MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label Love. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Love. Papar semua catatan

Selasa, Mei 29, 2012

Pendam atau Luahkan?

"Aku dah penah rase malu sekali, takkan aku nak malu lagi? Cukup la. Serik dowh," keluh hati.
"Masalahnya takkan kau nak simpan sorang-sorang. Luahkan. Tak cuba, tak tahu!," keluh hati yang sama.
"Biarlah. Asalkan aku tak perlu malukan diri aku. Biar kita aje yang tahu," suara hati mengalah.

*****

Kau orang pernah alami seperti dialog di atas? Menyukai sesorang dalam diam? Yang tahu cuma kau dan hati kau orang sendiri. Berbincang pun sendiri-sendiri. Gila! Bila nak settle?

Takut untuk mengaku. Takut untuk memulakan. Aku ingat kalau seorang gadis yang berperasaan begitu, mungkin ada kemaafan. Tapi kalau seorang lelaki, ermm...macam takde telur pulak gayanya. Kemon, kau lelaki. Kalau kau sukakan seorang perempuan, kau mengaku. Maksud aku, approach dia. Cakap, kau suka kat dia. Well, kalau takut kena reject, mulakan dulu sebagai kawan biasa.

Ketakutan masa lampau atau aku ringkaskan sebagai fobia, *aku belasah je ni* kadang-kadang menjadi pembunuh kepada sebuah harapan atau impian yang kau orang baru nak bina. Fobia kena reject berdasarkan pengalaman lepas. Aku ingat kes seperti ini sepatutnya dah masuk muzium. Masa berlalu zaman berubah. Untuk menyukai dan disukai, mencintai dan dicintai, kau orang kena berani. Berani menghadapi risiko kalau kau bakal direject.

Tapi rileks la. Di mana-mana pun, hatta time kau orang mintak keje pun, belum tentu kau diterima. Sama la macam kau orang meluahkan perasaan pada orang yang kau suka. Yang penting, cuba. Terima atau tidak hal kedua. Sebagai orang lelaki aku rasa, kau kena tegas dan berani. Kejarlah impian kau walau sampai ke Negeri China. Eh?!

Okeh. Bagaimana pula kalau kau orang seorang gadis. Dah la gadis, pemalu pulak tu? Sama je kesnya. Beranikan diri. Mulakan scene dengan berkawan. Bila kau dah rasa selesa untuk buat pengakuan, nah..silakan. Sekarang tak timbul lagi perigi cari timba. Ok! Aku tipu. Hahahah

Sebenarnya, apa yang aku kabor kat atas ni, adalah apabila kau orang rasakan orang yang kau suka tu pun ada perasaan yang sama kat kau. Bende-bende macam ni tak payah cakap dowh. Dari segi acting dia depan kau orang, sebenarnya dah boleh dijangka. Mungkin pada pandangan mata kasar orang lain, aktiviti mengusha tu tak nampak sangat, tapi kau orang mesti dapat catch up punya. Sebab, kau memang la duk selalu perati dia, jadi mesti kau dapat catch up kalau dia pun buat bende yang sama. Betul tak? Hahahaha

Tapi kalau aku, sumpah aku tak cakap aku suka. Gile! Kalau buatnya dia tak suka aku?! Tapi kalau dia pun suka kat aku, untung la aku! Hahahaha




Sent from my BlackBerry® wireless device

Ahad, November 06, 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha utk kamu juga, "J"

Hari ni hari raya. Raya haji. Kita2 yg kat Malaysia ni xde la rasa nk excited sgt nk celebrate. Lain la lu org tgh buat Haji, wukuf kat Arafah, puasa dan hari ni dh raya. Suasana kt tempat gua ni pun, xde la meriah. Sambut sederhara, dan tak meriah. Jgn menipu la, org nk sambut raya haji meriah mcm lu org sambut raya puasa. Buat biasa2 sudah. Lu org masak byk2 pun lu org sendiri yg makan. Xde org pun nk dtg.

Malam raya, tgh gua lepak2, relax2 tgk tv, ada sms masuk. bb mmg kat tgn, sbb gua sdg asyik masyuk layan bbm dgn 2-3 org member. Gossip folks! Gua buka sms inbox. OMG! He text me! Tetiba hati gua yg masa tu tgh geli2 sbb baca joke kwn gua, tetiba jd sedih. "Selamat menyambut hari raya Aidil Adha b,... Dulu I selalu terima ucapan mcm ni". Okeh! Masa tu gak, gua rasa mata gua dh bergenang air.

Gua mengaku gua sedih, sbb gua still syg dia. Dan gua rasa mmg gua perlu waktu utk lupakan dia. Sbb itu keputusan gua. Gua cuba rileks, mcm skrg. Walaupun dlm hati, Tuhan je yg tahu. Baiklah!. Gua stop dulu. Gua nk gi lap hingus kejap.

Khamis, November 03, 2011

When It's Over

Andai aku buat kau menangis, maafkan aku.
Andai aku buat kau kecewa, maafkan aku.
Andai aku buat kau kesal, maafkan aku.

Aku cuma manusia yg serba kekurangan.
Aku lemah, aku tak betah utk kuat.

Utk pertama kalinya gua rase gua benar2 telah menghancurkan hati seseorg. Gua tak pernah dirayu, dimohon sepenuh hati wktu gua dumbed somebody. Kali ini gua benar2 alaminya. Gua jd sedikit konfius. Apakah itu mainan psikologi atau ikhlas dr hati. Tp bila gua renungkan balik, gua tau dia mmg ikhlas sbb dia mmg sygkn gua dan gua juga sygkan dia. Tapi kenapa gua harus dumbed dia? Kan gua syg dia? Ia sgt complicated utk dirungkaikan. Umpama meleraikan simpulan benang yg bergumpal masa nak jahit baju t-shirt gua yg terkoyak. Last2, gua gunting benang yg bersimpul. Sambung menjahit dgn benang baru. Sama lah dgn relationship gua. Complicated yg ada cuma boleh diselesaikan dgn cara - we separate. Live our life in our own way. Gua mmg syg dia dan takkan mudah gua lupakan dia, walaupun gua yg dumbed dia. Damn! Ia adalah sesuatu yg rare gua pernah buat. Dumbed lelaki. Selalu gua yg kena dumbed sbb gua lemah, lembik atau senang kata, kalo cinta gua mmg setia. But this time, ada kelainan gua dh buat. Bkn gua x syg, x cinta tp gua harus buat keputusan ni, utk kebaikan bersama. J, maafkan I.

Isnin, Mei 02, 2011

Jumaat, April 29, 2011

Khamis, April 28, 2011

When I Call...

Like talked to stranger
Better never call and speak!

Khamis, Mac 10, 2011

Kisah Kita

Dalam kemilau indah rasa itu
wujud satu perasaan yang lebih hangat
terdetik di hati
bagai tidak mempercayai
bagaimana bisa terjadi
adanya cinta

Sejalur rasa damai
bersama impian tinggi mengulit
tertawa riang mengiringi.
Andai satu saat indah
bisa muncul jelas
pasti akan lebih bermakna

Pasang surut gelombang
panas hujan cuaca
fitrah alam yang sama andaian
dengan perasaan kita
tatkala bahagia, tatkala sedih

Lemparkan semua kenangan
masa lalu kau dan aku
biar ia pergi tanpa perlu kembali
datangi saat ini dan kedepan
bersama diolah agar menjadi
satu kisah yang indah
seindah sepasang kupu-kupu yang berterbangan

Usah serik melewati waktu
demi mengecap bahagia
jangan ragu dengan hatimu
kerna perasaan kita sama

Sedetik saat ini dibelai
sedetik masa lalu sejarah
lapang fikiran tenangkan hati
impian bersama
mahu kau dan aku menjadi satu.

Rabu, Februari 09, 2011

Bicara Sekeping Hati

Tidak pernah mahu membayangkan, jika berlaku suatu kehilangan. Amat perit dirasakan, tak mampu dan tak akan mampu melewati saat-saat itu. Biarlah bahagia yang dirasakan saat ini akan terus berlarutan. Hingga mencapai satu tahap yang amat indah untuk dikenang dalam hidup. Biarkan ia sentiasa mengiringi kehidupan yang sememangnya menjadi impian setiap insan.

Kekalutan di fikiran, umpama rencah dalam perhubungan. Tidak akan membiarkan curiga dan sangsi merajai hati. Walaupun kata orang, ia harus ada walau sedikit. Biarkan curiga dan sangsi itu berlalu bagai terbang mengikut angin, kerana naluri dan hati lebih mengetahui.

Harapan, impian menjadi satu. Berlumba-lumba untuk mahu menjadi kenyataan. Yang indah itu, utama. Yang perit itu, dugaan. Harus sedia, waras dan dewasa menghadapinya. Di sini, tidak akan mengalah. Tidak akan menyerah. Meskipun masih jauh untuk dijangkau, namun demi bahagia itu akan cuba untuk digapai, akan cuba untuk dinikmati, akan cuba untuk digenggami selamanya.

Jangan pernah lepaskan pergi, jika benar di hati sarat dengan cinta dan sayang. Jangan pernah lepaskan pergi, jika di hati benar mahu harapan dan impian jadi kenyataan. Berusahalah untuk sama-sama memperolehinya.

Yakin dengan hati sendiri. Yakin dengan perasaan sendiri. Hanya kamu, tidak mahu lagi yang lain.


Selasa, Februari 01, 2011

Suka Duka is LIFE

Lepas gua menulis satu entry berkaitan dgn encik b, gua tak sangka kalo beliau membaca entry BENCInta tersebut. Akibatnya gua jadi malu sendiri. Nasib baik gua takde kutuk beliau lebih2 dalam entry tu. Sebaliknya gua cuma tulis apa yg jadi kat diri gua yang secara amnya beliau dah tahu sebab gua dah cerita pada beliau sebelumnya. Cuma beliau menyatakan kalo beliau tak sangka gua akan tulis kat blog.

Kah kah kah! Padan muka gua dan padan muka beliau juga. Padan muka gua sebab beliau baca entry yang gua ada mengutuk beliau. Silap gua lambat share entry tu di fesbuk atas masalah Broadband yang seringkali macam busuk punye perangai. Jadi bila line dah ok, gua terus share ke fesbuk bersama satu lagi entry baru. Kebetulan yang gua tak suka ialah bila encik b ada online itu time so dgn segera beliau baca entry tu dan buat-buat tanya kat gua pasal entry tu. Eleh! Nak marah gua la tu. Mula2 gua cuak juga, tapi bila beliau kata beliau ok, gua jadi lega. Okeh! Stop citer pasal encik b.

Tetiba gua rasa rindu nak balik Dengkil. Last gua balik bulan Disember tahun 2010. Gua jadi rindu nak ziarah kubur arwah atuk gua. Dalam keadaan diri gua yang baru, gua rasa gua nak share perasaan gua di sana. Sungguh! Gua rindu nak sembang kencang dengan arwah atuk. Gua rindu nak gelak-gelak dengan arwah. Walaupun, kalo gua balik arwah dah takde dan hanya pusara yang menanti gua. Dalam keadaan gua yang hepi dan bahagia rasanya tak salah untuk gua mengenang seseorang yang gua sayang walaupun ia sesuatu yang menyedihkan. Gua mmg rindu sgt momen-momen gua sebagai cucu yang baik, cucu yang disayangi, cucu yang diambilberat, cucu yang nakal, cucu yang degil dan beberapa lagi perangai baik dan buruk gua sebagai seorang cucu kepada arwah. Oh! I miss him so much!

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin. Al-Fatihah.

Sabtu, Januari 29, 2011

BENCInta

Ah! Lemah juga pemikiran gua bila berbicara soal cinta. Adakah normal dalam kes-kes perasaan seperti ini bila ia boleh mengundang rasa gembira dan bahagia, kemudian rasa kecewa dan sakit hati?

Gua mengaku gua mmg punya pengalaman berpacaran - cewaah!. Tapi gua ingat sepanjang eddah gua berkapel itu selalunya tidak terkesan di hati gua. Atau lebih mudah gua katakan di sini, perasaan yang tidak sampai ke dalam ( hati daa..). Gua tak pasti ia boleh dikategorikan sebagai cinta monyet juga walaupun gua bukan lagi budak sekolah. Dalam kes ini gua selalunya berkapel tak sampai setahun, paling lama 6 bulan. Okeh. Gua up sket, 8 bulan cam gitu. Lepas tu, gua akan dumped dia atau gua yg kena dumped. Gua tak rasa sedih apatah lagi nak kecik hati. Bagi gua, itu semua takde jodoh la kot! Tapi gua bukan playgirl okay, pasal gua bukan gadis cun.

Tapi sejak akhir2 ini ego gua mula menipis macam kulit telur. Gua pun tak tahu apesal gua buleh jadi tahap jiwang karat sampai mcm ni sbb gua bukanlah spesis yang macam tu. Mungkin gua seorang yg kadangkala sensitif tapi gua bukan jiwang punya jiwa. Mungkin juga faktor usia yang membuatkan gua jadi mcm ni. Oh! gua dah byk umur rupanya. Baru gua perasan.

Baru-baru ini hati gua telah dicuri oleh seorang lelaki, menyebabkan gua jadi angau semacam. Bahagia dah tentu2 lah. Nasib baik gua masih waras, jadi makan kenyang dan tidur lena. Walaupun si dia jauh di mata gua, tp tetap dekat di hati. Fesbuk, sms dan koling2 la jadi pengganti. Status kat wall fesbuk gua pun bukan main berbunga-bunga aje. Bunganya sama kembang je dengan bunga dalam hati gua. Sudah agak lama juga gua tak mempunyai perasaan seperti ini sejak boipren gua yang masa gua umur 22 tahun. Tapi sayang, gua tak lama kawan ngan dia sbb gua kurang berkenan cara atau attitude dia. Yang lain, mcm gua ckp td la.. tak terkesan dihati. Atau juga gua mmg saje malas nak ingat kerana menyakitkan hati. Apa yang gua merepek ni?

Okeh, berbalik kepada masalah skrg... dalam duk syok2 gua bahagia tetiba badai melanda. Gua ingat ia mmg normal. Tapi gua tak tahan sebab konfrantasi yang berlaku membuatkan gua tak boleh nak buat kerja. Gua cuti satu hari, mc 1 hari. Hebat sungguh penangan cinta gua kali ni. Semuanya gara-gara gua. Mmg gua salah sebab gua sudah bohong sama beliau. So, beliau cop gua tak jujur. Bila dah kena cop mcm tu dah tentu2 la gua rasa mcm kena rejekshop je. Sms, call gua semua beliau tak jawab. Gua tak pernah kena macam tu, so baru la gua tahu mcm mana perasaan org2 yang frust tertonggeng.

Kalo sebelum ni gua selalu kutuk kawan2 gua yang jiwang, yang lembik bila gaduh dgn pakwe atau putus cinta tapi bila kena kat batang hidung gua sendiri gua jadi tak berani nak cerita kat sesapa sampai la gua tulis entry ini. Memang menyakitkan bila kena rejekshop, kan? Ah! tapi gua tak fikir gua kena rejek sbb gua tahu boipren gua syg kat gua. Itu gua jamin. Cuma gua tak tahu nk buktikan kat lu org mcm mana. Sebab itu, gua dengan muka tak malu tidak berputus asa keep on sms dan call walaupun hasilnya sangat menghampakan.

Lu orang jangan tanya tentang air mata. Gua malas nak citer lebih kat sini. Kalo dah gua cakap cuti keje dan mc tu, so faham2 sendiri la. Sampai satu hari gua call lagi dan dia jawab tapi tak bercakap. Gua ibarat mcm berckp dengan dinding dlm tepon minta maaf. Haram. Gua dah berkira-kira nak letak tepon sebab dah timing bape minit nak cakap takut kredit abis, dia boleh sound gua jgn tepon2 dan sms lagi sbb dia dah nk tukar no fon. Peh! Mmg macam haram.

Esoknya, gua cuma sms skali minta dia jgn tukar no fon. Lepas tu gua takde la nak call or sms lagi. Gua takut, mungkin perbuatan tak malu gua itu boleh mengundang kebosanan beliau dan betul2 tukar no fon. Tapi gua tak boleh tahan jugak! Sekali sehari mesti gua akan sms rindu kat beliau. Respon? jangan harap.

Sebelum ni (masa gua tgh2 sawan kena rejekshop) gua tak pernah fikir kalo setiap yg berlaku ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian. Sumpah! Gua tak fikir dan gua tak mahu fikir tentang itu sbb gua igt gua deserve utk dpt kebahagiaan yang gua kecapi masa tu. Jahil juga gua ni kadang2. Tapi alhamdulillah, tuhan tidak akan biarkan hambanya selalu dalam kesulitan. Tiba-tiba gua dapat cahaya dalam fikiran gua, supaya gua lebih waras. Berfikir lebih rasional dan penuh kedewasaan. Cewaah lagi!

Ditambah dengan status yang dipost oleh seorang teman gua, walaupun sukar, pahit dan berat utk terima tapi apa yg dinyatakan itu benar. Gua harus berterima kasih pada teman gua itu kerana sekurang2nya apa yg dipostkan tambah semangat lagi pada gua. Gua taknak lagi berharap cuma, mohon dimaafkan atas ketelanjuran gua kerana tidak berlaku jujur. Adapun gua terpaksa demi menjaga hati. Bukan gua saje2. Bohong sunat kata orang.

Tapi kata org, unexpected thing boleh berlaku. Hari ini unsangkarable gua telah dihubungi oleh boipren gua. Gua selalu juga mengharapkan keajaiban. Mungkin inilah dia keajaiban itu. Memang gua hepi. Namun masih terkesan di hati gua bila dicop pembohong, penipu dan tidak jujur. Apatah lagi org yang mengeluarkan cop sirim itu ialah org yg gua syg. Aduh! Gua rasa nak terajang diri gua sendiri camne gua boleh bohong pada beliau ketika itu.

Dan seacara jujurnya sekarang gua mahu beritahu kalo hati gua benar2 sakit bila di kata begitu. Beliau masih lagi menyebut perkara yang sama walaupun mula2 tadi cakap dah maafkan gua. Persoalannya sekarang, gua kena buat apa? Perasaan gua 50-50 nih. Ni lah salah satu sbb gua malas betul nak bermain cinta, bermain perasaan. BENCInta lagi bagus la.

C.I.N.T.A 3

Ketahuilah...
Mengertilah...
Fahamilah...

Tanpa KEBERANIAN, mimpi takkan bermakna.

*******

(Kesah cinta lagi)
Kata orang...
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.

Jadi, jangan sewenang mencipta alasan
apabila kamu sudah memasuki ruangan itu kerana
 cinta adalah sesuatu yang indah untuk dimusnahkan.

Isnin, Januari 24, 2011

C.I.N.T.A 2


Kita memperoleh kekuatan
melalui sebutir cinta yang diberi kepada kita....

Namun, kekuatan itu ikut hilang
apabila cinta itu diambil pergi dari kita.





Sabtu, Januari 22, 2011

Test Saje!

Bahagia datang dan pergi
Begitu jua dgn kecewa.

Saat sendiri dan bersedih
Kau hadir bersama naluri yg indah
Perasaan yg tak pernah dirasakan

Kau pergi
Membawa bersama kebahagiaan
Membiarkan diri jatuh ke jurang yg dalam.



*Cewahh! Gua try je tulis. Kah kah kah!

Selasa, Januari 11, 2011

C.I.N.T.A

Cinta? Peh! sebut cinta-cinta ni nak post enrty jiwang la ni, yer? lebih kurang la derr.. So, bila dh jiwang gua terpaksa tukar sementara kata ganti nama. Sila take note.

Cinta itu indahkan?
Penuh dengan kasih sayang, kebahagiaan dan kegembiraan.
Orang kata cinta perlukan kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan.
Ah! Boleh tahan rumit.
Bagaimana pula cinta yg berjauhan?
Cukupkah dengan jujur, setia dan percaya sebagai landasannya?

Tapi tak semua cinta itupun  indah, kan?
Ada yg penuh dengan curiga, keraguan dan kecurangan,
Penuh kebohongan.


Ah! Dem! Gua tak reti nak tulis perasaan gua sekarang. Gua fikir gua in love sekarang tapi gua tak tahu la betul ke tak.. bengong!

Sabtu, September 04, 2010

.......

Tinggal lebih kurang seminggu aje lagi nak raya. Wah! Macam x percaya tp itu le kenyataan. Tahun ni raa mcm takde spirit nk beraya walaupun nak beraya kat Dengkil. Selalunya kalau sebut nak balik kampung, mesti teruja tahap dpt jumpa superstar. Mungkin "kesan" kehilangan yg masih aku terasa *dengan nada lagu Gersang.


Balik beraya tahun ni, tanpa arwah atuk. And of course pertama kali dlm hidup, pagi2 lepas semayang sunat raya, akan ke kubur. Tak tahu la mcm mana sambutan raya kali ni tanpa arwah. Kalo tahun2 yg lepas, mmg umah tu meriah, riuh rendah dengan kehadiran anak2 sedara arwah yg dtg menjenguk tp tahun ni bila arwah dah takde mungkin kurang sket kut!


Dem! Aku tak boleh nak sebut2 pasal arwah, mesti nak meleleh air mata.


*Aku - Misses him so much!

Selasa, Mei 11, 2010

Hari Ibu



Rasanya belum terlambat utk aku tulis something about Mother's Day! Ala..tak kesah la kan?! Lagi pun aku dah celebrate dgn mak dan dah wish kat dia and gave her a present.


Every year, dh diwartakan 9 Mei ialah Hari Ibu. Macam hari2 lain jugak la; Hari Pekerja - 1 Mei, Hari Guru - 16 Mei. Meriah atau tidak sambutan Hari Ibu ni, terpulang la kepada individu. Ada yang sambut dgn suasana ceria, meriah siap pergi makan2, shopping2. Tapi terus terang la.. kalau aku setakat ni tak pernah sambut Hari Ibu meriah macam org lain. Lazimnya aku hanya akan belikan something utk mak sbg present. Something yg dia boleh guna. Makan2 ni dh biasa. Kalau tak bawa mak makan kat luar, aku belanja KFC for the whole family.


Actually, aku bukanlah anak yg baik. Aku tak pandai nak tunjukkan sifat sensitif dan manja aku pada mak. Aku lebih suka berdikari dan aku tak merasakan aku perlu manja2 dgn mak sedangkan sebenarnya mungkin mak tak kesah. Aku jarang tanya kalau mak ada masalah. Tapi I'm really open bila mak nak share apa2 pun dgn aku. Bukan aku tak ambil berat tentang mak.. I'm always be there for her. Bila mak selisih faham dgn abah pasal nak balik Dengkil (masa arwah atuk masa hidup), mak nangis. Aku pun nangis sbb aku rindu atuk dan aku faham apa perasaan mak bila dia nak balik jumpa ayahnya tp abah suka tukar2 plan. Kesian mak. Tapi aku cemburu bila tgk org lain yg so close with their mother. Aku close jugak, selalu share cerita, gossip dgn mak, keluar shopping dgn mak tp aku rasa tak cukup utk aku close. Kenapa ekk?


Honestly, aku tak dpt bayangkan kalau mak takde. I will lost. Semua org pun macam tu kan?!Apa yg boleh kita buat kalau mak kita takde? Masa kecik2 everything mak sediakan utk kita. Then bila dh besar, kenapa kita tak boleh do everything for her? Alasannya banyak... sibuk dan banyak keje selalunya will be the 1st. Klise...


Aku rasa mak paling baik ialah mak aku. Yup... bila bandingkan dgn mak2 org lain ( yg tinggal di kejiranan aku ) she is the best! Mak jarang marah, mak mudah kesian pada anak2, mak selalu maafkan kesalahan anak2 dia...never nagging. I'm so lucky to have her as my mother. Mak sanggup berkorban utk Kiki masa dia berdepan masalah besar 6 tahun dulu. Mak juga sanggup bayarkan ansuran motor Rudi selama 3 bulan masa dia menganggur. Mak hulurkan duit belanja hari-hari Din pergi kerja sebelum dia dpt gaji. Mak masih boleh beri aku pinjam duit bila aku terdesak. Mak juga selalu ikutkan kehendak Ain dan Boboy. Don't you think she is the best mommy? Atau seperti yg abah kata mak terlalu manjakan anak? Apa pun, mak telah lakukan yg terbaik utk aku dan adik-adik. Aku sayang mak!



*Aku - Happy Mother's Day to all mothers in the whole world!

Ahad, April 11, 2010

Adik-adikku...

Wahai adik-adikku....
Bagaimanakah perasaan kamu tentang kehidupan kita dikala ini?
Gembirakah kamu?
Ceriakah kamu?
Sudah cukupkah kita membahagiakan mak dan abah?
Aku tak fikir begitu............
Adik-adikku..
Bila masanya kamu akan berubah?
Bila masanya kamu akan lebih dewasa?
Bila masanya kamu akan memahami,
Bahawa segala bicaranya adalah untuk kebaikan kamu.
Adik-adikku..
Bagaimana kehidupan kita
bila mak dan abah sudah tiada?
Pernahkah kamu bayangi itu?
Namun yang pasti, aku tidak akan membiarkan kamu,
Walau kamu sudah cukup dewasa untuk hidup sendiri.
Maaf,
Mungkin aku khilaf, kita sama-sama khilaf.
Mungkin kala ini kamu akan marah padaku,
Mungkin kala ini aku juga sedang sebal dengan kamu,
Tapi aku mahu kamu tahu, walau apa yang berlaku
aku tetap akan menyayangi kamu
kerana kita hanya ada kita......



*Aku - Tak pernah rasa kecewa begini

Rabu, Oktober 28, 2009

Kehilangan...

Masih dalam mood kesedihan. Sampai saat aku taip post ni pun, aku masih menangis. Org yg aku sayang, telah pergi meninggalkan kami semua. Atuk...

20hb Okt 2009 - Selasa.
Lebih kurang 3-4 hari sebelum kematian atuk, aku dh terima call dari Azwan (sepupu aku) bagitahu atuk masuk wad. Katanya sakit dia yg biasa macam hari tu..(bulan 7, atuk masuk wad- kami balik Dengkil tgk atuk). Masa tu, sakit atuk sekejap2 aje. Hatta, sebelum ajalnya sampai pun mmg Mak Ngah cakap atuk sakitnye cam biasa...datang kejap2.

23hb Okt 2009 - Jumaat.
Mak dapa call dari Mak Ngah, mengatakan atuk sakit teruk. Nak kena operate. Mak dah gabra giler...nangis2. Aku juga sama. Mak suruh aku call abah kat pelantar. Problem sbb tak tahu abah duk kat pelantar mana. Try call jugak..tak dapat. Try call kawan2 dia yg x duty...x dapat info plak. Cuma sempat pesan pada sorg lagi kawan dia. Finally dapat ckp ngan abah. He can't make it. Takde org nak ganti kalo dia balik. So, he allowed us to back to Dengkil petang tu gak. Din plak can't make it nak drive his car sbb belom service. But he promise, akan ikhtiar cara lain. Petang tu, jam 5.30 aku bertolak balik Dengkil dgn mak, Ain, Boboy & Kiki.
Drive terus sampai Hospital Serdang, jam 11 mlm. Ramai dh tunggu kat lobby. Azwan, Along, Syukor, Pak Ngah, Ogy, Abg Zubir, Adik. Azwan ckp atuk jatuh...doc ckp takde harapan.
Kami naik ke wad ( icu actually). Atuk breathing guna machine. I can't stop crying...

24hb Okt 2009 - Sabtu.
Lebih kurang jam 12.50am, atuk pergi tinggalkan kami semua forever. Doctor said dah tak boleh buat apa2 sbb usus atuk dh pecah. Actually he got Ulcer. Tp doc tak dapat kesan. Balik2 igt atuk sesak nafas sbb jantung, sedangkan dia sakit perut yg amat sangat, hingga dia sesak nafas. Air mata mmg mengalir laju...tp aku tak dapat tahan. Aku terus meratapi kehilangan atuk sambil peluk tubuh yg dah kaku kat atas katil hospital tu. Din sampai Dengkil jam 8.00am...sempat dia bersama semua cucu2 lelaki arwah atuk mandikan jenazah, solat dan kebumikan jenazah. Sebak hati aku bila dengar Mak Ngah bagitahu, arwah penah peasn pada Syukor...dia mahu cucu dia sambut dia dalam liang lahad (atuk takde anak lelaki). Kesian ucu...tak sempat tgk jenazah atuk..dia sampai jam 7.00pm, naik bas dr K.Trg.

Ada rasa terkilan terbit dalam hati...Aku pernah berjanji, bukan pada sesiapa tp pada diri sendiri. Aku mahu atuk ada disaat aku mendirikan rumahtangga. Aku mahu atuk sentiasa sehat utk sama2 meraikan hari kebahagiaan aku. Tp itu semua tak jadi kenyataan. Atuk dah pergi dulu tinggalkan kami tanpa aku lunaskan janji aku. Byk perkara sebenarnya....aku rindu saat2 atuk mengambil berat ttg aku. Segala2nya...


"Atuk... jika atuk boleh dengar isi hati cucu mu ini.. betapa kami sangat sayang pada atuk.... bagi kami, atuk adalah atuk yg terbaik di dunia. Walopun atuk susah, tp atuk ttp mahu berkorban utk anak2 dan cucu2. Maafkan akak sbb tak dapat penuhi keinginan atuk sebelum atuk tutup mata. InsyaAllah, akak akan cuba lunaskan secepat mungkin walopun atuk dah takde."

Aku berharap, aku tidak akan pernah lupakan arwah atuh walau di mana aku berada...atuk dh byk berkorban utk aku... aku tak mahu lupa arwah atuk..aku nak igt sampai bila2...kerana kenangan bersamanya adalah yg terindah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.



*Aku - Terasa arwah masih ada... masih menangis

Isnin, Ogos 10, 2009

Merindukanmu

Saat aku tertawa di atas semua
Saat aku menangisi kesedihanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan selalu memujamu
Meski ku tak tahu lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku
Ku merindukanmu

Saat aku mencoba merubah segalanya
Saat aku meratapi kekalahanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan selalu memuja
Meski ku tak tahu lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku
Ku merindukan mu

#D'Masiv



*Aku - Something special about this song...