MsGoodNite ialah
- PeppermintNelly (Known as MsGoodNite)
- Terengganu/Selangor, Malaysia
- Selfish and Arrogant
Ahad, Januari 25, 2015
1st Entry of The Year
Wow, dah nak habis Januari, baru ada masa nak menulis kat sini. Tak faham betul apa masalah..hahaha.
Last year macam dah nekad nak kembali aktif kat blog, tapi macam tak jadi jugak. Bukan apa, bila online thru phone ni, rase susah sket nak edit edit, nak post post entry. Terbatas. Itu yang malas tu.
Tapi try jugak la menulis sesuatu at least one entry per month. Okay tak?
So, untuk 1st entry in new year 2015 ni, kite sembang about what I have been doing so far. Cewaahhh!. Ermm.. nothing much. Still menjalani kehidupan berumahtangga dengan harmoni. Alhamdulillah, sehingga hari ini kami husband n wife masih berusaha untuk "menghasilkan" seorang baby dengan izin Allah. Hahaha.. ayat tak boleh blah.
Dan aku pon sedang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang baik. INSHAA ALLAH. Doakan aku...
See next entry.. daa!
Sabtu, Jun 02, 2012
Jun dan Aku
Sebut pasal besday, aku memang tak pernah celebrate besday secara langsung. Maksud aku, dgn organized party, ada kek, ada makan-makan, jemput kawan-kawan dan dapat hadiah sambil diucapkan "happy birthday". No. Never. Sampai umur aku 28 ni pun,*eh? Termention plak :p* seingat aku tidak pernah. Tapi kalo secara kebetulan orang ajak makan dan kebetulan hari tu besday aku, itu dikira banyak kali. Tapi takde present la. Dan sebenarnya aku tak kesah. Sebab aku dan adik beradik aku tidak pernah dididik oleh mak bapak aku untuk sambut besday.
Tapi tradisi aku pulak sejak bekerja dan gaji pun macam dah sedap sket, *masa mula-mula keje gaji ciput, x cukup* aku mula manjakan diri aku dengan beli hadiah untuk diri sendiri bila time besday. Paling tak pun, kalo tak sempat beli on the date, sebelum @ selepas pun aku belasah. Janji benda tu adalah yang sgt-sgt aku nak, yang aku suka. Yelah, nak harap orang belikan memang tak la, kan?! Kakakaka.. Aku ingat, kalo aku buat besday party pun, aku takkan dapat stuffs yang aku NAK SANGAT tu. Selalunya takde la benda-benda mahal. Tapi tak juga benda-benda murah. Yang sedang-sedang saja kata Iwan Dangdut.
Yang lepas-lepas aku beli henpon, jam, minyak wangi, henpon. Tapi yang paling best, balik kampung. Siak, kan? Balik kampung pun nak kira besday present paling best. Haa.. Pasal itu tempat bercuti dengan family besar paling best la bagi aku. Macam-macam benda boleh buat, sebab tu aku cakap kalo time besday ada kat kat kampung, memang best. BFF aku pun buleh bawak aku gi makan-makan skali. Betul tak AkuPM?? Huahahaha...
So, tahun ni punya present aku aim satu barang. Sepatutnya aku takleh aim benda tu, sebab last ye aku dah beli benda yang sejenis dengannya. Tapi adrenalin yang ada dalam badan ni melonjak-lonjak menginginkan. Aku betul-betul tak berani nak kata YA. Jadinya, aku buat keputusan untuk senaraikan alternatif lain seandainya aku tak mampu. Jam tangan baru, buat spek baru @ target aku. Nak tau apa? BOLD 4. Hahahaha....
Ok, itu aku. Kalo korang aku tak tau la camne lak gayanye, ye?!
Sent from my BlackBerry® wireless device
Isnin, Mei 28, 2012
Hidup Seorang Aku di Hari Minggu di Bulan Mei.
Hari-hari lain, jangan citer. Sesi karoks memang tak miss antara aku dan sahabat-sahabat. Ibarat agenda wajib jika kami berkumpul. Mengadakan sesi lawatan ke IKEA bagaikan bawa duit rm5k nak beli barang. Gila kentang jugak la rasenya. Menghadiri besday party anak seorang kakitangan Radio Sinar bagi peluang aku jumpa DJ-DJ spt Pak Tam, Kryll, Abby Fana. Sampai masa, aku pulang ke Terengganu.
10 Mei 2012, aku bertolak ke KL untuk bersama-sama menyertai Perhimpunan Ulangtahun 66 UMNO di Bukit Jalil. Gempak! Kali ni aku travel dgn bas secara berjemaah dengan kawan2. Tidak lagi solo spt sebelumnya. Hingar bingar dalam bas. 2-3 orang yang terkenal dengan mulut lepas mengusik si pemandu bas. Kalai namanya. Kata orang dia India Muslim. Patut la sebelum bas gerak dia suruh baca doa. Petang 12 Mei, aku dah gerak balik ke Terengganu selepas memborong buah dia Chow Kit. 3-4 hari dlm minggu tu aku rasa badan aku solid sket sbb makan buah je, tak makan nasik.
Aku terima surat dari Jabatan Pelajaran, yang aku dikehendaki menghadiri kursus selama 3 hari bermula 19 Mei - 21 Mei di KL. Gile ah ding dong! Of kos aku tidak menolak. Tiap-tiap minggu turun naik KL, aku rasa dah macam orang KL dah. Waktu free, BFF datang amik melencong ke Bukit Bintang. Lepas tu terus ke Keramat ziarah ibu BFF yang lagi sorang. Perut yang lapar, diisi di Kampung Baru. Indah sungguh hari minggu aku selama 3 minggu ni.
Hari Belia 2012. Aku dah tau, kalo aku memang pegi. 25 Mei - 27 Mei, KL lagi la kiteww! Travel naik bas ni, mmg nampak rileks pada mata kasar. Tapi kalo dah tiap2 minggu mau sakit semua urat saraf dik non woi! Takpe, aku cuba rileks. Sebab nak isi masa lapang. Gile kentang 4 minggu berturut-turut pegi KL. Rasenya, orang bisnes pun tak macam aku kot. Amik kesempatan, shopping kasut converse dan sweater baru. Cun!
Weekend minggu ni sebenarnya dah ada agenda. Ke KL jugak. Tapi orang yang ngajak kena mengadap mak aku dulu. Hahahaha.....
Sent from my BlackBerry® wireless device
Ahad, April 24, 2011
Kaki Power || Batu Karang
Ahad, Januari 02, 2011
Lai..lai...lai...Ini bukan buah Lai maa....
Selasa, Disember 21, 2010
Parking Haram
Ahad, Disember 19, 2010
YES! is bukan Year End Sale
Jumaat, Disember 17, 2010
Igt! Lepas ni jgn buat baik dgn gua lagi!
Hello! Assalamualaikum! Bz body ke?
Waalaikumsalam! Oh! Tak la... biasa-biasa aje. Lama tak dengar citer? Sihat?
Alhamdulillah. Sorry, lately bz sket. U pun apa kurangnye. U camne? Sihat?
I pun, alhamdulillah. Byk keje kat ofis skrg.
I Call ni ada hajat. Bukan buang hajat tau!
Hahaha..melawak pulak. Hajat apa tuh?
Nak ajak U temankan I tgk wayang. Jumaat ni U free tak?
Wayang? Best gak tu. Pukul bape nak pegi?
Erm.. ikut U aje la. Time bila U free.
Ermm.. nanti I check jadual I dulu, malam nanti I call u back! Boleh, kan?
Oh! Okay! I tunggu... babai
Babai.
*Rabu
SMS - Salam, ada org tu ckp nak call smlm tp takde pun, takpe la..huhuhu
Isnin, November 29, 2010
Tak tau tajuk
Ahad, November 28, 2010
Busuk & Spirit
Jumaat, November 26, 2010
Apa aku buat?
Sabtu, Oktober 30, 2010
Imah gi kedai..
Selasa, Oktober 26, 2010
Idea
Idea....
Idea.... Ada nih..... tp belum nak tulis lagi. Takde masa.
Peh! Macam bagus jer.. (skali lagi)
Isnin, Oktober 18, 2010
Pengakuan ikhlas seorang aku....
Rabu, September 29, 2010
Breakfast
Aku ambil faberet aku, nasi lemak. 2 bungkus utk pagi ini. Sedap, kenyang alhamdulillah.
*Aku - Ada jamuan raya lg jam 12.30pm
