MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 14, 2012

Cerita Malaysia Tak Jadi Juara AFF Suzuki Cup 2012

Agak lama juga tak up entry pasal bola dan rasanya ini masa yang sesuai tambahan lagi dengan kegagalan Malaysia mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki setelah tewas kepada Thailand di separuh akhir dengan agregat 3-1.
Bermula sumbang pada peringkat kumpulan apabila kalah kepada Singapura 0-3, menang agak besar dengan Laos 4-1 dan menang agak bergaya Indonesia 2-0.
Separuh akhir pertama di SNBJ menyaksikan permainan yang agak seimbang, dan boleh dikatakan menarik. Kedua-dua pasukan Malaysia dan Thailand bermain dengan cemerlang - (serangan dan pertahanan). Seri 1-1 sama bukanlah keputusan yang kita mahukan. Apatah lagi bermain di tempat sendiri, sudah pasti kita menghajatkan kemenangan dan sebolehnya tidak mahu Thailand mendapat jaringan. Namun, dari corak permainan, sebenarnya Thailand lebih mendominasi dan hantaran kemas pemain Thailand sepatutnya dipelajari pemain Malaysia.
Bek kanan, Mahali Jasuli secara tak langsung dah jadi defensive midfielder berjaya mengekang kemaraan Thailand untuk menjaringkan gol dan turut banyak membantu striker untuk membuat percubaan ke arah gol lawan. Itu cerita di SNBJ.
Malam ini, di Stadium Supachalasai, Bangkok segala yang dilihat di SNBJ hilang. Taktikal apakah yang diatur oleh King Gopal dengan menurunkan Mat Yo sebagai penyerang tunggal? Defend 3, dan selebihnya berkumpul di tengah. Masih mengharapkan Mahali boleh mentransformkan dirinya jadi defensive midfielder, maka turun naiklah beliau membantu pertahanan dan bahagian serangan yang tunggal terkontang kanteng. Di mana Safiq? Amar Rohidan? Aku hanya dapat lihat Baddrol, Alex dan Kuna ke sana sini mendapatkan bola. Dapat di kaki Mat Yo, baru nak gelecek hilang dibawa lari sang gajah. Sungguh damn!
Aidil kerap meninggalkan posisi terlalu jauh hingga bagi terlalu banyak ruang untuk striker Thailand membuat percubaan dari jarak dekat. Pada pemerhatian aku, sebenarnya kucar kacir pertahanan sudah bermula sebelum Fadhli Shas dibuang padang lagi. Kemalasan Amar Rohidan membuat overlapping serta kelekaan Aidil. Aku tak faham kenapa kedua pemain yang kerap buat mistake ini masih diberi peluang untuk duduk di 1st eleven?
Kenapa seorang penyerang? Apakah skill Mat Yo tu dah cukup bagus untuk menembusi gawang Thailand. Kemon la Datuk, realistik la sket. Mat Yo bukan Messi - dgn jarak 60 meter, beats 6 players dan score gol.
Kekalahan malam ini sepatutnya menyedarkan kita bahawa bola sepak kita masih sama. Tidak ada kelainan, tidak ada peningkatan. Korang tengok tak corak hantaran kemas pemain Thailand, kawalan bola, counter attack diorang macam mana? Mungkin kemenangan yang belum ini adalah kerana nasib, bukan kerana Malaysia pandai main bola. Referee memang cibai tapi permainan kita juga kurang sikit daripada itu. Perbukaan game pun dah nampak pincang. Korang perasan ke tidak? Grrr....
Kembali ke dunia realiti bola sepak kita, pengurusan perlu berubah. Luaskan pemilihan pemain. Ramai pemain star Malaysia sebenarnya tapi tidak diberi peluang untuk menyarung jersi kebangsaan. Sedih!
Akhirnya Malaysia masih tidak dapat meleburkan rekod tanpa kalah Thailand bertemu Malaysia. Tamatlah cabaran Harimau Malaya untuk AFF Suzuki Cup edisi 2012.
Sekian, terima kasih.





Sent from my BlackBerry® wireless device







Ahad, November 25, 2012

Selamat berjuang Harimau Malaya

AFF Suzuki Cup kembali untuk edisi 2012. Barisan baru Harimau Malaya, ada beberapa nama lama yang tidak tersenarai sejak perlawanan persahabatan antarabangsa lagi untuk kempen AFF ini. Tiada Ashaari Shamsudin, tiada Muslim Ahmad. Tetapi sepatutnya ada Badri Radzi, sepatutnya ada Amri Yahyah.

Tapi aku puas hati, tiada Zaquan Adha dan puas hati ada Azamuddin Akil.

Semoga berjaya mempertahankan kejuaraan 2010.
Selamanya HARIMAU MALAYA!





Sent from my BlackBerry® wireless device

Isnin, November 12, 2012

Iklan



Suka membaca? Teringin nak jumpa penulis kegemaran anda? Jangan lepaskan peluang ini. 
*buku dan penulis indie sahaja*

Sabtu, Jun 02, 2012

Jun dan Aku

Sekarang dah masuk bulan Jun. Dah masuk setengah tahun. Maknanya tinggal lagi setengah tahun nak melangkah ke tahu baru, bertambah 1 tahun lagi usia dunia, usia kau orang, usia aku. Tapi untuk tahun 2012 ni sehingga entry ini ditulis, aku belum cukup umur kot. Bulan Jun inilah focus point umur aku bertambah 1 tahun. Berapa? Yang tahu diam-diam sudah. Tak payah nak mention kat sini. Kena siku kang susah hidup.

Sebut pasal besday, aku memang tak pernah celebrate besday secara langsung. Maksud aku, dgn organized party, ada kek, ada makan-makan, jemput kawan-kawan dan dapat hadiah sambil diucapkan "happy birthday". No. Never. Sampai umur aku 28 ni pun,*eh? Termention plak :p* seingat aku tidak pernah. Tapi kalo secara kebetulan orang ajak makan dan kebetulan hari tu besday aku, itu dikira banyak kali. Tapi takde present la. Dan sebenarnya aku tak kesah. Sebab aku dan adik beradik aku tidak pernah dididik oleh mak bapak aku untuk sambut besday.

Tapi tradisi aku pulak sejak bekerja dan gaji pun macam dah sedap sket, *masa mula-mula keje gaji ciput, x cukup* aku mula manjakan diri aku dengan beli hadiah untuk diri sendiri bila time besday. Paling tak pun, kalo tak sempat beli on the date, sebelum @ selepas pun aku belasah. Janji benda tu adalah yang sgt-sgt aku nak, yang aku suka. Yelah, nak harap orang belikan memang tak la, kan?! Kakakaka.. Aku ingat, kalo aku buat besday party pun, aku takkan dapat stuffs yang aku NAK SANGAT tu. Selalunya takde la benda-benda mahal. Tapi tak juga benda-benda murah. Yang sedang-sedang saja kata Iwan Dangdut.

Yang lepas-lepas aku beli henpon, jam, minyak wangi, henpon. Tapi yang paling best, balik kampung. Siak, kan? Balik kampung pun nak kira besday present paling best. Haa.. Pasal itu tempat bercuti dengan family besar paling best la bagi aku. Macam-macam benda boleh buat, sebab tu aku cakap kalo time besday ada kat kat kampung, memang best. BFF aku pun buleh bawak aku gi makan-makan skali. Betul tak AkuPM?? Huahahaha...

So, tahun ni punya present aku aim satu barang. Sepatutnya aku takleh aim benda tu, sebab last ye aku dah beli benda yang sejenis dengannya. Tapi adrenalin yang ada dalam badan ni melonjak-lonjak menginginkan. Aku betul-betul tak berani nak kata YA. Jadinya, aku buat keputusan untuk senaraikan alternatif lain seandainya aku tak mampu. Jam tangan baru, buat spek baru @ target aku. Nak tau apa? BOLD 4. Hahahaha....

Ok, itu aku. Kalo korang aku tak tau la camne lak gayanye, ye?!




Sent from my BlackBerry® wireless device

Jumaat, November 18, 2011

Selamat Pengantin Baru Linglung!

Gua mula kenal brader ni cuma melalui blog. Gua lupa bila, tp 1st time gua buat blogwalking ke blog beliau selepas beliau tinggalkan komen kat blog gua. Okeh! Sebagai penulis blog amatur, yg sekadar menulis utk suka2 dan tak punya byk follower, sedikit sebanyak gua juga menghargai apabila ada blogger kental seperti beliau yg sudi jengah n leave comment kt blog gua. Dan bila gua jelajah ke blog beliau yg dikenali dgn "Aku Linglung", gua dapati beliau ada seorg penulis yg bagus. Dan gua suka baca post2 beliau.
Dari situ gua selalu blogwalking ke sana dan jadi follower beliau. Amat gua x sangka juga, kalo beliau nak follow gua. Terima kasih.

1st time gua jumpa beliau pulak, masa launching buku blog pertama beliau "Sperma Cinta". Gua dh penah buat review buku ni, boleh check kt KKMD achieved sbb gua update kt fon, ssh nk buat link. Launching tu kt KL tahu?! Gua dr Trganu sanggup pi KL utk support launching tu. Okeh! Tipu sket, sbnrnya kebetulan gua ada agenda di KL pada wktu terdekat, jd dpt la gua jumpa beliau. Masa ni juga, gua dpt jumpa Pipiyapong, Vee Juliet, Hamzah Ian, dan sape ke nama sorg pengulas kat Sokernet. Gua jumpa tunang brader ni jugak, cikgu Vee. Dia cikgu violin tahu?!

Itulah sejarahnya, camne gua boleh kenal dgn brader ni. Rapat x rapat tp kira baik la jugak, kan...sbb gua rasa gua boleh sembang dgn beliau mcm2. Minggu lepas gua pi KL, jumpa beliau dan pasangan utk ucapkan tahniah sbb esok dh tentu2 gua x dpt hadir nk raikan diorg. Gua pass skali hadiah wedding yg x seberapa tanda ingatan pada teman blog yg gua paling respek! 1st time gua jejak kaki kat UYA Distro yg kini jd kebanggaan beliau atas usahasama dengan rakan blog jugak - Deus (bkn nama sbnr gua igt). Gua dh tau UYA kt mana, hope lepas ni, gua boleh ke sana lagi.

Mungkin ada yg tanye, apesal gua mesti nak tulis pasal brader ni? Jawapan gua senang je, dia blogger kental pertama yg gua follow dan x sombong. Keduanya gua mmg menghargai kalo org baik dgn gua. Boleh? Kahkahkah! Anyway, selamat menjadi suami mithali bro!

Khamis, Jun 23, 2011

Review Sperma Cinta by AkuLinglung

Mingu lepas di Annexe Gallery, sebelah CM, berlangsung Kuala Lumpur Alternative Bookfest. First time gua pergi sbb gua nak raikan pelancaran blook seorang kawan blogger gua tak pernah kenal sebelumnya. Adapun hari ini, setelah hampir seminggu gua mendapatkan Sperma Cinta dari blogger yang gua kagumi kerana hasil penulisannya iaitu brader Linglung, hari ini dengan rasa senang hati dan rendah diri gua meluangkan masa menjejakkan kaki ke CC (sbb lappy gua dah jahanam) utk membuat sedikit ulasan hasil pembacaan gua.

Adapun secara umumnya, kebanyakkan cerita yang dimatkan dalam blook ini telahpun gua baca dan komen di blog beliau sendiri tapi gua masih dapat merasakan kesegaran, ketulenan serta kelucuan yang cuba disampaikan. 

Bagiyg pertama kali baca judul blook ni, yang tak teliti tentang intipati serta isinya pasti akan menganggap Sperma Cina merupakan satu buku yg berunsur lucah atau penuh dengan ke"biru"an. Tapi, bak kata mak gua, "don't judge a book by it's cover". Mak gua pun pandai gak cakap omputeh.

Okeh! Tak payah sembang lebat, buang masa, takde guna. Gua stret tu de poin. Kalo lu orang nak tahu, Sperma Cinta ni merupakan satu buku blog atau blook yang dihasilkan oleh Linglung (bukan nama sebenar) berdasarkan kepada kisah hidup beliau sedari kecik umur 6 tahun hingga la dah besar gajah ni. Pengalaman hidup yang jarang-jarang orang boleh recall satu persatu dan mahu dikongsi dengan orang lain apatah lagi dengan orang yg tak dikenali macam gua ni. Tapi skrg kami dah saling kenal, maksud gua, gua dan jumpa Linglung face to face!

Bermula dgn kisah beliau semasa tadika. Gua sebenarnya tangkap syahdu gak dgn ayat yang digunakan lebih2 lagi bab ibu-ibu, mak-mak ni. Tapi gua tak nafi apa yg beliau tulis. Kalo tak kerana nasihat seorang mak yg mengharapan kejayaan masa depan si anak, gua ingat Linglung ni pasti tak jadi orang macam skrg. Jadi badut barangkali. Itupun gua tgk bakat yg ada pada beliau. Boleh la buat2 cari sesuap nasi. Lari balik ke rumah pada hari pertama masuk ke tadika mmg "true". Gua pernah menyaksikan kejadian seperti tu dulu. Tapi gua tak sangka pulak, kalo kejayaan seorang yg steady dan agak kental mcm Linglung rupanya bermula dengan lari dari tadika. Macam "hantu Kak Limah balik rumah" la. 

Itu permulaan yg gua takleh lupa, apatah lagi siap ada gambar comel beliau masa kecik2 dulu. Sebenarnya banyak lagi kisah lain yang masuk dalam list gelak kuat gua. Kisah beliau eksen nak tayang terer depan awek naik basikal lepas tangan pastu langgar pokok, pasal beliau dgn member2 asrama kantoi dengan warden sebab isap rokok, kisah surat cinta untuk kiah yang macam harem gak la gua ingat member beliau tu. Adui! sakit perut gua dibuatnya. Okeh! Gua tipu, sbb gua sakit perut nk gi toilet sebenarnya.

Gua berkesempatan bawa blook ke tempat kerja. Kwn kelik gua ni, pesen yg skema sket, tak banyak. Tapi kalo bab2 tgk tajuk pelik mcm Sperma Cinta, awal2 dh bising kat gua. Tapi gua bagi can kat diorg nak marah gua ke hape, then gua suruh diorg baca. Nah! Ambik kau!. Terkekek-kekek ketawa. Siap boleh buat review lak kat gua, padahal gua dah khatam dulu dari dia. Takpe jugak. Gua bagi can lagi pasal gua nk bagi diorang punya mind tu lebih terbuka. Jgn letakkan pandangan pertama sebagai penyudah tanpa meneliti kebaikan yg ada. 

Memang ramai yg bersuara pada aku, kenapa Linglng letak tajuk Sperma Cinta?! Bunyiknya macam tak sesuai dan ada yg kata jijik! Pergh! Tak tahu la aku tang mana yg jijik, tp kalo kata mcm lucah sket tu, mungkin. Tapi apa nak heran, kita pon berasal dari penyatuan benih sperma dan ovum. So, menda tu normal la kan? Cewah!

Sebenarnya banyak lagi kisah lain, tp sbb masa lak tak izin gua duk lepak lama2 kat CC ni terpaksa la gua pendekkan review gua. Maklumlah, sbg gadis sunti, takkan gua nk lepak 5-6 jam kat CC. Baik gua balik rumah goreng cekodok, ada gak pekdahnya. 

Kepada Linglung, gua ucapkan tahniah diatas pelancaran Sperma Cinta. Maaf kerana gua tak dpt turut serta masa sesi persembahan Cikgu Vee dan yg lain-lain. Tapi gua akan layan show diorg di blog lu nanti. Last but not least, thanks for the "present". Cewah! Gua doakan lepas ni lu akan hasilkan lagi blook yg bergaya, mutu serta keunggulan. 


*ada pics - nnt je gua up!

Rabu, Jun 15, 2011

Okeh! Blog Sudah Di Apdet!

Huahaha... Dh elok2 taip, terdelete plak. Cari kat draft takde, langsung kena taip semula. Sikit punye lama gak gua tak update blog ni. Mahap le, sejak lappy dh jahanam, mmg agak sukar utk gua post entry baru. Apalah sgt post entry guna henfon. Memang la nampak maju dan stylo tp kebarangkalian utk typing error tu sgt tinggi. Lagipun gua rasa mcm x lawas je nk post entry guna fon ni. Ini pun paksa dlm rela bila kenangkan blog yg dh berdebu.


Minggu lepas final FA Cup Terengganu v Kelantan, gua berkesempatan menonton di stadium. Selalunya nonton di tv dan jarang2 di padang bola. Tengok bola di stadium ni dia punya spirit lain mcm sket. X sama dgn tgk kt tv dan ada lebih kurang sket dgn tgk kat padang tp lain. Kat padang xde kerusi, kat stadium ada. So kalo penant berdirian lu org boleh duduk sambil perati pakwe2 yg ramai tu (bg pompuan) dan makwe2 yg dua tiga kerat (bg lelaki). Sumpah! Berbaloi2 juga gua ke stadium bila Terengganu menang 2-1 ke atas Kelantan. Alhamdulillah! Skuad Peteh mmg nelang!!!


Ok, sabtu ni gua pun rase mcm x sabar2 nk turun CM sempena launching buku Sperma Cinta hasil tulisan Linglung. Laris mcm goreng pisang buku brader tu. Tambah2 skrg dh jd saudagar payung plak gua dengar. Ermm...rezeki nk jd raja barangkali.


Dan pada Isninnya, gua akan bergraduasi di PWTC. Selamat menjadi seorang graduan kata gua pd diri sendiri. Terima kasih!

Jumaat, Februari 04, 2011

Makan Free Ke?

Woit! Time cuti2 ni lu orang tak dapat invitation makan free ke? Huahahah... Gua punya jadual padat, sey!. Tapi sangat2 salah kalo lu orang bilang makan kenduri ialah makan free. Sebab selalunya lepas makan, lu orang akan pergi jumpa tuan rumah. Hah! Jumpa tuan rumah bukan saje-saje derr.. Salam kaut omputeh kabor. Pastikan tangan lu ada angpau berisi duit. Kalo tangan lu kosong pi salam tuan rumah, dah tentu-tentu kena jelingan tajam dgn tuan rumah. Pastu jgn harap la tuan rumah nak bagi pulak doorgift mcm bunga telur atau kuih baulu dalam paper beg tu.

So, maknanya di sini, makin banyak jemputan kenduri yg lu orang terima, makin banyak la lu orang kena stendby duit utk salam kaut. Jangan fikir sedap je nk makan free. Nasi minyak tuan rumah 3 pinggan lu orang bedal, alih-alih hulur dua hinggit je. Memang taik hidung masin la lu orang. Ada sesetengah orang, selalunya pompuan belikan hadiah untuk pengantin. Hadiah pun kira ok juga. Nanti pegi jumpa pengantin hulur hadiah dapat present dari pengantin pulak. Selalunya present dari pengantin lebih cun, cantek dan eksklusif berbanding mak pengantin a.k.a tuan rumah. Cuma gua nak ingatkan, jgn la asyik bagi set gelas je. Yup! Gua tau, set gelas tu adalah hadiah yg lu orang boleh beli yg rendah sket regenya tp cuba la pelbagaikan sket hadiah lu orang tu. Gelas dah common sangat derr.. Cuba kalo time lu orang kawen, 20 org datang suma bagi gelas. Peh! nanti almari rumah lu orang penuh dgn gelas je. Pinggan, blender, iron lu orang kena beli sendiri. Kah kah kah!

Okeh! Time gua kawin nanti gua tak kesah la lu orang nak bagi apa. Dapat peti sejuk satu pintu, mesin basuh automatik 5kg, TV LCD 21inci pun gua dah syukur nikmat. So, awal2 ni lu orang stenby la duit belikan hadiah2 tu untuk gua ye. Nanti gua gerenti sayang lu orang lebih. Kah kah kah!

Gua nak siap2 pegi kenduri kawen member baik gua time skolah dulu. 
"Selamat Pengantin Baru untuk Jiekat dan isteri Aleya. Selamat berbahagia"

Isnin, Januari 10, 2011

AJL25 - Gua silap percaturan!

Tahniah diucapkan kepada Ana Raffali dan Tolong Ingatkan aku di atas kejayaan sebagai juara di AJL25 malam tadi. Gua yang turut sama berada di Stadium Putra Bukit Jalil turut merasa kehangatan hati dan jiwa kerana gua mmg tak bersetuju langsung bila Ana Raffali dinobatkan sebagai juara. Tapi apa boleh buat, dah rezeki dia. Tambahan pula abg M.Nasir yg jadi ketua juri. Stok lagu-lagu puisi dalam2 punya maksud mmg M.Nasir gemor sgt la.

Nama Ana Raffali mmg tak termasuk langsung dalam senarai pilihan gua dan gua percaya ramai juga yg bersetuju dgn gua sbb gua dapat tweet kat twitter x ramai yg sebut Ana Raffali sbg pemenang. Sebut sbg awek la, makwe la, kekasih gelap byk la. Perasan bangat la diorang nih! Tapi gua iyekan aje la.. nak amik hati. Kang sentap plak!

FT sbg persembahan terbaik mmg sesuai. Cun je gua tgk penyampaian Hanyut malam tadi. Tak sia-sia la FT kena jirus dgn sebaldi air utk merealisasikan watak yg dah kebasahan akibat jatuh dalam kolam. Sampaikan masa iklan kat TV, gua dgn crowd belah stage kat stadium tgk la krew-krew beriya-iya mengelap lantai stage. Habis mop, siap guna tilam yg buat landing FT jatuh. Lucu plak gua tgk. But that's an experiance. Selalu gua dengar citer member gua yg kerja dlm industri seni ni, but last nite gua tgk sendiri..hahaha

Gua mengharapkan kemenangan Black dgn lagu Kubur a.k.a Sofea Jane. Gua juga harap Yunalis Zarai menang dengan Cinta Sempurna. Tapi harapan gua sia-sia. Arrangement Cinta Sempurna gua rasa sgt2 best. Pasal lagu tu unsur nasyid sket, tapi dgn arrangement baru, gua rasa ia lebih segar dan mantop!

Gua pun malas nk citer byk la pasal lagu2 yg gua buat prediction utk menang, tak mengena kecuali MUH. Okeh, tahniah juga utk Taja dan Tun Teja atas kejayaan Drama King.


Sebahagian crowd


Persembahan Hanyut by FT




* Utk gambar lain, sila ke fesbuk gua. Tenkiu.

Khamis, Disember 30, 2010

Malaysia lah juara!

Agak lama gua tidak menulis berkenaan sukan yg gua minat nih. Terakhir ialah perlawanan La Liga yang melibatkan BARCELONA dan Real Madrid di mana kemenangan memihak kepada Barca 5-0. Tapi bukan kisah Barca yg gua nak cerita. Tinggalkan dulu BPL dan La Liga. Sekarang masa untuk kemahsyuran negara. Kejayaan di AFF Suzuki Cup 2010.

Terus terang gua ckp, Liga M gua tak penah folo kecuali bila final. Tapi bila melibatkan pasukan negara mesti gua folo punye la. Erm... Memang pelik bila ada dua kali perlawanan akhir dalam pertandingan bola sepak. Tapi utk AFF, ia perkara biasa. Erm...kita mula 1st leg di SNBJ pada 26hb lepas. Sangat-sangat megharukan apabila pasukan negara berjaya menewaskan Indonesia 3-0 dengan dua jaringan dari Incik Safee Sali dan satu gol dari Ashaari. Ia merupakan momen-momen yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh 80k org penyokong negara di NSBJ. Itu belum dikira dengan jerit pekik penyokong di rumah dan di kedai-kedai mamak termasuk gua. Semuanya teruja dan bersemangat utk melihat kemenangan Harimau Malaya.

Norshahrul Idlan mmg paling best malam itu. Teknik dan gelecek yang menjadi, mampu untuk memperdayakan lawan. Walaupon ada hati nak tiru mcm Ronaldo tapi tak berapa nak jadi, gua tetap salut beliau dan gua letakkan pengantin baru ini sbg pemain terbaik perlawanan itu. Dari tepi beliau dapat mengumpan bola untuk disudahkan oleh Safee dan Ashaari. Kemasukan Ashaari bagi menggantikan Amirulhadi yang nampak lemah utk menyerang berjaya membuahkan hasil apabila membantu menyumbangkan gol. Akhirnya Malaysia berjaya ke Indonesia dengan bekalan 3-0.

2nd leg di Jakarta sedikit sebanyak mengundang tekanan kepada pemain negara. Maklum le terpaksa berdepan ribuan penyokong Indonesia yang mana gua tak nampak langsung kelibat penyokong Malaysia. Kalau ada pun gua ingat, diaorang sembunyi-sembunyi kot.. takut kena ganyang!

Separuh masa pertama, kedua pasukan terikat tanpa jaringan sedikit sebanyak melegakan kerana hanya berbaki 90 minit lagi untuk pasukan negara bertahan. Jaringan cantik Safee sebagai penghangat suasana sedikit sebanyak mengulitkan perasaan gua, rasa mcm nk jatuh cinta. Rasa aje, bukan sungguh2 pun. Dalam keadaan yg siyes gua masih tetap memandang beberapa pemain di padang yg buat gua gelak. Mohd Sabre Abu yang nampak sangat2 'berat" utk berlari mengejar bola. Lu kena turunkan berat badan, gua ingat! Ashaari juga yang macam slow dan Kuna yg nampak "lembik". Sorry kalau gua silap, itu cuma di pandangan mata gua aje. Gua tau, lu org lebih arif menilai mereka.

Papehal pun, diorang dah main dengan sangat baik. Gua letakkan Khairul fahmi sebagai pemain terbaik mlm ni walopun diorg pilih Firman (Cptn Indonesia) sbg pemain paling bernilai. Mesti kembag semangkuk makwe Fahmi, kan?! hahaha... Budak-budak ni dah berjaya buktikan kepada semua penyokong-penyokong Indonesia bahawa Malaysia mmg layak menang. Gua pun dah mimpi dulu. Mimpi Malaysia akan bawak balik Piala Suzuki. Gua tak guna dukun, gua nujum je..! Tahniah Harimau Malaya! Tahniah juga kepada semua penyokong Malaysia yang menyokong dengan semangat tidak berbelah bagi.


Pagi-pagi makan Meggi
Sbb di dapur itu saje yg ada
Timnas Indonesia gigit jari
Malaysia bawa balik piala!



Sabtu, Disember 04, 2010

Host 2018 & 2022

Okeh! Kita stop dulu citer pasal petrol naik, gula naik nih!. Mak takde masa nak gosip lama2 pasal benda tu sume, pasal korang carut la 40 hari 40 malam. Benda takkan berubah, okay?!





Cuma nak tulis sket pasal pemilihan hos WC 2018 & 2022. Kelmarin mmg aku ada tgk rancangan pembidaan tu kat chnl bape ntah, lupa plak pasal secara tak sengaja tekan chnl tu. England sedang berkempen utk bidaan England sbg tuan rumah 2018. Yg aku ingat, David Beckham, PM Britain dan Prince William menyampaikan hujah2 kenapa England patut dipilih sebagai tuan rumah WC 2018.

Tapi aku tak tunggu sampai abis pun, tgk siaran ulangan Inter dgn team mana ntah. Lupa lagik!

Hari ni, dlm berita menyiarkan kalo Russia telah dipilih menjadi tuan rumah 2018. Qatar pula tuan rumah untuk 2022. Peh! Aku dpt bayangkan kesedihan Beckham kerana beliau merupakan antara person yg bersungguh2 berkempen untuk WC2018 sejak di Afrika Selatan lagi. Tapi apakan daya, takde rezeki la tu. Tunggu ko tua sket lagi kot, baru England jadi tuan rumah. Masa tuh, ntah aku dan ko masih ada lagi ke tidak di atas bumi Allah yg indah ini.

Jom, kita ke Brazil plak 2014 nih!

Jumaat, November 12, 2010

Aku dan Futsal

13hb Nov 2010. Aku ada pertandingan futsal peringkat Parlimen Dungun. Minggu lepas dah main di peringkat Dun. 4 pasukan teratas akan mewakili setiap Dun bertanding di Parlimen. Tapi awal2 aku bagitahu kat sini, aku takde kena mengena langsung sebagai salah seorang pemain esok melainkan sebagai salah seorang urusetia yg tak setia saje. Janji dpt tshirt sponsor. Ops! aku takde niat mcm tu. Takde hadapnya aku pada tshirt dengan warna bukan kegemaran. Macam takde warna lain. Tak setia pada mulut aku ialah, mungkin aku tak akan berfungsi sepenuhnya sebagai urusetia sebaliknya tukang buat kacau di luar court.

Sempena pertandingan ini aku berhajat nk tunjukkan kreativiti yg aku ciplak hasil dari pemantauan semasa menonton konsert AF6 beberapa tahun dulu sebagai tanda penyokong dan sokongan. Aku telah siap sedia dgn segala bahan2 yang diperlukan utk menghasilkan kraf yg boleh tahan cun aku kira. Tapi apakan daya, disebabkan tangan aku yg tak berseni, maka hasilnya tidak secun mcm yg aku tgk dlm tb malah ia lebih kurang hasil kerja budak tadika saja. Oleh yg demikian, aku buat keputusan utk tidak menonjolkan kerja tangan aku itu dikhalayak umum, bimbang akan dieksploitasi oleh org2 yg tidak bertanggungjawab dan bakal menjatuhkan reputasi aku. Tapi aku berjanji, aku akan perbaiki atau pendek kata; aku buat balik yg baru. Lepas tu, baru aku tonjolkan dikhalayak pada apa2 jua pertandingan yg melibatkan Dun.

Kerja menjadi pengacau di luar court memerlukan stamina dan daya tahan mental, fizikal dan emosi yg tinggi. Aku mungkin kena serang balas akibat cuba menimbulkan provokasi antara team yg bertanding dan boleh jadi sebaliknya. Apa2 pun, aku harap aku dpt snap gambor byk2 terutama muka aku sendiri.

Sabtu, Oktober 30, 2010

Final Piala Malaysia

Malas nak cerita panjang, pasal nak ulas lebih2 pun game belum habis.


Halftime Kelantan dah kena 0-1. Sampai habis masa tak tau mcm mana.. Lantak pi la pasal aku pun bukan penyokong Kelantan, cuma bagi kredit sket pasal tahun lepas diorg dah nangis2 kalah ngan N9. Cuma harap2, jangan la puak2 mat barat nih duk emo lebih2. Tapi rasanya, perkara tu x dpt dielakkan jika Kelantan kena 2-0 ngan N9.


Papepun, hidup Oranje!

Sabtu, Oktober 02, 2010

Gambar Suka-suka!

Ni beberapa pics yg aku nak share sepanjang aku berada di *Australia baru2 nih. Eleh! Australia konon..KL aje la which is Kuala Lumpur!!

 Dengan YB Datuk Rosnah


 Tak dpt bergambar ngan Tun, dgn banner aje jadi lah...huhu


 Bersama Pn Azita - SU Puteri UMNO Malaysia


Lepas makan steamboat kat Restoran Nelayan 


 Sesi Dialog bersama Negarawan - Tun Dr. Mahathir Mohamad


 Ceramah oleh Tun mengenai Cabaran Masa depan


 Kamal Afendi lawak giler...


 Gaya org mengandung pulak...


Posing..jgn tak posing...

Selasa, September 28, 2010

Hari Bergaloks!!

Baru balik dr KL..opss! *australia la. 27hb Sept - Isnin - Aktiviti bjalan lancar..dpt join sesi dialog bsama Negarawan - YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad. Byk info, nasihat dan pandangan yg dberi. Beliau mmg tokoh bjasa. Dah tamat tempoh masih dkenang. Pemimpin yg aku kagum spai hari ini. Byk soalan yg dkemukakan dan byk juga yg x dpt dpenuhi kerana tuntutan masa YABhg Tun sgt terhad. Aku tlepas peluang bgambar dgn Tun sbb lewat masuk ke dwn ptg itu kerana shopping. Hanya dpt snap beberapa kali dr jauh.
Sesi sebelumnye dpenuhi oleh saudara Kamal Afendi, seorang pengkaji barangkali tentang jenayah. Memang cukup terkenal dgn ceramah2nye cara utk mengelak, membendung jenayah dlm negara. Pengisian yg biasa2 saje tp cara penyampaian aku beri 'A'. Beliau boleh dikelaskan sbg entertainer..serious entertainer. Pasal topik yg dbincang berat tp beliau boleh buat audience rase rileks. Kalau sapa2 yg penah attend ceramah Kamal Afendi tentu setuju dgn aku.

Lets talked about lunch hour on that day. Waktu yg dpenuhi dgn aktiviti mkn n shopping. X byk yg dbeli. Dgn tempoh masa terhad (b4 4pm kena ada dlm dwn sesi Tun), beli yg btl2 teringin je. Ada sale 50% di SODA Boutique, aku beli sepasang jeans. Then another 50% di VOIR, aku beli sepasang soft strecheble jeans kaler coklat. Last but not least, F.Timber purse. Nasib baik Levi's xde sale. Pasal aku dh masuk then keluar balik keh keh keh! Kwn2 lain xyah citer, 2-3 beg plastik sorang. Itu pasal lambat masuk dwn.

Bln dpn naik KL lg tp mgkin x syok nak shopping coz bkn time gaji..kecian kt kami.. Huhuhu.. Oh! Nanti aku post gmbr yg sempat posing..daa


*Aku - Dah lame x g KL dgn kawan2

Khamis, September 23, 2010

Konfius Aku!

Sepanjang bulan Syawal, berebut2 org buat rumah tbuka. Jabatan2 kerajaan pun same gak. Dpt bajet, buat jamuan raya. Dpt invitation, aku x lepas. Kena timing gerenti sampai. Tapi dlm byk2 jamuan raya jbtn krjn yg aku pnh pegi, hari ini dlm sejarah la kot! Pasal? Satu je aku nk ckp @ tye diri aku sdiri - yg td 2, jamuan raya ke pasar malam??


*Aku - Organizer tuh kena study lg la cara2 nk organize jamuan raya!

Khamis, September 16, 2010

Gambar Raya

Sepatutnye dalam pic ni akan ada seorang lagi insan yg setia dalam mana2 pic raya kat umah ni. Tapi beliau dah pergi menyahut seruan Ilalhi... Al - Fatihah utk arwah atuk.
* Yang xde dlm pic - Dink, Kiki n Rudy.



Memandangkan 2-3 tahun sebelum ni, diorg mmg beraya kat Dengkil, jadi tahun ni along n hubby beraya di umah mentua kat Melaka plak.




*Aku - Inilah keluarga besar kami

Selasa, September 07, 2010

Notis Terakhir Ramadhan


Tinggal 2 hari lagi Ramadhan nak pergi. Rata2 manusia yg ghairah menyambut raya dh mcm semut hurung gula aku tgk. Mana taknye..kat kedai2, supermarket dan bazar2 penuh org. Jgn kata nk membeli, nk jalan pun susah. Maklum le, nak beli keperluan raya.
Tahun ni as I told b4, spirit nk raya mmg x kuat. Tp preparation kena ada. Ye la, hari baik bulan baik walau mcm mana pun kena la meraikan. Iye dok?


Kat fesbuk ramai benor yg duk tagged aku kad raya. Cun2 sumenya.. So, aku pun buat gak la 1-2 tp just edit tulisan aje. Pic pun aku carik kat internet. Tak reti aku nk reka2 mcm Zampeada. Dia takpe, terer!

Okies! mungkin ni entry terakhir aku hingga ke 1 Syawal nanti. Salam Aidilfitri utk semua yg sudi berkunjung ke sini. Maaf Zahir & Batin.



*Aku - Cari daun inai x jumpa2..

Rabu, Julai 14, 2010

Jejaka Pilihan!

Time WC, jurulatih @ pengurus pasukan (kelab) biasanya jadi org paling sibuk. Sibuk "mengushar" talent2 baru yg boleh dipikat utk menyarung jersey kelab masing2. (Lupakan seketika pemain bintang spt C.Ronaldo & L.Messi) Err..kat bawah ni ada beberapa player muda yg aku confirm mmg mempunyai talent, skill, kelincahan dan kepantasan yg tak tersangka sebelum ni. Tapi yg pasti mereka ini adalah antara pilihan aku "kalau" aku jd pengurus.


Mesut Oezil : Jerman
Pilihan pertama aku, sbb dia mmg bagus n cute. hahaha..

Gonzalo Higuain : Argentina
Antara penyelamat skuad Argen, pun cute gak!


Edgar Barreto : Paraguay
Boleh tahan gak skill dia nih.


Javier Hernandez : Mexico
Confirm dgn MU musim depan.



Giovanni Dos Santos : Mexico
Lincah, laju..mcm lipas kudung.



Thomas Muller : Jerman
Hero Jerman, pemenang kasut emas dan pemain muda terbaik.



Lucas Podolski : Jerman
Aku x tau nk klasifikasikan dia camne. Ramai sgt org sebut nama dia.



*Aku - For record, tonton semua match WC 2010!

Isnin, Julai 12, 2010

Sang Juara Baru!

Kesian Torres. Kat padang terpinggir, dh menang pun terpinggir.

Ramai yg suka bila kemenangan Spain menepati ramalan. Tahniah kepada Spain kerana berjaya muncul pertama kali di pentas akhir Piala Dunia dan sekaligus menjadi juara baru. Tahniah juga kepada Holland kerana membaiki kedudukan sbg naib juara berbanding hanya ke pusingan ke-2 4 tahun lalu.


Perlawanan yg melarat hingga ke masa tambahan, mmg sudah dijangka akan menghasilkan gol disaat2 terakhir lazimnya dari Spain. Hero biasa la kalah dulu, menang kemudian. Jaringan Iniesta menafikan Holland utk muncul juara kali pertama selepas 2 kali kecewa di final. Pemilihan Iniesta sbg Man of the Match mungkin bersesuai utk perlawanan final tu sbb dia dh jadi hero, tp kalau sebagai pemain terbaik keseluruhan sepanjang kejohanan aku tak setujulah. Org lain lebih layak.