MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, Jun 23, 2011

Review Sperma Cinta by AkuLinglung

Mingu lepas di Annexe Gallery, sebelah CM, berlangsung Kuala Lumpur Alternative Bookfest. First time gua pergi sbb gua nak raikan pelancaran blook seorang kawan blogger gua tak pernah kenal sebelumnya. Adapun hari ini, setelah hampir seminggu gua mendapatkan Sperma Cinta dari blogger yang gua kagumi kerana hasil penulisannya iaitu brader Linglung, hari ini dengan rasa senang hati dan rendah diri gua meluangkan masa menjejakkan kaki ke CC (sbb lappy gua dah jahanam) utk membuat sedikit ulasan hasil pembacaan gua.

Adapun secara umumnya, kebanyakkan cerita yang dimatkan dalam blook ini telahpun gua baca dan komen di blog beliau sendiri tapi gua masih dapat merasakan kesegaran, ketulenan serta kelucuan yang cuba disampaikan. 

Bagiyg pertama kali baca judul blook ni, yang tak teliti tentang intipati serta isinya pasti akan menganggap Sperma Cina merupakan satu buku yg berunsur lucah atau penuh dengan ke"biru"an. Tapi, bak kata mak gua, "don't judge a book by it's cover". Mak gua pun pandai gak cakap omputeh.

Okeh! Tak payah sembang lebat, buang masa, takde guna. Gua stret tu de poin. Kalo lu orang nak tahu, Sperma Cinta ni merupakan satu buku blog atau blook yang dihasilkan oleh Linglung (bukan nama sebenar) berdasarkan kepada kisah hidup beliau sedari kecik umur 6 tahun hingga la dah besar gajah ni. Pengalaman hidup yang jarang-jarang orang boleh recall satu persatu dan mahu dikongsi dengan orang lain apatah lagi dengan orang yg tak dikenali macam gua ni. Tapi skrg kami dah saling kenal, maksud gua, gua dan jumpa Linglung face to face!

Bermula dgn kisah beliau semasa tadika. Gua sebenarnya tangkap syahdu gak dgn ayat yang digunakan lebih2 lagi bab ibu-ibu, mak-mak ni. Tapi gua tak nafi apa yg beliau tulis. Kalo tak kerana nasihat seorang mak yg mengharapan kejayaan masa depan si anak, gua ingat Linglung ni pasti tak jadi orang macam skrg. Jadi badut barangkali. Itupun gua tgk bakat yg ada pada beliau. Boleh la buat2 cari sesuap nasi. Lari balik ke rumah pada hari pertama masuk ke tadika mmg "true". Gua pernah menyaksikan kejadian seperti tu dulu. Tapi gua tak sangka pulak, kalo kejayaan seorang yg steady dan agak kental mcm Linglung rupanya bermula dengan lari dari tadika. Macam "hantu Kak Limah balik rumah" la. 

Itu permulaan yg gua takleh lupa, apatah lagi siap ada gambar comel beliau masa kecik2 dulu. Sebenarnya banyak lagi kisah lain yang masuk dalam list gelak kuat gua. Kisah beliau eksen nak tayang terer depan awek naik basikal lepas tangan pastu langgar pokok, pasal beliau dgn member2 asrama kantoi dengan warden sebab isap rokok, kisah surat cinta untuk kiah yang macam harem gak la gua ingat member beliau tu. Adui! sakit perut gua dibuatnya. Okeh! Gua tipu, sbb gua sakit perut nk gi toilet sebenarnya.

Gua berkesempatan bawa blook ke tempat kerja. Kwn kelik gua ni, pesen yg skema sket, tak banyak. Tapi kalo bab2 tgk tajuk pelik mcm Sperma Cinta, awal2 dh bising kat gua. Tapi gua bagi can kat diorg nak marah gua ke hape, then gua suruh diorg baca. Nah! Ambik kau!. Terkekek-kekek ketawa. Siap boleh buat review lak kat gua, padahal gua dah khatam dulu dari dia. Takpe jugak. Gua bagi can lagi pasal gua nk bagi diorang punya mind tu lebih terbuka. Jgn letakkan pandangan pertama sebagai penyudah tanpa meneliti kebaikan yg ada. 

Memang ramai yg bersuara pada aku, kenapa Linglng letak tajuk Sperma Cinta?! Bunyiknya macam tak sesuai dan ada yg kata jijik! Pergh! Tak tahu la aku tang mana yg jijik, tp kalo kata mcm lucah sket tu, mungkin. Tapi apa nak heran, kita pon berasal dari penyatuan benih sperma dan ovum. So, menda tu normal la kan? Cewah!

Sebenarnya banyak lagi kisah lain, tp sbb masa lak tak izin gua duk lepak lama2 kat CC ni terpaksa la gua pendekkan review gua. Maklumlah, sbg gadis sunti, takkan gua nk lepak 5-6 jam kat CC. Baik gua balik rumah goreng cekodok, ada gak pekdahnya. 

Kepada Linglung, gua ucapkan tahniah diatas pelancaran Sperma Cinta. Maaf kerana gua tak dpt turut serta masa sesi persembahan Cikgu Vee dan yg lain-lain. Tapi gua akan layan show diorg di blog lu nanti. Last but not least, thanks for the "present". Cewah! Gua doakan lepas ni lu akan hasilkan lagi blook yg bergaya, mutu serta keunggulan. 


*ada pics - nnt je gua up!

6 ulasan:

Linglung berkata...

hadiah tu gua bagi dengan hati yang iklhas tahap paling penuh. sungguh!

terima kasih kerana datang menyapot walaupun lu cuba mengular tak nak masuk loncing..

Terompah Picisan berkata...

gua pun dah baca..mmg sempoi habis..gua suka byk part.tp yg best time dia mimpi Leman masuk minang..siyes sgt kelakar!hahaaa ;)

aKuPm berkata...

ko nehh...mmg membuke mate aku laaa..ni yang wat aku nak gi bli buku SPERMA CINTA ni...(suh Linglung kasik pree 1 kat aku tak bley ke??) heheheheheh.

Tanpa Nama berkata...

Linglung - lu ibarat lejen gua

Terompah picisan - terkekek2 gua gelak

Haiza - ko ni, rm18 hinggit pon nk berkira!

bella lim berkata...

ni bukan review buku sperma cinta. ni review kisah hidup kau yang ada persamaan dengan dia. -.- haha

apapun gua akan berusaha dapatkan buku ni. bukan main 5 star lagi org rating buku ni kt google.

-MsGoodNite- berkata...

Kisah hidup gua tak sama dengan dia. Semoga segera dapatkan, beserta sambungannya Sengih Kerang.