MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Jumaat, Ogos 12, 2011

Blog Yg Dirindui / Linglung & UYA / Aku Forever

Dah masuk hari ke 12 puasa, baru gua berkesempatan kembali mengetuk jari ke keyboard lappy adik gua yg gua pinjam senyap2 time dia tidur. Dah banyak juga yg gua ketinggalan ( baca entry kawan blogger sekelian ). Lama sungguh tak menjenguk AkuPM, Zampeada, fndrocka, Poyotitos, AkuLinglung, GC, JiejahGojes dan yg lain2.

Hari ni, bila ada lappy pun, gua masih tak dapat nk abiskan mengadap lappy 24hours. Byk lagi kerjaan lain yg gua harus setelkan, so maafkan diriku. lagipun gua ingat, takde guapun, diorg masih boleh hidup berkarya.

Gua nak amik kesempatan nak share tahniah gua kepada AkuLinglung sbb beliau dah jadi tokey skrg. Bagi sesiapa yg duk area PJ, Subang atau KL tu, gua kira takde masalah kot nak berkunjung ke kedai Linglung - UYA Distro. Macam2 yg ada dijual kat situ. Daripada buku2 indie, baju kurung, baju melayu sempena raya, t-shirt indie, kerepek sempena raya, payung dan mcm2 lagi hingga tak dapat gua nk menyebutnya satu persatu. Cuma, taklah gua dpt pastikan apakah Linglung dah resign sbg jurutera yg sebelum ini menjadi periuk nasiknya. Sbb beliau ada pernah kabor ke gua kalo dia dh hntr surat resign. Gua harap Linglung dan bisnesnya akan berjaya dgn cemerlang, gemilang dan terbilang. UYA!

Sempena nk sambut raya, gua pun ada buat bisnes kecik2. Amik tempahan tempeyek di kalangan kawan2. Ni tahun kedua gua. Takde la nk buat besar-besaran pon. Jadilah lepas belanja raya, buat topup gua nak bercuti tahun depan. Tapi itu bukanlah bererti gua tak bersyukur dpt bonus setengah bulan gaji. Gua bersyukur alhamdulillah, sambil sengih sepanjang hari.

Feel raya tahun ni, gua tak rase sgt. Tak pasti kenapa. Mungkin sebab gua dah semakin dewasa. Dah boleh jadi mak orang walaupon gua baru 26 tahun. Kehkehkeh!
Okeh! gua stop dulu sebelum makin banyak gua merapan.

6 ulasan:

Jiejah Gorjes berkata...

wahhh pos rempeyek kat aku bleh hehehe

-MsGoodNite- berkata...

mak ai...... kat sana aku igt lagi byk tempeyek kan, jiejah? hehehe

aKuPm berkata...

heheheh AKU RINDU PADA MUUUUUUUUUUU

fndrocka berkata...

Blog aku sentiasa menanti kedatangan kau.hehek

-MsGoodNite- berkata...

haiza - aku juga........

fnd - tenkiu. nnt aku datang hehe

aKuPm berkata...

heheheehehehe zura gilooooo