MsGoodNite ialah
- PeppermintNelly (Known as MsGoodNite)
- Terengganu/Selangor, Malaysia
- Selfish and Arrogant
Selasa, November 20, 2012
Review Suami Dan Isteri
Suami (judul asal : Misteri rahasia seorang suami) - Cerita berkisahkan seorang gadis yang mahu dijodohkan dengan anak orang kaya, duda tampan yang kematian isteri. Awal perkahwinan tiada masalah besar melanda sehinggalah si isteri curiga suaminya mempunyai rahsia besar tentang kematian arwah isterinya dahulu apabila seorang pekerja suaminya pula menjadi korban.
Hero utama, pegawai polis Kosasih dan sahabatnya Gozali menyiasat kes kematian arwah isteri pertama si suami yang telah ditutup untuk membongkar siapa pembunuh sebenar.
Cewaahh! Kemain serius aku rebiu.
Isteri (judul asal: Misteri dendam seorang istri) - Kapten Kosasih dan Gozali kembali menyiasat kematian seorang beks model, isteri kepada hairstylist terkenal yang mati secara tiba-tiba. Suami si mati pada awalnya menjadi suspek utama mempunyai abili tidak bersalah kerana tida di rumah ketika kejadian. Jadi, suspek bertukar kepada pembantu di salon si suami kerana dia orang terakhir yang bertemu si mati ditemui meninggal di biliknya dengan luka kesan kelaran dipergelangan tangan.
*Gaya bahasa kedua-dua buku ini adalah bahasa Indonesia yang diterjemah ke bahasa Malaysia tanpa mengubah apa-apa maksud. Namun demikian, masih ada perkataan asli bahasa Indonesia. Peminat sinetron pasti mudah mencerna tulisan buku ini. Hahahaha....
Sent from my BlackBerry® wireless device
Isnin, November 12, 2012
Iklan
Isnin, Oktober 15, 2012
Review INVASI
Rabu, Oktober 10, 2012
Review Hotel K
![]() |
| #1 Emmanuel, with only four hundred grams, he got death sentence #2 Scott, 25 also death row inmate for being trafficker #3 Amrozi, muslim terror bomber |
![]() |
| Single picture : Notorious cell tikus Up : Each cell has only one hole in the ground toilet for all inmates to share below : Prisoner is cooking dinner in makeshift kitchen, beside the toilet |
Selasa, Oktober 09, 2012
Review MURTAD
Sabtu, September 22, 2012
Review HILANG
Aku juga terpaksa amik masa yang lama untuk memiliki buku Hilang ini sejak ia dilancarkan. Lagi bengang bila Popular Bookstore tidak lagi mahu memasarkan Hilang dan Murtad kerana dikatakan perkataan dan ayat-ayat yang digunakan terlalu bebas. Hmm...alah! Mengada betei. Buku FIXI lain sebelum ni banyak je guna perkataan-perkataan gitu, takde masalah pulak?! *eyes rolling*
Lupakan bagaimana aku dapat buku ini, yang pasti aku dapat dengan cara halal. Mari kita teruskan dengan review.
Kisah Shariman yang cari kembar dia Ikhsan yang tetiba MIA. Tau-tau je, Shariman jumpa nota amaran dan kesan darah pada cadar putih dalam bilik adik dia tu. Nak tau apa jadi kat Ikhsan, kena baca sendiri.
Cerita ni cerita plot jenayah. Samseng, taiko dadah, pusher dan yang sewaktu dengannya. Gemg samseng yang lebih kurang macam citer KL Gangster yang korang tengok tu la. Ada grup-grup, taiko dan kuli.
Ada juga kisah budak kampung yang konon-konon innocent tapi pernah bunuh orang. Macam mana dan sebab apa, dekat nak abis cerita baru tahu.
Bagi aku, HILANG memang not bad. Seperti juga JERAT. Kak Dayang Noor, I love this HILANG as much as I love JERAT. Terima kasih kerana hasilkan karya seperti ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device
Jumaat, Jun 15, 2012
Review Dosa
Bersama Yusuf si lembut yang merelakan dirinya untuk menjadi pendamping dan penghibur lelaki-lelaki tua bernafsu songsang, dan Paris seorang penyelamat dan akhirnya jadi penyelamat, tapi sebenarnya dia yang harus diselamatkan dari prinsip hidup dia adalah "perempuan".
Bersama-sama Oskar, Ricky menjadi "bidadara separuh telanjang" menghiburkan kelab gay saban malam untuk mendapatkan wang.
Kisah yang bertunjangkan persahabatan, antara kehidupan, maruah dan kematian.
Rate : 5/5
Sent from my BlackBerry® wireless device
Rabu, Mei 09, 2012
Review TABU
Lupakan tentang ganti nama khas watak itu. Bila aku ingat nanti, aku tulis je nama dia. Mungkin cukup untuk aku ceritakan tentang tanggungjawab, konflik, konfrantasi, cinta dan persahabatan dalam kehidupan seorang gadis melayu di sebuah kota metropolitan. Atau mungkin juga aku ringkaskan seringkas mungkin sebab rujukan aku itu masih dalam kotak.
Kisah tentang seorang gadis yang bekerja dan tinggal jauh dari keluarga, mengandaikan hidupnya 'bebas'. Dengan tubuh badan bersaiz XXL, mempunyai kekasih berbangsa asing yang setia dan penyayang membuatkan Bibi merasa dia mempunyai segala-galanya. Sehinggalah pada waktu dia merasakan kekasihnya curang, kawan baiknya mati, lelaki misteri dalam lrt menghubunginya; dia hidup seperti dalam teka teki.
Rate : 4 bintang
Sent from my BlackBerry® wireless device
Ahad, Januari 15, 2012
Review Kasino
Jujur, *gua serius sket kali ni. Membaca Kasino mengingatkan kpd seseorg yg gua kenal. Watak Dato Narcissus sedikit sebanyak ada persamaan dgn seseorang tersebut. Mungkin bukan Dato tp menjalani kehidupan sbg kontraktor, punya kenalan dari org2 politik dan perempuan. Yup! Silih berganti.
Membaca kasino buat gua berdebor bukan main. Berdebor disaat Dato Narcissus mula dilanda masalah dan sedang berusaha menyelesaikan masalah. Bila beliau dah start dgn kasino, time tu mmg gua berdebor gile. Gua takut beliau gagal. OMG!
Pendek kata penulis berjaya menggarap cerita dgn baik, meletakkan watak2nya sesuai dgn jalan cerita dan terus terang gua ckp, walaupun Kasino cuma merupakan sebuah fiksyen, tapi gua x nafi apa yg ditonjolkan adalah benar. Dan secara rasminya hingga waktu entry ini ditulis, gua meletakkan Kasino sbg Buku Fixi yang paling gua suka. Secara automatiknya Zombijaya turun ke tangga ke dua. Kehkehkeh!
5/5 for Kasino.
Selasa, Januari 10, 2012
Review Ngeri
Kisah 3 pelajar jurusan perfileman yg terjebak dengan penghasilan skrip filem yg bergenre thriller atau pembunuhan. Namun yg menjadi masalahnya apabila skrip filem tersebut menjadi kenyataan dengan terjadinya kes bunuh yg mirip dgn skrip filem mereka.
Gua bagi 4/5
Isnin, Januari 09, 2012
Review Jusoh Turbo
Peringkat awal pembacaan, gua disajikan dengan penceritaan dari dua kisah; Jalil dan emaknya serta Jusoh Turbo dan Yana Samsudin. *gua harap Yana dpt royalti atas penggunaan namanya utk cerita ini. Jalil anak emak yang wajib merokok kalo nak berak, Jusoh pula yang sering ditemani oleh Yana di hospital akibat kecederaan.
Pembacaan santai gua bertukar menjadi serius apabila hingga ke tengah cerita gua masih tak dapat nak kaitkan Jalil dan Jusoh ni. Apakah Jalil itu Jusoh di masa lampau atau Jusoh adalah Jalil di masa depan? *sama je tu, kan?
Sehinggalah ke akhir cerita, segala-galanya terbongkar. Siapa Jalil dan emaknya, siapa Jusoh dan siapa Yana Samsudin. Gua rasa tertipu walaupun hakikatnya linglung menulis cerita ini untuk tujuan suka-suka sebagai hadiah tahun baru. Pfft.
Sabtu, Januari 07, 2012
Review Zombijaya
Mengisahkan survival beberapa orang yang terselamat pada peringkat awal serangan zombi mencari jalan untuk menyelamatkan diri dan seterusnya meneruskan hidup tanpa menjadi mangsa makanan zombi atau menjadi zombi itu sendiri.
Nipis - pemuda sengal, kepala masuk air. Boleh dikatakan hero dalam cerita ini. Dengan keberanian dan kesengalan yang ada pada dirinya, beliau merancang untuk membawa orang-orang terselamat bersamanya mencari perlindungan di Putrajaya yang pada "penyelidikan"nya sebelum ini, bahawa kerajaan telah membina "kota bawah tanah" di Putrajaya sebagai tempat berlindung dari perang nuklear.
Namun apabila Nipis dan beberapa orang sampai di sana, mereka hanya disambut oleh ratusan zombi yang laparkan otak serta organ dalaman mereka.
Turut diselitkan kisah pengorbanan, persahabatan dan keganasan manusia yang mementingkan diri sendiri untuk meneruskan hidup.
Gua suka cerita ni - 5/5 utk Zombijaya
Isnin, Disember 26, 2011
Review Kontrol Histeria
Pendek kata, Kontrol Histeria ni merupakan sebuah buku indie yg digarap oleh 23 org penulis muda. Nama sorang2 jgn ckp la, dh macam bintang filem. Nama ganas pun ada jugak, sesuai dgn konsep buku ini iaitu keganasan melampau yg dihiasi imaginasi abnormaliti kehidupan masyarakat.
Tak faham? Lu org kena baca baru faham. Tp kalo pesen lu org, org yg lemah, lembut, longlai gua pesan xyah baca. Kang bab2 potong, belah perut, korek usus manusia, lu org pitam pulak. Walaupun xde gambor tp bila membaca situasi, mesti kita membayangkan, iye dak? Gua sendiri pun, masa baru baca 4 citer yg ada dah kena serangan senak perut, sesak nafas, kerongkong tersumbat. Tapi akhirnya gua berjaya juga menamatkan pembacaan dgn penuh berani dan peluh di dahi.
Imaginasi penulis2 yg digambarkan dalam satu2 citer mmg sgt menyerlahkan keganasan dan tidak berperikemanusiaan. Semua pesen otak...err..otak org gila yg ganas, tau tak? Hehehee... Imaginasi tu, maksud gua. Gua anggap penghasilan Kontrol Histeria tidak mengecewakan terutama Kontrol Histeria tulisan Khrlhsym.
Tahniah team, 4/5 utk buku ni.
Sabtu, Disember 24, 2011
Review HERO
2 Jalan Di Kuala Lumpur - Shahir
Tulisan yg boleh tahan serius. Bermain dgn emosi. Antara impian, harapan dan kenyataan. Ada 2 jalan kehidupan utk dipilih. Silap pertimbangan, celaka kehidupan. Cewaaahhh! Gua bagi 3/5.
Bandar Seri Korupsi - Fikri Misti
Imaginasi tinggi dari dari penulis. Seperti ada gaya2 cerita yg digarap dari filem barangkali. Namun begitu, penulis pandai mencetuskan perasaan ingin tahu kpd gua selaku pembaca. Gua sendiri x terfikir nk tulis cerita mcm ni. Gua bagi 4/5.
Hero Yang Paling Hero - Brader Leplep
Beliau ni mmg glamer giler di kalangan blogger serta penulis Terfaktap. Gaya penulisan yg selamber n telus barangkali. Dalam tulisan kali ini, gua rase penulis terlalu banyak berimaginasi. Cerita serangan makhluk asing ke atas bumi yg rata2 sebelum ni gua dah selalu tgk kat tv. Dlm cerita ni, gua disogokkan dgn cerita yg tak logik tapi menghiburkan. Sepanjang membaca, gua asyik sengeh sampai mak gua igt gua dah gila akibat membaca HERO. Kemunculan watak "special appearance" Pipiyapong dan Fakri sedikit sebanyak membangkitkan perasaan keterujaan gua utk mengetahui kesudahan cerita ini. Gua bagi 5/5.
Obligato - Bozu
Gua x tahu sama ada cerita ni berdasarkan kisah benar ataupun tidak. Andai si penulis kata ini kisah benar beliau dan diolah sikit nak bagi sedap baca, gua percaya. Jalan cerita yg berkisarkan kehidupan seorang "aku" dari saat kegemilangan, kejatuhan dan kebangkitan. Banyak nasihat dan motivasi yg gua peroleh dari cerita ini. Kredit utk penulis kerana menghasilkan cerita seperti ni. Walaupun mungkin kedengaran serius tp part lucu tidak dilupakan. Keheroan heronya boleh tahan true. 5/5 utk Obligato.
Nuansa Atma Adiwira - Lord Zara
Baca tajuk je gua dh boleh agak betapa serius dan beratnye cerita ni. Mungkin kerana penulis seorang guru. Terus terang gua x bape nk faham maksud Nuansa Atma tu. Kat umh xde kamus dewan. Cerita yg byk imbas kembali. Tp ok, sbb kalo tak nanti lu org x faham pulak. Gua boleh katakan, cerita ini berkisarkan ttg org yg mencari kekuatan diri iaitu semangat dan jiwa. Ada unsur2 mainan perasaan di situ. Jadi, kalo baca kena fokus. Kalo x, nnt x faham. Gua bagi 3/5.
Tahniah kpd semua yg terlibat dgn HERO. Secara keseluruhan, gua bagi 4/5. Buku yg harus dibaca.








