MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, Mei 17, 2011

I'm Lost



2-3 hari ni gua rasa sikit lost. Itu adalah salah satu sebab gua pun takde mood nak apdet blog. Ditambah dengan intipati cerita yang takde dalam senarai kepala hotak gua menyebabkan gua lebih gemar mebiarkan belog ni tanpa dikemaskini sewajarnya.

Entahlah. Gua sendiri tak tahu apa sebenarnya yang buat gua jadi macam ni. Tiba-tiba gua rasa lonely, gua rasa tertekan, gua rasa cemas dan risau tanpa alasan-alasan yang kukuh. Apakah gua sedang mengalami satu sindrom yang gua sendiri tahu tahu apa jenisnya? Ah! mengarut semua tu.

Gua cuba untuk menyelami isi hati gua sendiri, menyelami dalam erti kata gua tak perlukan baju renang dan menyelam di mana-mana kolam renang atau pantai. Gua cuba fikirkan perkara-perkara penting dalam hidup gua. Family gua, teman-teman gua, en. b, hal-hal kerja. Setelah gua amati secara telus, itu semua bukan punca gua jadi mcm ni. Ya, gua mungkin dah jarang balik rumah family gua tapi itu tak bermakna hubungan kami jauh sebab gua boleh balik bila-bila masa gua nak, telefon tiap-tiap hari. Ala, setakat 15 minit dari rumah gua nak balik ke rumah orang tua gua tu, apalah sangat, iye dak?

Teman-teman gua. Mereka-mereka yang disekeliling gua memang takde masalah. Pokok pangkalnya, gua rajin dengan tak rajin je nak follow diorang melepak kat tepi pantai atau rumah diorang. Gua akui, kebelakangan ni gua lebih suka lepak di rumah. Baca novel, tgk tv dan buat kerja rumah apa yang patut. Kalau dah takde kerja sangat, gua buat taik mata. Huh! Patutlah pipi gua chubby semacam!

En. b...memang jauh dari gua sekarang. Tapi bagi gua itu bukan masalah. Telefon adalah pengerat hubungan walaupun bukan hari-hari ada panggilan. Gua masih okeh. Asalkan beliau tak lupa dan sentiasa ingat gua sepertimana gua tak lupa dan ingat akan beliau itu sudah memadai. Jadi soal en. b pun tak timbul sebagai pencetus gua jadi lost skrg ni.

Gua tak nafikan, kadang-kadang hal kerja buat gua rasa bengang untuk berada di tempat kerja. Apesal? Padahal kerja gua sama sekali tidak membebankan. Malahan gua masih boleh rilek sambil buat kerja. Cuma ada waktunya gua benci dengan sikap pihak pengurusan yang sok bagus dan pilih kasih. Ah! Lantak la kalau gua tak dapat anugerah khidmat cemerlang.

Jadi kesudahannya, gua masih termangu dan tercari-cari apa yang gua lost. Dua minggu lepas gua sempat bermuhasabah diri akan kekurangan dan kesilapan yang gua dah buat sepanjang hidup gua. Alhamdulillah! Gua lebih sedar diri sekarang tapi masih belum berhenti mencari siapa diri gua sebenarnya. (entry berkaitan)

Orang akan bahan gua, yang gua ni perlu lekas-lekas hidup berdua bila gua cakap gua rasa sunyi. Okeh! Gua malas nak berdebat soal tu. Tapi apahal pulak bila gua rasa tertekan, cemas dan risau tanpa ada alasan-alasan kukuh? Lu orang boleh tolong jelaskan? Atau gua kena menghadiri sesi kaunseling?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perubahan hormon! aku penah mengalami nye tetiber kite jd murung tanpa sebb sensitip terlampau tp rileks sume tu sementara sj..selepas ko berjaya melepasa fasa ini (cewahhh cam serius lak komen aku kali ni pfff)

sahidzan berkata...

gua pun kurang pasti la pula apa pasal lu lost.

Alasan kukuh bila lu rasa tertekan dan cemas dan risau tanpa sebarang sebab biasanya berlaku sewaktu kita berasa sunyi dan bosan tahap yg melampau. Jadi utk mengelak semua tu, lu cepat-cepatlah kahwin. ehhh.

-MsGoodNite- berkata...

Jiejah - ermm.. harapnya fasa ni tak lama yea? pasal buat aku rasa nak demam.

PK - Okeh! Gua tak mau debat pasal ni...hehehe