MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 07, 2012

Saya Yakin Betul, Saya Mahu Tonton Filem Ini


Masa memula tengok kat tv, aku tak perasan bila filem tu nak tayang, tapi aku rasa macam terpanggil je nak tengok. Ya, nak sangat menonton cuma agak berkira-kira nak tengok di panggung atau AstroFirst sebabnya, bila citer-citer melayu ni tak payah nak tunggu lama dah sekarang. Kejap je kau orang dah boleh tengok kat TV. Bayar tiket sampai RM10-RM12 buat rugi je. 

Err... okeh, aku nak tulis pasal filem Adiputra dengan Nora Danish. Aku memang minat Adiputra. Lebih suka dia daripada Aaron Aziz. Tak sure apa sebab tapi mungkin he's my type. Kehkehkeh! Kemain ko ye, msgoodnite. Nora Danish memang aku tak minat la, pesen lenje gitu, geli sket aku tengok, tapi dia memang ada chemistry bila berlakon dengan Adiputra. So, aku boleh layan. 

Kalo tak silap aku filem tu, tajuk dia "Aku Terima Nikahnya..." agak seram tajuk dia kan? kahkahkah! Seram jadahnya, kecuali kau orang pesen menolak perkahwinan, seram la kot. Aku steady je tunggu bakal suami aku sebut ayat tu. Orait, actually citer ni belum tayang tunggu 11 Oktober nanti baru main tapi aku tertengok "di sebalik tabir..." dia semalam, itupun dah nak abis dah. Sempat la tengok trailer. SEDIH, siotttt!
Sedih sebab dalam filem ni diaorang adalah pasangan suami isteri yang kahwin atas dasar cinta (kot) tapi lepas suami dia hilang ingatan akibat kemalangan, semua berubah. Mungkin plot cerita cliche atau juga ada sedikit macam satu drama TV yang aku pernah tengok lakonan Nora Danish dengan Beto Kusyairi tapi cerita bab suami/isteri teraniaya ni, memang aku tak boleh tahan. 

Siapa teraniaya? Nora Danish la kot, sebab Adiputra dah tak ingat dia ada bini, siap boleh kata rasa macam berkhalwat je. Tapi dia projek ringan-ringan dengan makwe baru takde fikir berkhalwat pulak. Cilake betei. Err.. tengok sendiri la nanti ehh... 

Khamis, Jun 02, 2011

Ini Entry Selingan

Sebenarnya sangat tak boleh blah bila mengepost entri menggunakan henpon. Terlalu banyak error yg berlaku dan gua terpaksa buat checking semula melalui pc di ofis. Yeah! takkan gua nak biar entri tunggang langgang bagi lu orang baca, iye dok? Hahaha...

Maaf, gua masih juga belum dpt upload dan sharing-sharing gambor gua bercuti kat sini. Kat fesbuk pun tak sempat lagi. Nnt bila gua free gua upload. Hari ni just saje gua post entri selingan ni. Sambil2 ejas last post, sambil2 booking tiket wayang utk esok. Haa.. gua nak tengok filem KARAK. Lu orang dah tengok belum?

Khamis, Mei 19, 2011

Intisari Jumaat - Awal Sehari

Yuhuu... Huahahha..Ops! terlebih suda. Assalamualaikum, salam sejahtera. Gua lil bit excited sebenornya pasal on 20th May yakni esok, gua nak nonton wayang filem Pirate of the Carribean yg ke 4; On Stranger Tides. Seperti biasa yang jadi mangsa ialah adik gua, sebagai peneman. Kawan gua? Toksah tanya la kalau kawan2 kat sini, diorang bukan kaki wayang. Kaki karoke je buleh harap.

Kiranya skrg ni kat US tgh summer la ye...

Gua tak buleh nak buat ulasan pasal filem ni, pasal belum tgk. Tunggu sok gua apdet perkembangannya. Ada lagi satu filem baru, Nur Kasih. Err.. sorry, pasal yg bersiri pun gua tak nengok, inikan pulak yg filem. Nanti gua macam org blur plak tak tahu hujung pangkal pasal dengar diorang cakap filem ni ibarat sambungan kepada yang siri. Pedulik apa gua?

Semoga esok gua sehat sampai ke malam. Amin.