebijik kereta pun sbg transport. Kereta sorong pun takde. Kereta mainan lagi la...sbb adik2 aku minat main dinasour ajer. Siap boleh wat bunyik lagi..plus gaya mcm T-Rex dgn tangan kecik kat depan. Aku agak, kalau Steven Spielberg jumpa adik aku, mesti watak anak T-Rex dlm tangan.

Okeh, back to the story. Nak pergi rumah Makcik STP tu, mak sama abah dan 2 org adik aku yg kecik naik motorsikal jenama suzuki yg mmg dh sizen giler la. tapi sib baik masib boleh berbakti. Aku dan 3 adik lelaki aku yg lain naik 3 buah basikal. Kalau org ada 4, basikal ada 3 maknanya salah satu basikal kena bawak 2 org la, jgn jadi bengap pulak! Okeh lagi..aku aturkan, Sofie Jikan naik dgn Ruud Gullit. Aku dan Din Berambui sebuah basikal sorang.

Lepas adegan makan2 dan aktiviti2 kekeluargaan, kami sefamily beransur nak balik. Seingat aku, masa tuh jam dah 11.30 mlm lebih kurang. Abah biasa la, pecut motorsikal Suzuki yg tak berapa laju tu melalui jalan raya dgn Sofie Jikan dan Ruud Gullit ditunda oleh abah. Aku dan Din Berambui berbasikal berdua konon nak ikut shortcut lalu ikut jalan kampung tp yg seram sket konon2nya kena lalu dekat kubur. Tapi kitaorg tak takut sbb dah biasa lalu situ walaupun selalu org citer kisah "serem" bulu roma. Ada aku kesah! Opss..tp masa tu ayat tu belom establish lagi aku rasa....
bersambung...

Khamis, Mei 20, 2010

Kisah budak Form 4

Exam OTi

"Budin!.. wei Budin!, Siah panggil. Dia tunggu mu kat bowoh!", lantang je suara si Alias (bukan nama sebenar) sound pelajar yg bernama Budin (pun bukan nama sebenar) tu depan aku. Bukan main budak2 ni, time exam pun boleh lagi korang chit chat yea!

Budin bukan nama sebenar, pelajar yg macam gangster je aku tgk muka dia, badan besar tegap berkulit gelap berpaling pada suara itu. "Ape hal?", katanya kasar. "Siah, ajok dating tuh!", balas Alias bukan nama sebenar sambil sengih2 tgk aku. Kononnya tak nak bagi aku marah la kot, bila dia siap boleh buat bising time exam. Aku jeling. Budak Alias bukan nama sebenar ni mmg mcm ni perangainya, banyak ckp. Kadang2 nak marah, tak jadi marah. Siap dia buat lawak pulak!. "Kepala hotok mung, mung la gi layang dia.. "kochak" lebih sket!". Kurang hajar punya mulut, baru form 4 dh macam keluar dari mulut longkang kau tu ye!

"Giler mung! Cikgu, tgk Budin (bukan nama sebenar) ehh.. pandai doh ckp pelik2 hal org tua, cikgu!", sampuk Alias bukan nama sebenar sambil memandang aku dgn muka serius. Budin bukan nama sebenar kulihat riak wajahnya seperti bersalah, malu pun ada. Mungkin dia sendiri tidak menyangka akan mengeluarkan ayat2 seperti itu di depan aku; di dalam kelas. Aku malas nak bersuara tapi yg pasti nama kedua2 pelajar ini sudah aku tulis di rekod disiplin. Kesalahan - mengganggu ketenteraman semasa peperiksaan.

*************

Tapi yg pasti, daripada rekod disiplin pelajar dan penerangan guru disiplin sendiri, masalah pelajar lelaki dan perempuan yg terlanjur boleh dikatakan 40-60. Ramai tu, mungkin juga termasuk Budin bukan nama sebenar. Jgn sangka muka gangster, pecah rumah takleh dapat awek. Bahkan yg spesis macam tu lah berbanggan dengan kerjanya dok melenjan budak2 pompuan lain. Ini fact dari rekod disiplin yea, bukan aku reka! Aku sendiri pun pernah cekup pelajar lelaki & perempuan berpelukan dalam tandas.



*Aku - Budak2 zaman skrg, mmg advance giler!

Ahad, April 11, 2010

Adik-adikku...

Wahai adik-adikku....
Bagaimanakah perasaan kamu tentang kehidupan kita dikala ini?
Gembirakah kamu?
Ceriakah kamu?
Sudah cukupkah kita membahagiakan mak dan abah?
Aku tak fikir begitu............
Adik-adikku..
Bila masanya kamu akan berubah?
Bila masanya kamu akan lebih dewasa?
Bila masanya kamu akan memahami,
Bahawa segala bicaranya adalah untuk kebaikan kamu.
Adik-adikku..
Bagaimana kehidupan kita
bila mak dan abah sudah tiada?
Pernahkah kamu bayangi itu?
Namun yang pasti, aku tidak akan membiarkan kamu,
Walau kamu sudah cukup dewasa untuk hidup sendiri.
Maaf,
Mungkin aku khilaf, kita sama-sama khilaf.
Mungkin kala ini kamu akan marah padaku,
Mungkin kala ini aku juga sedang sebal dengan kamu,
Tapi aku mahu kamu tahu, walau apa yang berlaku
aku tetap akan menyayangi kamu
kerana kita hanya ada kita......



*Aku - Tak pernah rasa kecewa begini

Khamis, April 01, 2010

Apabila BARCELONA seri dgn Arsenal

Game awal pagi 1st April tadi mmg cukup sengit dan mantop!. Kiranya, tak sia-sia aku bangun utk watch the match. Maklum le, biasa aku malas gak nak bersengkang mata pasal bola ni, tgk game yg main awal je. Tapi bila game yang melibatkan team "best" and Mr. Messi..sanggupku korbankan tidurku..hehehe.
Perlawanan hari sebelumnya Bayern Munich v Man United, tak dapat aku tonton live sbb tidur lebih enak..Yang pasti MU kecundang awal pagi Rabu tu.
Apa yang aku boleh ringkaskan game semalam ialah seperti di bawah apabila Barca bertandang ke London. ( Setakat yg aku ingat la utk tulis kat post nih! )

1. Dorongan bola depan gawang tuan rumah oleh Sergio gagal – minit 1
2. Rembatan Messi terhalang – minit 5
3. Rembatan Ibramimovic dihalang – minit 6
4. Tendangan Ibramovic tersasar - minit ke 8
5. Hampir minit ke 13 – rembatan Messi depan gawang gagal lagi
6. Beberapa kali serangan dari penyerang dan midfield Barca dihalang pertahanan kental Arsenal – minit 15
7. Sepakan percuma kpd Barca kerana dijatuhkan gagal disempurnakan - mnt 17
8. Sehingga ke mnt 20 – Arsenal massih gagal buat serangan
9. Minit 22 – Nasri rembatan luar petak penalty hampir memasuki gawang pelawat
10. Hampir ke minit 30 Ashavin dikeluarkan diganti Eboue
11. Sehingga ke minit 30 Barca masih menguasai perlawanan
12. Minit 32 – Rembatan depan kotak penalty - Ibrahimovic gagal
13. Ibrahimovic - hantaran lintang jaringkan gol bermula separuh masa kedua
14. Ibrahimovic skali lagi jaringkan gol - minit ke 59
15. Minit 69 - Walcott jaringkan gol utk Arsenal
16. Minit 85 – penalty daripada Fabregas selepas dijatuhkan Puyol dlm kotak penalty (mamat rambut mengerbang ni terus kena kad merah)
Kesimpulannya BARCA seri 2-2 dengan Arsenal di Emirates Stadium, London. Secara keseluruhan, Barca menguasai perlawanan dengan serangan2 di depan gawang utk menjaringkan gol tp nampaknya pertahanan Arsenal agak mantap mlm tadi. Arsenal bangkit selepas minit ke 60 dengan kemasukan Walcott dan seterusnya mengekang serangan dari Barcelona.
Hahaha.. takpe..takpe...anak2 buah Arsene Wenger akan kena belasah teruk lepas ni utk suku akhir kedua di Spain.
*Aku - Mengantuk sey! kat tempat keje hari ni!

Isnin, Oktober 19, 2009

Matinya seorang gay...

from letf : Ronan, Keith, Shane, Mikey & Stephen

Story ni dah berlalu beberapa hari lepas. Aku tahun melalui akhbar Metro yg aku baca. Boyzone star Stephen Gately dies. Mungkin ramai juga yg tak kenal dia nih.. Ntah sape2 ntah kan?! tapi bagi sesapa yg sama batch ngan aku, yg meminati music pop barat90'an dan awal 2000 pasti kenal ngan band boy ni especially mamat nih. Boyzone dianggotai Ronan Keating, Keith Duffy, Stephen Gately, Mikey Graham & Shane Lynch. Dlm ramai2 ni aku minat giler kat Keith Duffy. Cousin ckp aku wierd sbb minat org yg wierd sama mcm aku minat giler kat AJ McLean dr kump BSB (citer zaman remaja dulu). Then tiba2 dlm minggu ni aku baca paper Gately meninggal dunia mengejut semasa tido. Erm.. meraung la sape2 ( minah & mamat ) yg minat dia ni. Yup, tak dinafikan dia paling cute dlm group tu...but he's gay! Meraung tak igt pasangan dia ( lupa lak nama mamat tu ). Diorang ni dah wat pendaftaran utk berkahwin secara sivil.
Aku sendiri pon cam tak percaya je.. mcm masa 1st dengar ttg MJ. Baru je diorg bergabung balik dan dlm rancangan nak kuar album baru..Lepas ni agaknya jualan album Boyzone plak melonjak (utk pasaran britain n Ireland shj)
Lagu2 diorg best juga... Mmg aku pon ada memliki gak album diorg dulu, tp tak tahu kat mana letak dah. Maklum la.. itu zaman aku muda2 dulu.


*Aku - Lepas ni nak cari balik la album diorang

Selasa, September 29, 2009

Haruskah dihormati org tua yg kurang hajar ngan kita?

Tengok pada tajuk post ni mmg agak keras + agak kurang hajar jugak la kan... tapi sekadar nak berkongsi cerita n pendapat ( pendapat ke? or perasaan marah yg meluap2? huhuhu..) Sering kita dengar, yang tua dihormati yg muda disayangi.. Ya, amat tepat sekali tp tak semua org nak praktikkan menda nih. Lebih2 lagi org tua yg perasan bagus, langsung takleh pakai. Dia nak org muda aje yg hormat dia, tp dia takleh nak hormat org muda; dengan alasan "dia org tua". Apedehal!

Nak dijadikan cerita yg berlaku pagi tadi, seorang hamba Allah ni dah kalut nak pergi keje, lewat..sebab tayar motor pancit tengah jalan. Jam dh tunjuk kul 8. Sib baik lah ada seorg hamba Allah yg lain ni nak tolong gantikan tiub tayar yg bocor tuh. Disebabkan dah lambat benor ( she suppose to be at work at 7.30 am), dia call someone at home utk pick her up and hantar dia gi keje. So, org kat umah amik la dia sementara hamba Allah yg baik hati tadi gantikan tiub tayar tu tp bukan hantar pi keje, sebaliknya hamba Allah yg mula2 tadi kena hantar org kat umah tu balik umah semula sbb dia ada keje lain. So, she can use the car to go to work. Nak dijadikan cerita ni lebih sensasi, lepas hamba Allah ni hantar org umah tu balik, she ready to leave..melalui lorong depan rumah dia...ala jalan yg kat taman-taman perumahan tu... dari jauh hamba Allah ni dh nampak seorg tua tunggang motosikal tp berenti tgh jalan kecik tu sambil discuss something with another guy. Jarak antara rumah hamba Allah ni dgn tempat "mesyuarat x rasmi" jantan2 tu bukan la jauh sgt...lebih kurang 50 meter je, so diorg boleh nampak la kalo ada kenderaan lain nak lalu. Yg jadi masalahnya, bila jantan2 tu duk berbincang di tengah2 jalan yg sempit tu. Dh la kat situ ada plak sekor kereta Kancil duk parking cantekk je tepi jalan. Takde space la bila WIRA hamba Allah ni nak mengelak jantan2 tuh. Jadi dengan kontrol suara yg dh nervous (sbb lewat dah ni), hamba Allah ni pon cakap la kat org tua yg duk atas motor tu, pasal dia yg duk kat tgh2 jalan. Yang lagi sorang tu berdiri aje.. #"Pokcik, buleh tepi sket dok?, saya nok lalu ni, dh lewat nok gi keje". Mula2 dia pandang je hamba Allah ni, wat tak tahu. Tapi bila 3 kali hamba Allah ni mintak dia ke tepi, korang tau apa dia jawab? " Yang mu laju2 sgt bawok keta dlm kampung ni bakpe? nak langgor org pulok? baru ni ada doh org kena langgar. ke mu nok jadi samseng jalanan?" Duk kampung org, wak gong!" Pergh... sialan betul! Dah tentu2nya hamba Allah ni bawak slow sbb dari depan umah dia, dh nampak jantan tu duk tgh jalan. Tak ke kurang hajar namanya tu. Ada lagi la yg hamba Allah ni jawab tp masih kontrol suara sbb kenangkan bercakap dgn org tua walopun si tua yg tak sedor diri tu, dh macam org hilang akal plak membebel dgn suara kuat, salahkan hamba Allah ni. Tp dalam duk bebel2 tu dialihkan juga la kedudukannya ke tepi sbb hamba Allah ni malas nak layan dh, sbb mmg dh lewat gile nak masuk keje. "Saya malas nak baloh ngan pokcik org tua, kang macam org giler plok saya ni baloh ngan org tua..." kata si hamba Allah ni sambil blah ngan WIRAnya. Tapi masih dengar lagi bebelan si tua sbb cermin tak tutup.
So, conclusion is... tak semestinya org tua harus dihormati. Kalo nak dihormati dia pon kena tau hormati org lain, tak kira la org tu tua atau muda. Aku letakkan point atas kejadian ni ialah; sbb dia tgk hamba Allah tu perempuan. So, senang2 la dia nak maki hamun, herdik sesuka hati depan org ramai macam org tu takde mak bapak. Ni cerita benar, dan sebenarnya aku juga pernah mengalami perkara yg sama - lebih kurang. Rasanya pernah tulis, mana ekkk? ermm.. haa.. yg INI. Salah dia, tp nak salahkan kita plak... mentang2 la org perempuan, kalu aku lelaki.. aku debik pakcik tuh. Biar tergolek je dari motor!

#Guna loghat Terengganu kasi real sket!


*Aku - Sebaik-baiknya saling hormat menghormati, baru la diri disayangi..

Isnin, Ogos 24, 2009

Siapa mereka utk pertikaikan org melayu?

Pertama kali aku nak tulis yg lebih serus. Mungkin sebab semangat patriotik kepada jiwa bangsa melayu meluap2 selepas baca wawacara MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN tulisan Ku Seman Ku Hussain dalam Mingguan Malaysia, smlm. Sebelum ini, ada juga beberapa artikel dan buku2 yang bertemakan perjuangan seperti ini aku baca tp baru hari ini aku terpanggil utk menulis.
Memang diakui sejak akhir2 ini ada kecenderungan beberapa pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yg diberikan kpd org melayu dlm perlembagaan. Pertikaian yg terus dibangkitkan walopun Pelembagaan Malaysia menyebut hak2 tersebut. Wawancara wartawan Ku Seman dgn Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sedikit sebanyak tambah lagi pengetahuan dan buka minda aku tentang betapa aku harus berbangsa menjadi bangsa melayu dibumi bertuah ini.
Menurut Datuk Mohd Noor, kita tidak seharusnya menganggap teras negara ini terdiri drp kaum Melayu, Cina dan India. Pendapat itu adalah salah. Ini kerana tiada termaktub didalam Pelembagaan Malaysia definasi Cina & India sebagai teras. Jangankan teras, definasi Cina dan India juga tidak disebut langsung dalam Perlembagaan. Sebaliknya yang disebut ialah orang Melayu, Bumiputera Sarawak & Bumiputera Sabah. Yang menjadikan susur galur kedua bangsa itu memperoleh kerakyatan ( jadi rakyat malaysia) adalah kerana syarat yg dikenakan pihak Inggeris kepada tanah melayu dlm memperjuangkan kemerdekaan. Memang benda macam ini boleh mencetuskan perkauman. Tapi harus diingat, setiap parti politik yg bergerak aktif skrg sebenarnya memperjuangkan kepentingan kaum masing2. Kecuali PKR - memperjuangkan kepentingan ketuanya. Jadi aku rasa tidak timbul soal isu perkauman dlm konteks ini jika bangsa2 ini faham siapa mereka di sini dan siapa org melayu disini.
Sejarah juga menunjukkan Malaysia ini adalah di gugusan kepulauan melayu, tanah melayu. Gususan ini termasuk juga dgn Indonesia, Brunei, Filipina. Sudah jelas bahawa tuan tanah disini ialah org melayu, tetapi kenapa mesti ada pihak yg masih mahu mempertikaikan hak serta keistimewaan org melayu. Setiap negeri2 melayu ada raja@ sultan yg memerintah. Jika dahulu kuasa sultan adalah kuasa mutlak tetapi kerana dasar berperlembagaan negara menjadikan raja negara ini sebagai raja berperlembagaan dimana kuasa raja itu sendiri terhad. Perdana Menteri adalah pemerintah negara.
Menurut Datuk Mohd Noor lagi, menurut perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri drp 5 kaum. Tentu kita tertanye2 kenapa 5? sedangkan yg kita selalu ingat dan laungkan 3 sahaja. 5 kaum itu sebenarnya terdiri drp, pertama Orang Asli. Org melayu jatuh nombor 2 kerana dari segi sejarah, org asli yg mula2 sampai di gugusan tanah melayu ini diikuti orang melayu. Ketiga, kaum bumiputera Sarawak dan keempat bumiputera Sabah. Kaum cina dan India tidak disebut sebaliknya disebut sebagai lain-lain kaum.
Dahulu ada yg menghujahkan bahawa org melayu juga adalah pendatang kerana penduduk asal adalah org Asli. Itu benar, tetapi menurut Datuk Mohd Noor, kita harus melihat secara keseluruhan; semasa empayar China, berpindah dari Han ke Chin atau Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia, adakah berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah, tp hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga dgn melayu, tidak berpindah tetapi bergerak dalam gugusan kepulauan melayu shj. Akibat drp kedatangan penjajah Inggeris, mereka memecah belahkan gugusan2 ini. Indonesia diberi kpd Belanda, tanah melayu kepada Inggeris. Jadi, siapa org luar? org2 yg mempertikaikan hak istimewa org melayu itu ialah org2 yg dibawa masuk dr dunia luar. Bukan dari kelompok gugusan melayu. Seharusnya mereka berterima kasih kerana diterima baik sebagai rakyat dalam gugusan melayu dan menjadi bangsa yg kuat disini. Jadi, sebagai balasan kerana melayu sudah memberikan kerakyatan kepada mereka, Org Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. 3 keistimewaan yg kita sbg org melayu perlu tahu dan ingat; pentadbiran negara ini diberi kpd org melayu, pelajaran dan biasiswa diberi kpd org melayu. Permit dan perniagaan diberi kpd org melayu memandangkan dahulu kehidupan org melayu jauh ketinggalan dan keciciran. Penjajah menitikberatkan kebajikan pendatang berbanding org melayu. Mungkin tidak mahu org melayu pandai dan berfikir utk memerintah sendiri ketika itu.
Hakikatnya, jiwa org Cina dan India ini tidak pernah luput dari mengingati negara asal mereka. Walopun mereka dilahirkan di malaysia, tetapi semangat juang asal usul mereka tetap utuh di hati. Jadi, apa gunanya mereka menggelarkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia, jiwa Malaysia? hanya kerana jumlah kaum ini yg mungkin lebih ramai berbandiang kaum peribumi lain menyebabkan mereka disebut sebagai teras negara hinggakan teras asal ( peribumi sabah, sarawak & org asli ) dipinggirkan.
Ahh.. sentimen perkauman terlalu sensitif utk dibicarakan. Jika mereka mengerti, mereka tidak akan marah sebaliknya akan lebih sedar diri kerana tuan negara ini ialah melayu dan mereka hanya pendatang yg diberi hak kerakyatan berdasarkan syarat utk merdeka. Aku tidak akan beremosi jika tiada isu2 mengenai pertikaian hak org melayu ini timbul, tp bila ada mmg aku rasa tercabar kerana aku org melayu. Walopun aku mungkin bukan pejuang negara, pejuang bangsa melayu yg hebat tp aku adalah salah seorang yang berusaha dalam memperjuangkan nasib org2 melayu. Para pemimpin negara harus lebih peka tentang perkara ini. Tidak perlu lagi melaungkan rakyat malaysia terdiri dari 3 teras utama, sebaliknya 1Malaysia tp jangan la sampai Salam 1Malaysia (tanpa ucapan Assalamualaikum) plak...agak keterlaluan aku rasa. Sebagai org melayu yg beragama islam, teruskanlah mengucapkan Assalamualaikum dan tidak salam di ikuti dengan salam 1Malaysia sebagai muhibbah dan menunjukkan bangsa Malaysia yang bersatu.
Hakikatnya sebenarnya, tidak timbul soal diskriminasi terhadap kaum Cina dan India kerana segala yg termaktub dalam Perlemabagaan sudah dipersetujui oleh wakil masing2. Jadi, jangan lupa tentang itu!


*Aku - Semoga Malaysia terus aman dan org2 melayu yg penuh dgn agenda busuk itu berhenti dari memecahbelahkan org melayu yg lain!