MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label Story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Story. Papar semua catatan

Sabtu, November 05, 2011

Review Awek Chuck Taylor by Nami Cob Nobbler

Ini kali kedua gua buat review ttg buku yg gua baca. Sebelum ni Sperma Cinta by AkuLinglung. Selalunya gua suka buat review pasal filem, walupun filem tu dah oldie. Kali ni gua pilih AWEK CHUCK TAYLOR tulisan brader Cob Nobbler. Tapi terus terang, gua belum pernah baca tulisan dia kat blog sebelum ni. Apatah lagi gua nak follow blog dia tp gara-gara buku ni, gua dah follow dia kat twitter. Kat blog tunggu dulu, sbb gua susah nk blogwalking skrg. Gua terpaksa amik masa sket nk tulis review ni, sbb nak abiskan baca pun gua amik masa 3-4 hari. Sebabnya, gua nak synchronize dgn artikel Tribute to Elly dlm Kitab Terfaktab. Bila citer2 touching, gua jadi selow.


Tak yah buang masa. Buku ni buku indie. Kisah benar penulis, watak Hafiz. Nama dalam kad pengenalan barangkali. Hafiz watak utama yang mencari cinta tanpa jemu. Cinta itu mmg beliau jumpa tapi banyak yg tak kesampaian. Gua ingat beliau kena mandi bunga. 

Mira - budak pompuan yg gua fikir sgt lain dr yg lain. Gua ingat kalo gua jumpa Mira ni, gua takut nk geng ngan dia. Hatta gua fikir, dia pun takkan geng ngan gua kot walaupun gua suka style dia ngn Chuck Taylor. Gua rasa mcm dia too wide open, free thinker. Seorg yg gila baca buku. So, lu org takkan sangka kalo dia baru 18 tapi cara fikiran dia macam org dewasa yg penuh fact dalam kepala. Itu buat gua sgt kagum. Tapi sorry to say, gua tak berapa nk suka attitude dia yg too rude, kasar especially dengan Hafiz, seolah-olah takde rasa respect pada boyfriend dia. Itu pendapat gua la. Anyway, inilah juga perempuan yg Hafiz takleh lupa walaupun kisah tu dah lama hingga terhasilnya Awek Chuck Taylor. She is Awek Chuck Taylor.

Nana - Beliau adik Mira. Gua tak pasti beza dia ngan Mira bape tahun. Nana ni ada penyakit gagap, tapi dia ada kelebihan lain. Fair, kan?! Tuhan buat kita. Kurang kat sini, lebih kat situ. Okeh. In same time Hafiz jatuh cinta dlm diam dgn Nana. Senang ckp, sama2 jatuh cinta. Hanya apabila Hafiz jadi hero menyelamatkan kucing nana drp di tabrak mobil, kata org Indonesia. Ni kalo Nami hantar cerpen kat Lejen Press kisah selamat kucing utk buku Hero, gua konpem lulus ni.

Hafiz melalui banyak pengalaman percintaan yang menyakitkan. Tapi betu la kata org, sebelum kita jumpa yg manis, kita kena rasa yang pahit dulu. Iye dak? hahaha
Pendek kata, Awek Chuck Taylor ada macam2 rasa. sekejap dia buat lu org jadi berat utk fikir, tapi sekejap dia buat lu org rileks. Gua suka. Apetah lagi, ini kisah benar. The best love story gua penah baca. Kredit utk Nami Cob Nobbler.

Khamis, Mei 19, 2011

Intisari Jumaat - Awal Sehari

Yuhuu... Huahahha..Ops! terlebih suda. Assalamualaikum, salam sejahtera. Gua lil bit excited sebenornya pasal on 20th May yakni esok, gua nak nonton wayang filem Pirate of the Carribean yg ke 4; On Stranger Tides. Seperti biasa yang jadi mangsa ialah adik gua, sebagai peneman. Kawan gua? Toksah tanya la kalau kawan2 kat sini, diorang bukan kaki wayang. Kaki karoke je buleh harap.

Kiranya skrg ni kat US tgh summer la ye...

Gua tak buleh nak buat ulasan pasal filem ni, pasal belum tgk. Tunggu sok gua apdet perkembangannya. Ada lagi satu filem baru, Nur Kasih. Err.. sorry, pasal yg bersiri pun gua tak nengok, inikan pulak yg filem. Nanti gua macam org blur plak tak tahu hujung pangkal pasal dengar diorang cakap filem ni ibarat sambungan kepada yang siri. Pedulik apa gua?

Semoga esok gua sehat sampai ke malam. Amin.

Selasa, Mei 10, 2011

Tentang Dia (Claudia/Jasmine) #1

P/s: Sebenarnya ini bukan idea asal gua. Gua mungkin ciplak tapi dari filem ke tulisan. Dan ia sudah tentu tidak 100% sama sebab gua pun tak sanggup nak tulis semula 100% sama. Ada watak yang gua tukar atas sebab gua lupa, ada beberapa bahagian cerita yg gua tukar dan ringkaskan sedikit jalan ceritanya namun tidak menjejaskan format cerita asal. Gua pilih untuk tulis semula cerita ni sbb sumpah! gua sangat suka cerita ini. Ada pengajaran disebaliknya. Dengan tak malu gua mengaku, gua turut menangis. Tapi kalau lu orang tengok filem, ia lebih "live" dan kelakor.


~ Claudia ~

Kringgggggggggg....Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Seorang gadis genit menggeliat malas di dalam selimut berlatarkan warna pink dengan corak bunga dan rama-rama. Di kiri kanannya kelihatan dua patung beruang besar pemberian si papa dan mama. Sayup-sayup kedengaran suara mama meneriak dari luar bilik sambil mengetuk daun pintu memanggil nama anak gadis yang masih membiarkan bunyi jam membingit ditelinga.

"Claudia! Lekas bangun, nanti lambat ke sekolah", nyaring suara mama diluar. Anak gadis bernama Claudia itu bingkas mematikan jam dan terus berbaring di katil sambil menggosok matanya yg berpisat melihat keadaan sekeliling.

"Ya, mama. Claudia dah bangun ni. Nanti mama tolong buatkan koko panas, ya?!", laung Claudia sambil bangun malas dari katil dan menuju ke bilik mandi.

Mama cuma senyum mendengar permintaan anak tunggalnya. Kalau tidak dipinta Claudia pun, pasti itu yang akan dilakukan. Claudia adalah satu-satu anak gadisnya. Dialah madu, dia juga racun. Sejak 16 tahun lalu, mama dan papa menjaga Claudia bagai menatang minyak yang penuh. Apa saja keinginan anak gadis itu pasti akan cuba dipenuhi. Syukur, walaupun Claudia dibesarkan penuh kasih sayang dan kemanjaan, namun dia tidak pernah membuat perkara-perkara yang mengecewakan mama dan papa. Tindakannya tidak pernah memalukan keluarga.

Setengah jam kemudian Claudia keluar dari bilik menuju ke dapur. Kelihatan mama dan papa sudah sedia menunggunya di meja makan untuk sarapan bersama.

"Ma, Claud minum saja ya, hari ni Claudia dah janji dengan Lini dan Olive nak sarapan sama-sama di sekolah".

"Iye ke? Ini mesti ada plan rahsia ni", papa bersuara tanpa menatap wajah anak gadis kesayangannya sebaliknya matanya terus tertumpu kepada bacaan akhbar.

"Mana ada rahsia pa, memang dah janji semalam. Kami nak sarapan sama-sama hari ni. Lagipun, Lini bawa bekal".

"Kalau Lini bawa bekal, kenapa kamu tak bawa bekal sekali? Nanti boleh tukar-tukar dengan Lini dan Olive", sampuk mama sambil tangannya menyapu jem strawberi di atas roti.

"Lini bawa banyak. Dia dah janji. Menu sarapannya hari ni istimewa, ma. Rugi kalau tak rasa!"

"Apa aje yang dibawa Lini tu?"

"Nasi lemak! Hahaha...", balas Claudia sambil mengenyitkan mata kepada mamanya.

"Bertuah betul budak ni, main-main pulak dia. Dah, minum air tu cepat. Dari tadi mama bancuh, dah sejuk agaknya".

Segera Claudia meneguk air koko yang sudah suam didepannya. Selepas mengucup pipi kedua orang tuanya, Claudia segera meninggalkan rumah untuk ke sekolah yang letaknya lebih kurang 2 kilometer dari rumah. Sudah terbiasa dengan berjalan kaki ke sekolah jarak 2 kilometer itu dirasa bagaikan 1/2 kilometer sahaja. Apatah lagi, bukan dia seorang yang berjalan kaki ke sekolah. Olive juga sama. Selalunya mereka akan berjalan bersaing. Cuma Lini yang dihantar ayahnya kerana rumahnya agak jauh dari sekolah.

Claudia seorang anak gadis berusia 16 tahun, cantik dan manis serta periang. Mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan dua orang gadis sebayanya iaitu Arlini dan Olive. Apapun yang dilakukan, pasti bersama. Pendek kata, persahabatan mereka adalah persahabatan sejati. Claudia juga merupakan seorang gadis yang idealistik, sangat percaya bahawa seorang perempuan diciptakan untuk seorang lelaki. Walaupun Lini dan Olive selalu menggalakkannya dia untuk menjalinkan hubungan rapat dengan lelaki di sekolah tetapi Claudia lebih memilih untuk menunggu datangnya cinta yang ditakdirkan untuknya.

*****

"Sedap mama kau masak Lini", Olive memuji sambil tangan terus menyuakan sudu yang berisi nasi lemak ke mulut. Claudia mengangguk mengiakan. Mulutnya penuh berisi. Memang tidak dinafikan nasi lemak yang dimasak oleh ibu Lini enak. Mamanya tidak pernah masak nasi lemak seenak itu.

"Dah! tak payah puji lebih-lebih. Sebelum ni pun, bukan kau orang tak tahu. Mama aku kan memang champion masak nasi lemak". Mereka sama-sama ketawa. Ketawa itu tiba-tiba terhenti bila mata Claudia tertancap pada seorang pelajar senior.

"Korang tau tak? Setiap insan di dunia ini diciptakan pasangannya", ayat pertama yang keluar dari mulut Claudia sebaik melihat jejaka itu. Sebelum ini dia tidak pernah ambil peduli dengan pelajar-pelajar lelaki yang meminatinya. Hingga saat itu, dia merasakan satu perasaan aneh apatah lagi si jejaka turut memerhatikannya dengan senyuman.

"Oh! Claud sudah jatuh cinta gayanya". Bising mulut Olive.

"Kau suka dia ehh? Ini satu perkembangan yang sihat! hahaha", sambung Lini pula.

"Siapa nama dia? Aku jarang lihat dia di sekolah. Tapi dia cute, kan?"

"Itu senior kita, orangnya memang pendiam. Toddy namanya. Kau nak kenal, aku boleh aturkan", tenang Olive bersuara.

"Ah! jangan. Aku tak mahu dikata perigi mencari timba. Biar aku meminati dalam diam. Itu lebih baik dari terhegeh-hegeh kalau dia tidak sukakan aku".

"Kau masih berfikiran kolot seperti itu, Claudia? Sudahlah. Peribahasa itu sudah tidak relevan lagi digunakan pada zaman ni. Kalau kau lambat, kau melepas", balas Lini.

Claudia hanya mendiamkan diri. Tetapi matanya sesekali melirik ke arah Toddy yang jelas sekali melihat ke arahnya. Claudia jadi tidak keruan. Dia malu dipandang begitu tapi jauh disudut hatinya, sudah berputik bibit-bibit perasaan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Satu perasaan indah.

*****

"Kenapa Cikgu Sara nak jumpa kita di sini?", soal Claudia kepada dua sahabatnya. Selepas waktu rehat Lini memberitahunya bahawa Cikgu Sara, guru Fizik mahu berjumpa mereka di Bilik Kesihatan. Alasannya tidak pula diketahui.

"Aku pun tak tahu. Dapat pesanan dari Hassan kelas sebelah", jawab Lini sambil mengenyit mata kepada Olive. Pasti ada komplot antara mereka tanpa pengetahuan Claudia.

Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak. Kelihatan Toddy di muka pintu tersenyum ke arah tiga anak gadis itu. Nah! Itu agendanya.

"Toddy nak jumpa kau. Kami tunggu di luar ye. Impian jadi kenyataan, kan?!", bisik Olive sambil melangkah keluar dari bilik itu bersama Lini. Kini tinggal Claudia yang kaget. Namun dia cuba untuk mengawal perasaannya.

"Aku Toddy. Kamu Claudia, kan?", sapa Toddy sebaik menghampiri Claudia sambil menghulur tangan.

"Ya, kenapa kamu nak jumpa aku di sini?". Claudia menyambut tangan Toddy.

"Aku tengok kamu seperti malu di depan kawan-kawan. Jadi aku fikir, lebih baik aku jumpa kamu di sini. Aku mahu jadi kawan kamu. Boleh?"

Sepi. Claudia jadi tidak keruan. Sebenarnya dia mahu mengatakan ya, tapi lidahnya kelu. Akhirnya hanya senyuman dan anggukan kepala yang memberi jawapan. Toddy tersenyum lebar. Baru saja dia mahu bersuara lagi muncul Olive di muka pintu.

"Sudah la tu, dah lama ni. Nanti kantoi pulak!"

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

~ Jasmine ~

"Wah! Tak sangka akhirnya kau yang akan menikah dulu padahal aku yang bertunang", Alyssa menyuarakan keterujaannya kepada sahabatnya yang akan menamatkan zaman bujangnya sebentar lagi. Menemani pengantin yang juga sahabat bernama Sandra bersama seorang lagi sahabat bernama Jasmine sudah cukup mengundang keriuhan di kamar pengantin.

"Aku pernah beritahu pada korang sebelum ni, kan? Andainya Andy melamar, aku akan terus terima. Aku sudah yakin benar dengan perasaan kami berdua. Lagipun aku memang dah tak sabar lagi nak hidup sebagai isteri ni", jawab Sandra dengan senyum lebar.

"Tepat sekali. Kau memang harus terima lamaran Andy. Bercinta sudah 6 tahun, wajarnya kau menikah sekarang", Jasmine bersuara.

"Memang, tapi kalau tunggu kau entah bila pula agaknya", Alyssa memulangkan paku buah keras kepada Jasmine. Mereka ketawa bersama. Kata-kata Alyssa tidak sedikitpun mengguris perasaan Jasmine kerana dia tahu sahabat-sahabatnya itu lebih memahami kenapa sehingga usia yang menginjak ke angka 30 tahun, dia masih belum mempunyai teman lelaki. Bukan tidak pernah diperkenalkan dengan lelaki tetapi ditolak mentah-mentah oleh Jasmine. Dia lebih rela menutup hatinya dari didekati oleh lelaki dan memilih untuk hidup sendiri. Tiada yang kurang tentang Jasmine. Orangnya cantik juga manis, berdikari tetapi skeptikal terhadap cinta.

Selesai acara pernikahan Sandra dan Andy, masing-masing menemui tetamu yang hadir. Sandra kembali berbual bersama Jasmine dan Alyssa yang ditemani tunangnya Hakim. Majlis jamuan secara koktel ini memberikan keselesaan kepada para tetamu tanpa perlu terlalu formal menikmati juada yang disediakan.

"Berbual topik apa ni?", soal Sandra sebaik saja bersama dengan dua sahabatnya itu.

"Aku sedang berkira-kira untuk pasangkan Jasmine dengan Jerry. Bagus juga Jerry datang ke majlis kau ni", kata Alyssa.

Jasmine mengerut dahi. Hairan kerana bukan itu yang mereka bualkan. Hakim hanya tersenyum lalu meminta diri untuk bersama dengan tetamu yang lain. Baginya, jika Alyssa sudah menimbulkan soal pasangan untuk Jasmine, itu bukan urusannya untuk turut mendengar.

"Jerry memang padan dengan kau, Jas. Dia bujang, kacak, bekerjaya bagus. Sesuai buat kau", Alyssa melahirkan pendapatnya lalu menunjukkan kepada Jasmine siapa jerry yang dimaksudkan.

"Aku setuju. Sebenarnya, memang dari dulu lagi aku terfikir mahu kenalkan kau dengan dia tapi belum ada waktu yang sesuai. Nah! sekaranglah waktunya, kan?!", Sandra menambah sambil tangannya menggamit ke arah Jerry yang kebetulan memandang ke arah mereka.

Jasmine pernah lihat lelaki itu ketika menemui Sandra di pejabatnya. Kata Sandra, Jerry adalah salah seorang kliennya. Tidak pula dia menyangka Alyssa juga mengenali lelaki bernama Jerry itu.

"Tahniah, Sandra", ucapan pertama yang keluar dari mulut Jerry ketika berada dikelompok tiga wanita itu sambil berjabat tangan. Namun matanya tertancap kepada Jasmine yang berdiri disebelah Sandra. Jerry menguntum senyum.

"Ini Jasmine, sahabat aku. Kenalkan", Sandra bersuara. "Yang itu pasti kau dah kenalkan?", Alyssa yang dimaksudkan Sandra.

"Iya, aku Jerry", Jerry menghulur tangan lalu disambut oleh Jasmine bersama senyuman manis.

"Jasmine ini single lagi tau! hahaha...", sampuk Alyssa. Dia memang begitu, selalu cakap lepas. Jasmine menyiku Alyssa. Perlakuan Jasmine dan Alyssa diperhatikan Sandra dan Jerry dengan senyuman.

"Sorry, Jerry. Kau jangan ambil hati dengan sahabat-sahabat aku ni. Mereka memang macam ni. Tapi jujur, memang Jasmine masih single".

"Oh! kalau begitu, pasti aku ada peluang untuk dekat dengan Jasmine, kan? aku juga single", jawab Jerry. Mereka sama-sama ketawa. Jasmine tersipu. Sebelum masing-masing beredar, Jerry dan Jasmine sempat bertukar nombor telefon. Itupun selepas di'hint' oleh Sandra dan Alyssa.

"Nanti jangan lupa telefon, ya Jerry", pesan Alyssa tanpa segan. Jerry mengangguk.

*****

"Mama...mama? Jasmine dah balik ni". Jasmine terus ke dapur mencari mama setelah bayang mamanya tidak kelihatan di luar tamu. Papa memang tiada di rumah kerana menghadiri kursus jabatanna selama tiga hari di luar kota. Sejenak itu dia terhidu bau harum dari ruang dapur. Ternyata mamanya memeng di dapur, menyiapkan sebiji kek untuk minum petang.

"Mama ni, Jasmine panggil dari tadi mama tak jawab. Jasmine ingat mama takde".

Mama memerhatikan Jasmine dari atas ke bawah. Dia kelihatan hairan melihat anaknya memakai busana yang indah, gaya seperti pengantin lagaknya.

"Kamu dari mana Jasmine? Kenapa kamu berpakaian seperti ini? Apa kamu lakukan sesuatu tanpa pengetahuan mama?", mama mula marah-marah.

"Kenapa mama ni? Jasmine dari majlis kahwin Sandra. Mama lupa? Hari ni kan Sandra menikah. Jasmine jadi pengapit Sandra"

"Iye ke? Atau kamu bohong mama?"

"Betul ma, kenapa Jasmine perlu bohong. Tak percaya, mama telefon je Sandra atau Alyssa", Jasmine mula menarik muka. Sedih apabila mamanya curiga pada dia sedangkan awal-awal lagi dia sudah maklumkan pada mamanya tentang perkara itu.

"Iyelah. Maafkan mama. Mama lupa. Mama cuma tak mahu kamu buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan papa dan mama".

"Takkanlah macam tu, ma. Jasminekan satu-satunya anak mama dan papa. Mesti Jasmine takkan belakangkan mama dan papa". Dua beranak itu berpelukan. Sesungguhnya hubungan ibu dan anak ini memang akrab tetapi jasmine lebih manja dengan papanya. Segala masalah lebih suka dikongsi kepada papa. Namun mama tidak pernah dilupakan.

*****

"Jasmine, malam nanti kamu keluar dengan Reza ye, anak kawan mama yang baru balik dari US. Mama pernah bercerita tentang kamu pada dia dan dia teringin sekali berkenalan dengan kamu. Boleh, ya sayang?", kata mama sewaktu minum petang.

"Aduh! mama. Asyik-asyik nak kenalkan Jasmine pada lelaki. Mama tahukan, Jasmine boleh cari sendiri", tolak Jasmine. Ini juga bukan kali pertama mamanya mahu memperkenalkan dia dengan anak dari kawan-kawan mamanya. Tetapi satu pun tidak menarik perhatian Jasmine. Malahan, dia menggunakan pelbagai helah untuk menjadikan pertemuan pertama tiada pertemuan kedua dan seterusnya.

"Tak ada salahnya, jumpa dulu. Lagipun Reza itu baik budaknya. Mama dah jumpa dia dua kali. Mama suka kalau Jasmine suka. Ikut cakap mama, ya sayang. Keluar dengan dia malam ni. Kalau kamu tak berkenan, takpe. Mama tak marah", pujuk mama lagi. Jasmine hanya mengangguk. Kalau dibantah sekalipun tetap mamanya berkeras. Lagipun apa salahnya dia keluar berjumpa lelaki bernama Reza itu. Mana tahu kali ini hatinya akan cair.

*****

"Kami jalan dulu ya, makcik. Saya janji sebelum jam 12 saya hantar Jasmine balik". Lelaki bernama Reza itu bersuara. Mama mengangguk seraya sempat berbisik kepada Jasmine agar cuba bersikap ramah dengan Reza. Jasmine sekadar tersenyum.

'Boleh tahan juga Reza ni. Baiklah, aku akan cuba dekat dengan dia. Kenal dia lebih rapat'. Jasmine bermonolog sendiri.

"Lepas makan, aku nak ajak kamu ke satu tempat", Reza memecah kesunyian waktu makan malam itu. Mereka berdua menikmati makan malam di sebuah restoran yang rata-rata pengunjungnya adalah berpasangan seperti mereka. Banyak perkara yang dibualkan, cuma yang lebih banyak bersuara itu Reza dan bukan Jasmine. Dia sekadar menjadi pendengar dan sesekali mencelah.

"Oh! ya? Kita nak ke mana?"

"Satu tempat yang aku tidak pernah sekalipun gagal hadir setiap minggu". Walaupun dalam hatinya timbul perasaan kurang enak, tetapi Jasmine tetap bersetuju. Dia mahu lihat sebagaimana orangnya lelaki yang bernama Reza ini.

*****

"Kamu selalu ke sini?", soal Jasmine kepada Reza apabila mereka sampai di depan sebuah gereja.

"Ya. Sejak aku balik ke sini, aku belum pernah gagal untuk tidak hadir ke sini setiap minggu. Bahkan sewaktu aku di US, aku juga aktif dengan aktiviti gereja di kawasan aku tinggal. Di sinilah tempatnya untuk aku luah perasaan dan keinginan. Mari!"

Mereka berdua masuk ke dalam gereja dan mengambil tempat di depan patung Jesus.

"Jasmine, aku nak kamu lakukan seperti apa yang aku lakukan. Ia adalah sebagai salah satu cara kita mensyukuri peluang yang diberi kepada kita", pinta Reza sambil berlutut di tempat khas lalu memejamkan matanya. Tangan kanannya disilangkan dengan tapak tangan dirapatkan ke dada kiri. Jasmine menurut.

"Wahai Tuhan! Terima kasih kerana pertemuan yang dirancang ini. Sesungguhnya inilah yang kami nanti-nantikan. Pertemuan dan hidup bersama. Kebahagiaan. Demi Tuhan! Tolong butakan mata kami, agar kami tidak melihat lelaki dan perempuan lain selain pasangan kami ini. Kelukan lidah kami, agar kami tidak bercakap ayat-ayat manis kepada lelaki dan perempuan lain selain pasangan kami ini. Kudungkan tangan kami, agar kami tidak menyentuh lelaki dan perempuan lain selain pasangan kami ini. Kudungkan kaki kami, agar kami tidak melangkah dan mendekati lelaki dan perempuan lain selain pasangan kami", Reza tiba-tiba berdoa dengan suara yang kuat.

Jasmine kaget dengan tindakan Reza. Masakan berdoa diminta buta, bisu dan kudung. Jasmine merasakan Reza seorang lelaki yang pelik atau mungkin gila lantas tanpa disedari Reza, Jasmine perlahan-lahan beredar dari situ.

*bersambung





Sabtu, Januari 22, 2011

ECLIPSE

Hari ni dah masuk Sabtu - 22 Jan 2011. Tapi gua nk share citer 21 Jan 2011 punye. Gua takde mende nak buat kat umah. Kain baju pun dah setel berlipat. Nak gi dating memang takde la pasal boipren jauh. Huh! Jadi gua layan Twilight Eclipse.

Twilight New Moon gua belum tengok abis (betul2 punye tengok) dan gua layan Eclipse sampai selesai. Kira langkah bendul la ni. Takpe la, 28 Jan ni New Moon lagi sekali diulang tayang di StarMovies. Layanzzz.



Apa yg gua nk share ialah pasal citer Eclipse ni specially Bella Swan. Aduh! Sikit punye "kerlong" la minah ni. Edward dh tentu2 la dia nak. Sekali si Jacob tu pun dia nak jugak! Mcm buruk lantak gak la pompuan nih. Tiba-tiba jadi benci pulak nak samakan diri gua dengan Bella. Pasal gua takde la bersifat "kerlong" mcm tu. Gua setia, beb! Keh keh keh!

Dia mcm penasaran la, perasaan yang berbelah bagi walaupun cinta dia lebih kepada Edward Cullen si pontianak. Tapi Jacob si serigala ni pun boleh tahan jalang gak. Dah tahu awek orang lagi nak kacau. Ah! Gua silap. Pontianak bukan orang pasal diaorang tak "hidup" pun. Itu Jacob la yang kata. Gua tolong sampaikan je kat sini. Tapi, apa dia pedulik? Baru awek, belum bini, kan?!

Mula2 dulu gua igt dah habis part balas dendam pontianak Victoria selepas kematian kekasihnya pontianak James (Twilight 1). Dalam Eclipse siap rekrut pontianak baru lagi. Tapi dalam episod ni, mampus dah dia. Dibunuh dek Edward.

Edward dan Bella gua kira mcm "bertunang" sendiri la kot, pasal dah siap sarung cincin dah. Tapi mmg betul kata seseorang di blog dia. Baik betul pontianak omputeh yg sorang nih, dah bape kali episod still virgin lagi sbb tunggu sampai kawin nanti.

Contohilah sifat ini, semoga hidup diredhai Allah. Cewaah!

Jumaat, Disember 10, 2010

Pesen Orang Femes Agaknya!


Skrg ni kalau ckp pasal blog, hampir sume org ada blog. Dari org muda sampai ke org tua.  Dari org terpelajar sampai ke org tak berapa nak belajar pun sibuk nak berblog jugak. Nak carik duit poket, katanye. Ceh! Pendek kata, selain dari yg hot macam fesbuk dan twitter, blog adalah antara peranti sosial yg tak kurang femes. Malahan blog ni boleh jadi tempat luahan rasa, ibarat diari la kata omputeh.

Kali ni nak stori mori the morning glori pasal yg berkaitan dengan blog. Ye la, dah intro pon sebut blog, mesti la nk citer pasal blog. Takkan nk citer pasal Hantu Kak LImah Balik Rumah plak. Tapi yg pasti bukan citer pasal blog cik bedah ni sebaliknya blog2 org femes la. Sepanjang bermulanye karier tak masuk hasil aku dlm arena berblogging ni, byk jugak la blog2 lain yg aku luangkan masa untuk dibaca, dihayati dan dikongsi pengalaman serta kelucuannya. Tak kurang juga yg jadikan blog ni tempat utk memaki hamun org, mengutuk, mencarut dan sebagainya. Tapi korang punya pasal lah. Dah blog korang..kalo blog aku, senang plak. Sambil jenguk blog2 member, sambil tinjau blog2 lain yg ada dlm list dia. Blog kawan2 pun tak penah ketinggalan. Ops! Menipu cik bedah nih. Ekceli penah ketinggalan tapi aku qada' balik ye. Jadi dpt la habiskan baca semua yg tertinggal.

Nak cerita pasal blog2 femes je nih. Yang tak femes cam blog aku, takde hal la. Yang femes nih... etensyen sket, kalo korang setuju ngan aku sila angkat kening, nak tgk sape terer leh celen iklan cadbury. Aku rasa kebanyakkan blogger2 femes ni tak penah nak menjawab komen pengomen2 kan? err...korang perasan tak ni? ke aku sorang je yg perasan? Ah! Lantak! Tp aku perasan sesangat la. Dah byk jugak la aku baca dan ulang alik membaca tp payah depa ni nak mereply. Apa pesen pun tak tau la cik bedah. Kot pesen sama mcm artis, dh glamer serta tahap kefemesan terserlah, maka utk menjawab komen2 menjadi sesuatu yg tak penting lagi.

Yup! Mereka mungkin fikir " kalo yg sorang dh taknak komen, yg lain ramai lagi". Tapi harus diingat, kerana komen2 pengomen itu la yg buatkan duit earning depa berganda2 kat nuffnang. So, hargailah sikit sebab samtaims, pengomen nk tau jwpn pada soalan yg ditanya...betul dok?

Tapi aku respek kat satu blogger, bagi aku dia mmg femes. Tulisan dia mmg tip top. Suka aku membacanya pasal sempoi, kelakor dan bermesej. AKU LINGLUNG. Bukan aku, tapi nama blog dia Aku LingLung. Nama dia aku tak tau, tapi panggil LingLung aje lah. Aku igt kalo panggil nama betul dia, org tak kenal kot.
Aku respek pasal mamat ni salah seorang blogger yg femes dan rajin gak mereply komen peminat. Cewah! Hatta, kadang2 aku sendiri komen menda bodo-bodo je tapi dia reply gak. Rasa la dihargai dan sekaligus merangsang spirit aku nak baca lagi kat blog dia. Selain Linglung, ada gak 2-3 blogger femes lain yg sudi membalas komen2 peminat. Tahniah diucapkan. Semoga sama2 la kita memartabatkan dunia blogging tanahair. Cewah! Keh keh keh!

Jumaat, Disember 03, 2010

No more Pon Pon..

"Weh, 7hb ko ada keje tak? Mai umah aku ehh...", kata Pija bila aku terima panggilan darinya suatu hari. "Apesal? Ko wat makan-makan ke?", aku tanya dia sedangkan masa tu aku tak ingat langsung pasal satu perkara. "Laa... kan abg aku nk tunang, jom la ikut pi umah tunang dia tu". Owh! Baru aku ingat tapi masa tu aku dah tahu apa aku nak jawab kat Pija. "Sori la beb! Aku nak gi tengok wayang la ngan adik aku". "Gila hape ko, Awal Muharram gi tgk wayang. Gi masjid la wei". Adoi! Salah bagi reason pulak. "Takpe la..yang berdosa aku, nak buat camne, dah janji". Bangang punya jawapan aku bagi. "Mengong!", balas Pija sebelum kami menamatkan bualan. Takpe la... apa sangat la perkataan mengong yang aku terima dari Pija berbanding "malu" yang mungkin aku dpt kalau pergi majlis tu.

Khas buat Abg Pon Pon, Selamat Bertunang!

Sekadar gambar hiasan. ( Gua pilih gmbr ni pasal tunang Aqasha nama Zura.. Hahahah )

Rabu, November 10, 2010

Kena tipu!


Sotong Celup Tepung sebenar

Lupa nak cerita padahal benda ni hepen bulan lepas masa aku gi KL. Selepas aktiviti rutin org pompuan pd belah siang, belah malamnya aku dan kawan2 pakat pi diner kat Kg. Baru. Apa nama restoran ntah, aku lupa! 8 orang makan penuh meja. Mmg takde kontrol punya makan. Balun je sume yg ada. Orang tu oder puyuh, orang ni oder ikan. Orang ni oder tomyam, orang tu oder telur bungkus. Aku? Aku oder sotong celup tepung. Orait gak la, kalo nk makan dengan nasi. Peh!

Semua menu yg dioder dah sampai. Apa tunggu lagi? Makannnnnnnnnnn....yum..yum....sotong celup tepung belum datang. Kejap lagi kot! Makan lagi..

Sotong celup tepung sampai! Aku pandang sotong celup tepung, aku pandang member depan. Member depan pandang sotong celup tepung, member depan pandang aku. Apehal mcm ni plak rupa sotong celup tepung nih?!

Sotong Celup Tepung tipu

Kami gelak. Dem! Takkan nak makan cekodok sotong dengan nasik!


*Aku - Sape ntah chef yg masak menu ni. Macam harem jer!

Selasa, November 09, 2010

Abg Ponpon 2

Sabtu lepas, aku singgah toko. Saje, pasal lama tak singgah. Pija takde, ada kursus kat Kuantan. Di meja bulat ada 2-3 orang budak sekolah yg baru belajar nk merokok! Berkepul2 asap keluar ikut hidung dan mulut. Aku ingat diorang hisap main2 ajer kot..pasal bila aku tgk jantan2 yg duk hisap rokok selalu sikit je keluar asapnya. Bila aku tanya, diorg ckp asap dh keluar ikut salur najis. Cilakak! Menipu tak abis2.

"Zu!", abg ponpon panggil sedang elok aku nak keluar toko lepas beli REMAJA yg ada gambor Stacy utk adik aku. "Apa dia?", aku jawab sambil buat2 belek majalah tu. Huh! Cun jugak kaler kontek lens yg Stacy pakai nih. Kalo aku pakai lagi cun! "Abg nak mintak tolong sikit ngan Zu ni, boleh tak? Penting sangat, ibarat antara Syurga dan Neraka ni..". Peh! bergurau pulak! "Nak tolong apanye?", aku tanya lagi dengan mata masih tgk muka Stacy pasal aku dah mula rasa seriau nak tengok abg ponpon depan2. "Abg ponpon nak Zu tolong telepon awek abg, tolong explen kat dia". Ah! Sudah. Explen apa pulak? Apesal aku? Dan-dan tu jugak aku tgk muka abg ponpon. Siyes beb! Mata dia tenung tepat mata aku. Tapi bukan renungan dengan perasaan ehem..ehem.. tapi renungan simpati. Siott! "Apesal Zu plak yg nak kena tepon?". "Zu tau kan, bulan depan abg nak tunang. Tapi ada org dah dengki, bagitau dia, abg duk main gila!". Nah kau! Main gila pulak. Hisap ganja ke mamat nih? "Org tak paham la, buleh explen briefly tak?", aku dah makin cuak pulak. "Abg ponpon tak tau sapa, tapi dia ckp ada org bagitau dia, abg main gila ngan Zu!". Woit! Apehal pulak aku yg kena? Mentang2 aku selalu ushar dia, ada aje yg nak buat kerja keji memfitnah org nih! "Zu kol la dia, ckp yg kita ni mmg takde pape. Ada org saje nak naya nih!", siyes je muka abg ponpon aku tgk. Aku pun siyes gak, pasal dah jadi bahan eksperimen pulak rasanya. Nasib baik tak terus kena serang, kalo tak kompom aku tak pi Toko lagi dah. "Apesal abg ponpon tak suruh Pija ajer. Org taknak terlibat la. Apesal nk kaitkan org plak?! Benci la mcm ni....", kali ni aku rasa mcm nk menangis. Gua takut, beb! Takut kena lempang depan org ramai pasal jadi pengacau. Walaupun hakikatnya aku sering memandang dari jauh...kah kah kah!
"Pija lagi takde kena mengena. Abg ponpon dah terus terang kat dia, tp dia tak percaya. Zu tolong la abg!". Aku minta tepon dia, berani-berani takut nak kol awek yg dicintaik tuh! Agak lama kami berbual tapi takde sebarang itonasi atau dialog keras yang aku dengar. Jelaslah si gadis seorang yg lemah lembut. Patut abg ponpon suka benor! Akhirnya menda yg jadi masalah sgt kat abg ponpon setel. Takde la tegang sgt pon. Saje mamat tu, nak buat gempak. Cuma aku tak lupa kata2 akhir si gadis - "Jgn rapat2 sgt dgn abg ponpon tu, kang takut terjatuh hati pulak!" Adoi!

Selasa, November 02, 2010

Wakenabeb!

Maya, Pija dan Suri mmg kerja satu department. Bila dah satu department, dipendekkan citer mmg diorang kacip giler. Setiap kerja dibuat secara sepakat. Sepakat membawa berkat kata pepatah Sepanyol. Berkat..selamat, slogan Guru Yayah. Ah! takde kaitan langsung.

Maya, Pija dan Suri ni selalu mengamalkan sikap tolong menolong dlm menjalankan tugas. memandangkan department mereka agak jauh dan terpencil daripada department lain, jadi agak senang dan selesa lah mereka menguruskan department dan seterusnya tugas masing2 mengikut keperluan dan kehendak pegawai yg memerlukan. Mana taknya..degil pun boleh tahan. Nak kata besar kepala, normal aje macam manusia lain. Tapi naluri memberontak tu tetap ada dalam jiwa masing2 walaupon dah tua bangka sumenye. Dah berapa kali ditegur oleh orang atasan tentang waktu rehat atau brekpes diorg, tp pompuan 3 org ni wat dono jer. Dipesan jgn keluar 3 org sekaligus, nanti department takde org jaga, dibantai keluar juga bertiga. Degil tak nak mampos!

Bab tolong kaber mengkaber jgn citer la. Kalau Pija datang lewat, bukan lewat sikit tp byk, selamber je si Maya dgn Suri kaber ngan bos; kononnya Si Pija pi toilet, memerut. Menipu! Bila Suri nak balik awal, awal sejam setengah tu..yang lain tolong kaber lagi, tolong punch card. Bagi alasan si Suri malas nk naik ofis, tunggu kat bawah jer. Menipu lagik! Paling busuk, bila tiga-tiga orang sekali balik awal, sorang pun tak punch. Esok datang, tulis ngan pen! Tak baik betul!

Tapi betul la kata Leonardo Da Vinci. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terbabas jua. Sebelum ini, Maya, Suri dan Pija menyusun strategi yg amat padu sekali sebelum menjalankan misi pulang awal. Masing2 akan jalankan siasatan - siapa bos yg balik lewat, siapa bos yg balik awal, siapa bos yg tak balik2. Ini adalah penting utk memastikan kerja busuk mereka tidak dihidu oleh bos-bos yang sebenarnya buat2 bodo je mcm tak tahu apa2. Padahal pompuan 3 orang yg cerdik2 bodo ni tak tahu siapa yg lebih bodo. Mereka atau ikan sepat dalam kolam.

Satu hari, staff pentadbiran menyerahkan notis panggilan mesyuarat kepada pompuan bertiga ni. Masing2 mula membuat andaian apa yang akan dibangkitkan di dalam mesyuarat apabila di bahagian agenda mesyuarat cuma tercatat; "housekeeping", "fail meja" dan "hal2 lain". Biasa la, kalau dah buat salah mestilah ada perasaan cuak. Takut kantoi.

"Semua staff ada time masuk kerja dan habis mengikut kumpulan masing-masing. Yang masuk kerja jam 7.30 habis kerja jam 4.30 untuk Ahad hingga Rabu. Staff yang masuk kerja jam 8.00 habis jam 5.00 dan 8.30 habis jam 5.30 ptg. Manakala hari Khamis, masing2 akan habis kerja jam 3.00, 3.30 dan 4.00 petang. Sepatutnya, waktu kerja ini dipatuhi. Jangan ada yang datang lambat tp balik awal. Jangan ada yang keluar tengahari, terus tak masuk2. Seharusnya masing2 ingat tanggungjawab tentang tugas dan disiplin diri. Cara untuk menepati masa. Ingat, kita bekerja dibayar gaji. Saya perhatikan ada staff kita yang balik tak ikut masa, tidak punch card waktu balik. Saya harap, lepas ni perkara seperti ini tidak berulang lagi. Kita jgn jadikan perkara yg salah ini sebagai amalan. Inilah rezeki yang kita perolehi dengan cara itu, tidak berkat". Takkan kita nak biarkan ahli keluarga kita makan hasil dari rezeki yg tak berkat?! betul tak? Seeloknya yang salah diperbetulkan, yang betul diamalkan".

Peh! Pedih menyengat kata-kata dari bos. Maya, Suri dan Pija diam membisu. Mmg bos tak sebut nama siapa2 yang berkenaan tapi mereka tahu kalau kata-kata itu juga dituju kepada mereka selain dari 2-3 orang staff dari department pentadbiran. "Sape makan cili, dia yg rasa mengembang bibir dan berpijar lidah" kata peribahasa orang putih. Lepas ni jangan buat lagi!

Rabu, Oktober 27, 2010

Abang PonPon!

Bukan selalu nk story pasal someone. Lebih2 lagi lelaki. Peh! Macam teruja plak. Kah kah kah! Tapi bukan nak cerita pasal aku suka kat dia ke hape... tapi nak share sambil2 minta pendapat, awat la mamat yg sorang ni sombong tak hingat. Nak kata hensem, hensem sket je. Zul Huzaimi lagi hensem.

Hari-hari tgk dia, hari-hari jumpa dia. Tapi sekalipun tak penah tegur aku. Ala, bukan la nak mintak tegur tp dh kalo hari2 nampak takkan tak timbul niat ikhlas di hati nak menegur sapa. Cewah! Aku ni pulak, dengan muka yg selamber cuba la beramah mesra nak2 bila dia lepak sambil sembang2 ngan org2 yg aku kenal dan juga aku tak kenal. Tapi yg buat aku rasa macam jadi sebatang pensil yg kaku ialah apabila dia wat dekk je. Sib baik la ada kawan2 lain yg tolong kaber rasa malu2 kucing aku time tuh!. Cilakak betul la. Adakah sebab cara aku tegur dia agak kasar? Erm... boley jadi. Sebabnya? Sebabnya mcm ni....

Mungkin pasal aku tegur dia lebih kurang ajer kot. Tak menjurus kepada dirinya secara direct. Adus.. dah ko yg bukak cerita dulu, then org lain tambah tolak sikit. So, aku pun menyampuk la lebih kurang, takkan la ko tak boleh highlight aku tuju pada ko?! erm...kurang asam boi betul. Lagi satu, aku guna kata ganti nama - kau, aku je. Okeh la tuh, dalam drama, filem pun, pakwe sama makwe ckp kau, aku. Takkan kite yg takde hubungan cinta kena panggil darling, sayang, baby, hani...aduyai! Lemah!

Akhirnya, aku fedap. Alah, mcm dia kelas sgt. Kelas sikit je drp aku...pasal mmg dia ramai kaki. Bukan tokey kelas memandu atau kelas memasak pun. So, lepas tu aku dah tak mau tegur lagi. Biaq pi la kat dia. Tapi seminggu lepas tu...........


"Zu, nape lama x lepak sini?", dia tanye aku masa aku singgah nk cari buku jahit manik yg rege RM37.90. Mahal giler! Aaa...aku mimpi ke dia mimpi nih? "Org byk keje sket lately", aku jawab lebih kurang je. Tapi dalam kepala tak abis2 duk fikir apa mimpi dia tegur aku hari ni. "Abg PonPon lama tak tgk Zu singgah sini, igt gaduh ngan Pija". Apa? Abg? Peh! tetiba aku rasa mcm kena sampuk. Sejak bila pulak dia bahasakan diri dia abg? "Eh! kitaorg okeh jer. Mcm yg org ckp tadi la, org bz sket. Buku ni takde diskaun ke?". "Sapa yg nak?", soalan aku tak dijawab, dibantai tanya aku soalan lain plak. "Dah org yg beli, org la yg nak", aku jawab ringkas tp masih kontrol. Ye la..tgh dia mood elok ni kena jaga. "Kalau Zu nak, amik aje la. Abg belanja". Peh! lagi skali. Kali ni lebih ummpphh. Pasal? Daripada tak penah nk ckp ngan aku, hari ni boleh tegur. Pastu belanja buku free plak. Aku igt samting wrong la sama "abg ponpon" nih!.


Sampai hari ni, proses tegur menegur masih berlangsung walaupun aku dah jarang lepak kat toko buku @ kedai melepak budak2. Sama mcm aku jarang melepak kat fesbuk dan blog. Tapi sampai hari ni jugak aku pelik dan belum berkesempatan nak tanye Abg PonPon tu apesal tiba2 dia buleh nak bersembang ngan aku?!


p/s - Nama sebenar watak dan lokasi terpaksa dirahsiakan..

Selasa, Oktober 12, 2010

Ini sebablah Hj Bahkil marah - asik-asik, asmara cinta..asmara cinta..

Melayan asmara bukan la seperti pasangan lelaki dan pompuan (pasangan halal aje dikira okeh) yang syok masyuk sedang memadu cinta diranjang. Bukan juga paling ringan, seperti pasangan kekasih cinta monyet budak sekolah yg duk curik-curik deting kat tangga blok makmal yg akhirnya kantoi kena cekup dengan cikgu displin dan jarang sekali tukang kebun atau pembantu makmal itu sendiri. Tapi melayan asmara yang satu ni buat hati rasa tak keruan akibat pertembungan deria rasa sakit hati, marah, tension dan barangkali sedikit teruja kerana tgk muka lelaki hensem bagi sesetengah pompuan.

Tapi buat sementara, di pertengahan episod ini, nasib la engko yg bernama Asmara kerana tak berupaya mengecapi nikmat asmara yg sebenarnya sebagaimana nama sendiri. Asyik kena maki je ngan bini, ape kehal? Dah la tido asing2, macam program merancang keluarga plak takut terbabas tengah malam.

Dapat kakak ipar pun mcm harem... membebel je kat adik ipar. Aku ingat kakak ada sikit perasaan jeles la kat adik, pasal adik dpt laki dulu, boleh manja2 dulu, boleh bergurau2 atas katil dulu berbanding dia. Kadang2 aku perasaan si kakak pun ada tgk satu macam je sama dia punya adik ipar. Siap ushar2 lagi..adik ipar hensem. Hensem? erm..hensem lagi arwah papa Asmara lagi.

Tapi itu baru pertengahan episod. Ending x tahu lagi. Biasa, mesti hepi ending. Tunggu aje la..biasa la, hero selalu kalah dulu.




*Aku - Soundtrack Asmara tu best. tapi x tahu sape nyanyi.

Sabtu, Oktober 09, 2010

Apa jadi pada Tupac?

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Tupac sedang lena tidur. Tiba-tiba dia terjaga. Terasa sesuatu yg harus dikeluarkan dari batang tubuhnya. Tupac terus bangkit dari katil dan melangkah keluar menuju ke toilet. Fak! Maki Tupac dlm hati. Ada org dalam toilet. Mesti tak lain tak bukan Coolio sbb Tupac menyewa berdua dengan Coolio. "Cool! Kau buat ape lagi kat dalam tu? Cepat la sikit..aku dah lama tunggu ni. Dah tak tahan, tau tak!", laung Tupac kepada sahabat yang dicintaiknye itu. Coolio sedang memerut barangkali kerana lebih 15 minit dia berada dalam toilet itu. "Ala, tunggu la kejap. Aku tengah sakit perut sangat2 nih! Agaknya makan karipap kau bawak balik tadi, tak?", balas Coolio dari dalam toilet rumah bujang dua bilik, satu toilet merangkap bilik air itu. Daripada nada suara yg keluar mmg sah dia menahan kesakitan utk mengeluarkan isi perut yg dihadam.

Tupac kembali ke bilik apabila dirasakan hajatnya tadi beransur hilang. Bahaya gak Tupac nih! Lama-lama  tahan2 kencing ni, kena batu karang baru meraung. Tupac berbaring semula ke katil sambil melelapkan matanya. "Pac! Aku dah sudah ni", kedengaran suara Coolio dari luar bilik memberi isyarat. Lalu dengan langkah malas Tupac keluar dari bilik menuju ke bilik air. Di dalam bilik air, dapat la beliau melepaskan hajat yg tertangguh tadi. Lama. Tapi tak puas sebab kencing tak keluar. "Peh! Apehal plak? Takkan baru tahan sekejap dah kena batu karang kot?!" Tupac cuak. Diterannya beberapa kali. Macam org nak bersalin pulak main teran-teran. Tupac masih sabar menunggu dalam toilet. Masih terasa nak kencing dan akhirnya lega. Hajatnya dah lepas. Lepas selesaikan apa yg patut, Tupac melangkah laju menuju ke biliknya.

"Eh! Apesal basah ni? Takkan la basuh sampai basah seluar pulak?". Tupac bingkas bangun. Dirasa seluarnya basah. Selimutnya juga basah dan yg paling haru, tilamnya juga basah........

Sabtu, September 25, 2010

Pet

Masa zaman skolah rendah, aku suka sgt binatang name singa dan harimau. Skrg pun suka. Masa tu, rasa nk bela je menatang karnivor tu tp logikanye mmg nk mati la bela menatang 2. Aku suka sbb dier besar, ada bulu yg gebu. Comel aje aku tgk. So bila dua sequel Chronicle of Narnia dityg, aku suka tgk wlupun byk kali. Sbb ada Aslan, king of Narnia. Kalo dpt bela kucing besar 2 mesti best!


*Aku - Aslam mcm name jiran aku

Isnin, September 20, 2010

Dialog Pakwe Makwe

P : Syg buat apa?
M : Mane pegi lu punya "gua-lu" ni.. Lu jgn nk jebak gua dgn jerat percintaan lu plak..

P : Tu ar pasal, gua pun rasa cam janggal bersyg2 dgn lu.. Tp time gua tgk pic u.. Tetiba jer gua jd lain mcm, ngaper erk?
M : Lu asik pkir lain je..pasal 2 kot. Cuba lu ikhlas sket, gua agak xde pape ar, heh! Eh, lu dh abis keje blum?

P : Huhu.. Tu ar pasal, silap lu jgk sbb gebu semcm jer..kena plak ngan taste gua, lu nih. Ok2, gua cuba fikirkan menda lain plak.. Gua bru habis kije ni, siap2 nak balik dah ni..
M : Mane la gua tau nk efek kt lu mcm 2..lg pun kurnia tuhan, gua terima je la..Ok la bebeh. Slmt balik, dun drink n drive!

P : Lu x nak belanja gua minum pagi ke..
M : Lu kt mane skrg?

P : Gua dah ada kt bukit beduk ni.. Lu ada bran x ni nak belanja gua nasi lemak ngan tea o ni?
M : Gua mmg o d way nk kuar tp ada keje sket. Lain kali aje la lu blanje gua, eh gua blanje lu..hehe

P : It's ok.. gua no hal..
M : Okeh!


10 minit later... beep..beep (bunyik sms masuk lagi)


P : Lu kata da nak otw takdi, pastu sempat lg reply msj gua.. Gua confius ni..huhu
M : Gua kt Shell td.. Eleh lu ckp gua, yg lu ckp kt bukit beduk td..apa, ada mambang tolong reply utk lu ke?

P : Gua xper, internet sentiasa di hujung jari.. Ke lu pun sama mcm gua jgk?
M : Lu igt? Gua kontek2 lu ni guna Pos Malaysia agaknye ye?

P : Atoiii.. hahahahahaha.. Siot tul r lu, mati2 gua igt lu guna telegram jer..huhu. Gua suka la kat lu!



*Aku - Ada gak mcm nih!

Khamis, Ogos 12, 2010

Cerita Orang Tak Puasa

Wah! 2nd day puasa ni masih dalam mood segar, gagah, teruja. Korang tunggu la dekat2 nak last puasa nanti, mesti ada yg mengadu penat la, pening la, nak muntah la dan lain2 alasan. Tapi nak buat camne..lantak korang la, sume dah besor panjang.
Tadi aku sempat turun ke bilik MPV sebelah blok makmal sbb nak jumpa dgn sorg cikgu nih, nak bayar duit set pinggan CORRELL. Dari luar aku tgk ada 3-4 pasang kasut pulak. Ai! ada barang baru ke nih? Ramai pulak cikgu yg singgah kat bilik MPV tu. Kasut pelajar pun ada, pasal diorg ada bengkel jahitan. Unik sket, MPV ni allowed budak lelaki pun amik kursus menjahit.
Bila masuk, aku cuma nampak budak2 je. So aku tanya sorang pelajar pompuan, "Mana cikgu Ju?". "Cikgu ada kat dalam bilik dia". Aku agak mungkin diorg duk promo kain2 sutera corak baru, tudung2 Ariani @ Hajaba atau yg sewaktu dengannya. Aku buka pintu tp tak jadi masuk pasal terkejut. Mujur aku tak lemah semangat dan bukan jenis yg suka gedik2 jerit konon2 terperanjat. Menyampah mak, nyah!
"Engko zura, terkejut akak. Ingat budak2 tadi. Meh masuk, syhhh...ko puasa tak hari ni? Kalo tak puasa meh ler, makan sekali!", baik punya offer dari Cikgu Juriah yg bahasakan diri Kak Ju. Rupanya dia lagi terkejut, takut kantoi!
Kat bilik tu ada la 2-3 org cikgu lain yg angkat bendera merah. No wonder aku tgk bilik gelap aje, tak mcm selalu terang benderang. Rupanya ada projek baeekkk punya! "Takpe la kak Ju, saya puasa". Lepas bayar duit pinggan, aku terus blah. Takde sebab plak takut tergoda, ala setakat cornflakes dgn susu. Lain la bawak rendang ayam ke, kecur gak ayaq liuq.
Kira okeh la, org pompuan time bulan puasa ada excuse utk tak puasa. Siap boleh pakat 2-3 org bawa bekal, makan kat tempat yg private. Aku pun buat camtu, tahun2 lepas. Teringat plak masa aku study kat Cosmopoint tahun 1998 di KL. 1st year aku puasa sbg student IPT. Ada sorang kawan, budak org asli nama Moni. Dia yg ajak aku pegi makan kat foodcourt Wisma Cycle Carry, Jln Raja Laut. Time tu aku period. Foodcourt ni mmg dekat sgt la dgn kolej aku tuh. Mula2 aku segan gak, tp bila sampai foodcourt, bukan aku je perempuan Islam yg x puasa dan mkn kat situ. Apalagi? buat muka selamber aje la beli wantan mee dan lain2 utk hari berikutnya..hehehe



*Aku - Harap2 time x boleh puasa tu, tak lama.

Ahad, Ogos 01, 2010

Sumbang & Maksiat di petang hari

I'm not perfect but sometimes I'll try to be a perfect. Malangnya tak pernah nak perfect pun...ala-ala jer. Ops! Bukan nak citer pasal aku, tp pasal someone yg aku jumpa ptg tadi masa nk shopping kain utk raya dgn mak.
Masuk kedai "Laila Rawas", mata meliar intai selendang panjang. Wah! Skrg aku stok cari tudung or selendang panjang jer. Anggun gitu..huahahah. Mak aku pusing2 dalam kedai cari kain cotton utk baju raya Ain. Macam main nyorok2 ngan helper kedai tu pulak aku tgk. Argh..Pedulik!
What the neraka! Sekali, mata cantikku yg mcm sepet tak sepet ni secara tak sengaja nk pandang sorang budak pompuan dgn mak dia. Ye la, of kos ngan mak dia, takkan ngan mak aku pulak! Sebenarnya, tak teringin pun nk tengok, sbb drp aku tgk dia yg sama sejenis ngan aku, baik aku tgk mamat yg kurang hensem sket drp Aqashah tgh layan anak dia. Eh! Korang tahu tak, Aqashah bertunang dgn pompuan nama Zura? (Iklan jap!) Tapi keadaan yg amat memalukan aku kira, membuatkan aku tgk dia dgn kata2 umpatan secara berbisik keluar dari mulut aku. "Bengong! Ape kejadahnye ko pakai tudung kalo baju yg ko pakai tu nampakkan dada, bahu dan belakang ko!", lebih kurang macam tu la ayat aku. Actually, takde la panjang mcm tu ayatnya, pendek je. Tapi nak sedapkan citer kat sini. Ayat sebenar mcm ni - "Baik ko takyah pakai tudung!"
Aku sedar 2 kesilapan aku ialah, aku tak snap gambar budak itu sebagai bukti sedangkan masa tuh aku tgh pegang henpon berkamera. 2MP pun kira okeh la kan?! Bengang betul aku tgk. Pakai t-shirt berleher luas, yg nampak dada (leher tertutup dgn tudung yg singkat giler - khas utk pakai selendang panjang diluar), bahu dan sedikit bahagian belakang. Tak ke giler?! (Mak aku ckp, "Dia botak kot?!")Yang keduanya, aku tak sound dia. Disebabkan aku juga sedar kekurangan diri aku ni yg jenis "berani2 takut" agaknya, itu pasal aku sound belakang jer..huhuhu.
Aku faham la, ini negara demokrasi, semua org boleh bersuara, semua org ada hak masing2 (ada kena mengena ke?) tapi tak ke perbuatan ko tu mengundang umpatan, cacian dan kejian org? Tak rasa malu ke bila org pandang2 jeling2? Menjatuhkan imej org bertudung jer walaupun aku, takdelah wabarakah sgt. Muka dah la buruk, etika berpakaian pun buruk. Apa la nasib ko!



*Aku - Maafkan aku kawan, maafkan aku wahai makhluk Tuhan!

Rabu, Julai 28, 2010

Cerita Malas

Pada zaman dolu-dolu, ada sebuah kerajaan beraja melayu di negeri yg tak pasti pulak lokasinya dlm peta pada zaman ini. Negeri itu bernama Negeri Tuang Semangkuk dan rajanya bergelar Sultan Makan Sepinggan. Adapun Sultan Makan Sepinggan telahpun kehilangan isteri tersayang kerana mangkat akibat menderita demam malaria. Arakian kisahnya Sultan Makan Sepinggan ini mempunyai seorang puteri yg cantik jelita, ikut wajah arwah maknya yg mangkat tuh. Nama puteri kesayangan sultan ialah Puteri Tujuh Selendang.
Adapun, Sultan Makan Sepinggan ini amat senang hati kerana mempunyai kuasa kerajaan yg kuat, rakyat yg taat serta rajin. Malah Kerajaan dan negeri Tuang Semangkuk ini sungguh makmur dan maju walaupun ketika itu internet belum tercipta. Rakyat yg hidup di bawah naungan kerajaan dan Sultan Makan Sepinggan ini amat bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, keluarga jiran dan negeri mereka. Hamba rakyat sungguh rajin, tidak ada yg rajin melainkan rajin2 belaka dalam menjalankan tugas harian mahupun kerja part time. Ada saja tugas atau kerja yg dilakukan oleh rakyat Tuang Semangkuk. Dari budak besar Belalang si anak Nujum sehingga yg tua seperti Hang Kebun Seniman Bujang Lapok. Pendek kata, tak ada rakyat yg duduk meriba tangan, mesti bekerja. Paling tidak mengambil upah mengorek telinga.
*******************
Pada suatu hari Selasa yg indah lagi permai, Sultan Makan Sepinggan merasa kesunyian tahap tapir tercekik daun rebung apabila Puteri Tujuh Selendang keluar negeri utk menonton Fashion Show di negeri sebelah. Lazimnya, kalau ada tuan puteri baginda dua beranak main congkak atau main nyorok-nyorok keliling istana. Maka, dalam keadaan yg sungguh bosan itu, sultan terfikir utk mengadakan pertandingan bagi rakyatnya yg rajin belaka sebagai hiburan. Pertandingan Rakyat Paling Malas dalam Negeri. Hadiahnya, jadi menantu raja. Apabila iklan pertandingan keluar disurat-surat khabar utama serta tabloid dan ditampal2 didinding tandas awam, maka berduyun-duyunlah rakyat jelata yg "kononnya" malas, bertandang ke istana utk menyertai contest tersebut.
Namun, sehingga ke peserta ke 124, sultan masih belum bertemu dgn pemenangnya kerana sifat malas yg ditonjolkan tidak dpt diistilahkan secara tepat dgn perkataan malas. Maklumlah, org rajin nak jadi malas, susah iye dok?. Akhirnya tinggal 3 org peserta terakhir. Yang pertama pun mengadap sultan.
"Baik, cuba kamu beritahu beta, apa sifat kemalasan kamu!".
"Ampun tuanku, patik ini malas tahap teruk tuanku, sehinggakan nak makan pun mak bapak patik yg suapkan", jawab pemuda pertama tu.
"Erm..baik. Beta nak dengar pula cerita malas peserta kedua terakhir ni. Beta nampak kamu mmg malas saja".
Pemuda kedua menjawab, "Ampun tuanku. Patik malas sampai nak berak pun, mak bapak patik tolong berakkan, tuanku!".
"Wah..malas sungguh kamu nih. Tapi beta belum boleh buat keputusan selagi belum dengar pula cerita malas pemuda terakhir nih", lalu pemuda terakhir pun berkata "Patik malas nak cerita, tuanku!".
*Aku - Dipetik dan dioleh semula dari APO?

Sabtu, Jun 26, 2010

Masa Aku kena, mmg seram - Ending

************
Kami kayuh basikal perlahan sebab basikal aku takde lampu. Kalau terlanggar lubang atau batu takde la teruk aku jatuh. Nak harapkan cahaya lampu basikal Din Berambui pon mcm x cukup cahaya jer. Lampu jalan kat jalan tanah liat di tengah2 perkuburan ni pun mcm kelip2 aje aku tgk. Apa punya TNB la, lampu di tempat yg amat memerlukan cahaya tak pulak diorg betulkan! Kan dah menyusahkan!
Din Berambui yg mengayuh di depan aku tiba2 memberhentikan basikalnya. Apehal pulak?! Aku pun ikut brek sekali. "Apesal wei?". Suara aku keras bertanya sbb tak suka dia buat lawak kat tengah2 kubur mlm2 macam ni. "Basikal aku takleh kayuh ni, rantai jatuh ke hape ni?", jawab Din Berambui sambil turun daripada basikal. Aku ikut turun dan parking basikal aku dekat dengan basikal dia.
"A'ah la.. rantai jatuh. Ko tolong carik kayu sket, aku nak betulkan rantai nih!", Din Berambui bagaikan beri arahan pada aku. Dengan tak banyak soal, aku tolong la carikan ranting kayu yg ada kat tepi jalan tu. Aku pun tak suka nak bantah2 si Din Berambui dlm keadaan mcm ni. Buatnya dia tinggalkan aku, naya jer. Tapi mcm malang pulak mlm tu, dengan cahaya yg tak berapa nak ada dlm terkial2 aku cari ranting kayu aku perasan ada seseorang berdekatan kami. Aku tak jadi cari ranting kayu sebaliknya aku dapatkan Din Berambui. "Weh! ko nampak tak sape tuh? Apa dia buat tu? Terbongkok-bongkok gitu?" Banyak pulak soalan yg aku tanya sedangkan aku tahu Din Berambui pun bukan ada jawapannya. Din Berambui cuma diam, buat2 tak dengar soalan aku. Susuk tubuh itu semakin dekat dan akhirnya muncul seorang pakcik yg tak berapa jelas kelihatan wajahnya. Di tangannya terdapat sebatang kayu yg digunakan utk menguis2 tanah seolah2 seperti mencari sesuatu. Pakcik itu menegur kami.
"Ni korang buat ape kat kubur mlm2 nih? khalwat ke? tak takut ke mlm2 main2 lagi kat kubur ni? Pi balik, kang bapak korang cari pulak!" Bisa berbisa pulak bunyiknya kat telinga aku. Khalwat? Ni adik saya pakcik; aku jawab dlm hati je la. "Takde pakcik, kitaorg mmg nak balik ni, tp rantai basikal ni jatuh. Nak cari kayu, susah pulak nak betulkan nih", ramah mesra pulak si Din Berambui menjawab. "Hoh! mari la sini, aku betulkan", offer pakcik tu yg masih kelihatan samar2 wajahnya.
Tak sampai 2 minit, rantai basikal Din Berambui dh dibetulkan. Pakcik tu terus bangun dan capai semula kayunya sambil terbongkok2 lagi menguis2 tanah. Aku jadi pelik lalu aku bertanya pada pakcik tu. "Err..pakcik cari apa mlm2 kat kubur ni. Dari tadi saya tgk terbongkok2. Cari barang mlm2 takde torchlight mmg susah nak jumpa pakcik". Pakcik tu cuma menoleh pada aku dan Din Berambui tanpa suara. Dia terus saje meneruskan kerja2nya mencari sesuatu. Din Berambui tak mahu tunggu lebih lama. "Aku rasa tak sedap hati la", katanya separuh berbisik pada aku. Mendengarkan Din Berambui, aku pun jadi cuak. Baru saja kami nak beredar dengan basikal masing2, aku dengar suara pakcik tu begitu dekat dengan kami. "Takde lampu pun takpe, ni haa.. dah jumpa". Kami serentak menoleh. Aku tak mampu nak cakap apa2 dan aku tahu Din Berambui pun sama. Kami lihat di tapak tangan pakcik tu ada sebiji mata yg masih berdarah dan aku lihat muka pakcik tu. Kali ni jelas, dengan muka bengis tanpa bebola mata pada soket mata kirinya yg turut berdarah. Pakcik tu hanya tersengit dgn giginya yg berkarat.

*****************

"Dah maghrib ni, tutup tv tu. Asyik tengok tv je, tak kira time maghrib tgk lagi tv tu. Pegi semayang plak! Ish..budak2 nih!", kedengaran suara mak dah start panas. Alamak! potong stim betul la mak ni. "Tgk! tak bergerak lagi. Cepat sebelum abah ko masuk, teruk korang kena!". Apalagi, bila dah kena ugut dgn nama abah, kami adik beradik pun terus tutup tv dan berebut2 masuk bilik air.
*Aku - Citer ni benar, aku penah citer kat kawan2 aku. Tak pasal2 aku kena ketuk ngan diorg!