MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, Januari 02, 2011

Lai..lai...lai...Ini bukan buah Lai maa....

Januari 2011 - Day two. Cewah! Macam nk tulis kronologi pulak! Bajet gempak.

Adapun tujuan gua mengepos entry pertama bagi tahun baru 2011 ini adalah semata-mata sebagai pembuka tirai. Tiada tujuan buruk apatah lagi tujuan keji. Memandangkan belog gua yg simple ringkas, pimple jerawat maka pembukaannya hanyalah dgn cara mengepos entry. Tiada bunga api apatah lagi persembahan artis.

Memandangkan pada tahun baru ini, gua dah tak terikat lagi dengan segmen mengadap buku-buku ilmiah mahupun juga tugasan-tusagan yg diarahkan, maka gua dengan senang hatinya mahu mengumumkan kalau gua sudah bersedia utk menyudahkan cerpen yg akan gua jadikan sebagai senjata utk menyertai kontes penulisan cerpen yg pernah gua citer dulu. Tak tahu? Sila klik di sini. Terima kasih.

Adapun demikian, gua sendiri tidak dpt pastikan berapa lama masa yg akan gua ambik utk siapkan cerpen tersebut, dan semantop mana pula hasil tulisan gua itu nanti. Ini kerana gua hanya mahu cuba-cuba, jadi solid tak solid citer gua tu, belakang kira. Gua bukan fikir nak menang pun. Apa lah sangat hadiah RM100 tu. Lain la RM1k, sedap juga gua dengor. Cik Vee, jgn marah. Gurau2 jer..Keh keh keh!

Baiklah.. gua rasa cukup setakat ini. Spirit gua pun tengah mencanak naik nak tulis cerpen, idea berlumba-lumba masuk dlm kepala hotak gua sampai gua tak tahu nak buat citer cipan beranak atau citer cicit buluh betong. Nanti la gua decide. Gua beransur mandi dulu.

5 ulasan:

akuPM berkata...

hehe caiyok2!! Ko punyer idea mmg bernas beb slalunye, kalu bg tajuk kodok berudu pn ko leh karang, akupn xsabar nk mmbace cerpen mu tuh..hehe

-MsGoodNite- berkata...

pandai betul membodek ye... hahaha
jgn lupa vote plak nanti..

sitinaminah02 berkata...

nanti dah siap cerpen tu, kabo der. gua nak baca jugak.

mrs chenta berkata...

xsabar!!!!!

-MsGoodNite- berkata...

GC - sabar2..

mrs chenta - hehehe, segan pulak i