MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label holiday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label holiday. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 03, 2011

Entry Cuti Versi Gambar

Okeh kengkawan! sebelum ni gua dah janji dgn lu orang yg gua akan upload beberapa gambar masa gua kat Pulau Perhentian sebagai bukti yang gua bukan kaki penipu. Cewah! Gua tahu ada beberapa insan yang dah tak sabar bebnor nak nengok gambar2 holiday gua tu. Yes! I know, samtaim I feel like a celebrity.

Sila buka mata luas-luas dan tengok puas-puas. Kalau tak puas, lu orang boleh tgk kat fesbuk gua. Sekian, terima kasih.

Ini Gua


Ikan-ikan ni melarikan diri dari gua


Ini coral tp itu bukan ikan nemo



Gua dan Eiza


Gua, Haiza, Daus


Cerita sebelum --> Sila Klik

Rabu, Jun 01, 2011

Syok Cuti-cuti Malaysia

Test..test.. Agak lama juga gua x apdet sebarang entri kat sini. Bercuti panjang kononnya. Tapi mmg betul gua baru balik bercuti ke Pulau Perhentian selama 4h 3m. Ini semua kerja kawan gua yang arranged. Asal nak gi berlima tp last2 jadi bertiga aje. Gua tak kesah. Bertiga pun leh jadi cam berlima gak.

Bila dh lama tak menulis ni gua rasa mcm masa mula-mula tulis blog dulu. Cuak, nerbes, pening pun ada. Tapi dengan penuh semangat gua teruskan juga post blog ni walaupun dari henpon. Jadi, maaflah kiranya terdapat sebarang error dlm ejaan atau design entri yg tak seperti selalu. Sedangkan post dgn lappy pun gelincir, inikan pula dgn henpon yg kecik.

Berbalik kepada story percutian gua, ini adalah kali pertama gua jejakkan kaki ke pulau. Pulau dlm erti kata sebenar, bukan sekadar nama spt Pulau Serai atau Pulau Rusa yang terangan di atas daratan tanah besar. Gua sgt2 teruja menunggu hari nak berangkat. Naik bot laju (laju ke?) Di Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil ambik masa lebih kurang sejam gak la gua igt. Masa tu gua dan kawan2 gua cukup steady, ceria dan comel. Gua mengendong Patrick manakala Eiza pimpin BabyBear. Memang x boleh blah!

Kami menginap di Shari-La Resort. resort yg boleh tahan ekslusif dgn deluxe room with aircond, astro, breakfast included. Suasana persekitaran resort pun menarik. Nnt gua post gambar pasal kat fon ni gua x snap byk. Agenda gua dgn kawan2 kat sini of cos la snorkelling dan mandi laut di samping barbekiu. Cewah! Nnt gua citer.

Snorkellig - Terus terang, gua dgn frens mmg tak reti berenang. Tapi Linglung yg dh berpengalaman ada bgtau gua, kalo x reti swim, life jacket disediakan so gua boleh bersnokle dgn senang hati tanpa rasa bimbang. Pengalaman pertama kali turun dari bot masuk ke air adalah yg paling gua tak boleh nak lupa. Walaupun gua dah pakai life jacket tp gua x boleh nk balance body masa dlm air menyebabkan gua rase macam nak terlangkup terlentang tergolek dlm laut yg dlm tu (dlm lebih kurang 3-4 meter ke dasar laut. Nasib baik brader tekong bot tu baik hati nak tolong ajar gua camne nak balancekan badan, dia bawak gua ke tempat yag gua boleh cecah kaki ke batu besar. Tapi nasib gua sikit malang sbb kaki gua luka teruk kena batu karang. Sampai entri ni dipost, luka masih belum baik dan kaki gua masih bengkak. Last2 gua n kawan2 berjaya juga mengapungkan diri nk bersnorkelling dgn jayanya. Hati gua kembang dan kagum tgk keindahan dasar laut, coral, ikan2 yang ada. Tapi masa kat Shark Point gua x turun sbb gua fikir dgn kaki gua yg luka berdarah boleh mengundang shark serang gua.

Mabuk laut - Pergh! Gua x sangka kalo gua ni mabuk laut. Banyak kali dah gua naik bot, naik feri tapi gua x penah pulak muntah2 gaya pompuan mengandung 2 bulan. Alih-alih time gua naik bot nak snorkelling, kepala gua hanyut, perut gua bergelora, tekak gua mual. Keadaan ni berlaku setelah gua berada di point ke tiga iaitu Turtle Point. So, terpaksa la gua buang isi perut ke laut. Tercemar buat sementara waktu air laut kat tepi bot tp brader tekong kata itu perkara biasa. Gua jadi malu kat mat n minah saleh yg 1 team ngan gua tp diaorg mcm cool je. Siap suruh gua amik gambar diorg lagi. Apa? Tak tahu ke gua dah seasick ni?! (Ada ke word tu?) Main bedal je. Bila dh buang sume baru la lega tp kepala ada pening2 lagi.

Panjang gile citer gua, tp gua nak cakap mmg best rupanya bercuti kat pulau ni lebih2 lagi bila dapat buat aktiviti yg kita x penah buat mcm snorkelling tu. Kalo dpt scuba lagi best kot, gua igt. Gua dgn kwn2 ada plan lain lepas ni, nak bercuti sambil bersnorkle lagi tp kat pulau lain plak. Nak join? Jom!!

Isnin, April 25, 2011

Baim Wong, Selamat Ulangtahun dari Pencinta Kamu!


Lagi 2 hari... tapi biar gua ucapkan sekarang. "Selamat Ulangtahun buat Baim Wong, semoga kamu sentiasa beroleh rahmat Allah". Amin.

Sebenarnya, gua nak lahirkan rasa yang sedikit kecewa. Ya, kerana perancangan awal gua tidak dapat dilunaskan. Ia bukan kerana pihak pengurusan yang tidak buat kerja, sebaliknya gua yang terlalu banyak agenda. Tahun 2011 ni memang tahun "berjalan" gua. Bukan main lagi, macam orang kaya.

Sejak Januari, gua dah planned nak ikut trip AIMLUVS ke Jakarta untuk raikan besday Baim Wong pada 27 April ni. Tapi itu la, mcm yg gua cakap, bila dah banyak sangat agenda, akhirnya trip ke Jakarta utk 2011 terpaksa gua gugurkan dari senarai. Abis tu, apa gua nak kata bila awal2 dulu admin ckp belum tahu lagi nak pergi Jakarta. Gua pun apa lagi? Terus gua di fully booked by fren-fren utk pergi bercuti di Pulau Perhentian. Bercuti di pulau ni pun bikin gua excited gak, sbb ni kali pertama gua nak holiday kat pulau yang jauh dari hiruk pikuk. nanti siap buleh snorkeling lagi. nasib gua takde lesen scuba je, kalo tak..peh! menyelam pulak la gua.


Apepun, gua dah beri bahagian gua buat beli hadiah utk besday Baim dan juga cenderahati utk pembukaan restoran baru Baim iaitu Petromak selepas Bakmilicious. Hadiah tu nanti bakal diserahkan oleh Aimluvs yang pegi trip ke tangan Baim sendiri. Yup, FYI Aimluvs adalah Official Fan Club Baim Wong di malaysia dan Indonesia.

Itu sebagai tanda ingatan gua pada Baim. Gua harap Baim terus success, bahagia dan segera mendapat jodoh, lepas Marshanda kawen..hehehe. Kalo beliau suka kat gua, gua pun memang suka kat beliau tapi beliau masih tak boleh lawan seseorang yang ada dalam hati gua..hahaha. Mungkin tahun ni gua masih tak berkesempatan seperti Kak Liza, Intan, Zura, Acie, Kak Mimi dan lain2 yang dapat jumpa Baim sebelum ni. Tapi InsyaAllah... 1 day, I will. Macam juga gua nak gi Australia tahun depan. Harap dimakbulkan. Amin.

Khamis, April 07, 2011

Sayang Sarawak - Kuching

Permulaan tulisan ni gua nak kata... err nak ucapkan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Agak kurang sopan kalau gua main terjah-terjah je setelah agak lama gua tak apdet blog gua. Last entry lebih kurang pada pertengahan bulan Mac lalu.

Ada yang tanya apasal gua lama tak apdet blog? Ermm.. pasal gua baru balik dari bercuti. Huh! Ada sikit tipu dalam ayat tu. Bukan baru balik, tp dah lama juga balik dari bercuti. But, bikos I am been relly2 bizi balik dari bercuti tu, buat gua lupa nak apdet.

16hb Mac - 22hb Mac gua berkesempatan bercuti ke Kuching, Sarawak selama seminggu. Ekceli ia adalah Lawatan Kerja YPM ke sana. Ia merupakan satu peluang yang tak harus gua lepaskan bila dah dipelawa utk ikut serta. Sebab gua belum pernah terbang ke Sarawak. Apa lagi? ikut saja la....iye dak?


Sepanjang di Kuching, sebenanrnya we ols mmg banyak masa yang terluang. Nama aja Lawatan Kerja tapi tak byk program formal yang gua ikut. Pendek kata, gua mmg betul2 bercuti bukan atas dasar kerja seperti dalam buku aturcara program lawatan. Best giler, gua cakap kat lu! Pergi shopping, pergi jalan-jalan. Ini betul2 dikatakan bercuti dalam negara!




Bandaraya Kuching memang cun kan?!



Menginap kat Grand Continental, Kuching dengan "comfortable suite" sangat2 buat gua rasa gua mcm VIP jer...keh keh keh! chayok! chayok! Tiap-tiap malam yg takde program we ols pi makan seafood di tempat paling femes iaitu TopSpot. Ia merupakan satu kawasan yang dipenuhi dengan gerai2 makanan laut di atas bumbung bangunan. Haa..unik tak? unik tak? dan buat pertama kali dalam hidup gua, gua makan satu makanan laut yang agak pelik but very nice to taste iaitu Ambal. Camne rupa menatang ambal tu, lu org tgk je pic kat bawah ni.


 
Tapi gua mengaku dalam seronok2 gua dengan ahli rombongan lain sebenarnya kitaorg tak dapat lari dari mengalami pengalaman pahit kat tempat orang ni. 3 orang kawan gua kena cirit-birit dan muntah-muntah. Pendek kata macam dah kena keracunan pulak. Nasib baik gua cuma rasa sakit perut yang tidak keterlaluan dan mual tapi belum tahap ulang alik ke tandas. Gua ingat ni semua pasal kitaorg banyak sangat makan ambal tu. Maklum le, benda tak penah makan pastu makan cam tak ingat dunia. Hambik engko! Padan muka gua dengan kawan2 gua.
Apapun, terus terang gua tak penah serik nak kembali ke sana lagi. Gua harap 1 day gua dpt jejak kaki lagi ke Sarawak. Kan, en. b?! Hehehe...

Sabtu, Mac 12, 2011

Gua normal, derr...

Huh! Tak puas hati ke? Keh keh keh! Memang la gua akui sejak dua menjak ni gua banyak tulis poetry2 yang mengarut, main cintan2 plak tu. Tapi apakah salah kalo gua menulis menda2 mcm tu? Ops! Rileks je. Gua penah ckp tulis hari tu, kalo gua tulis menda2 camtu, itu maknanya gua lagi tengah layan jiwa-jiwa. Harap memahami.

Okeh! Skrg gua nak balik kepada keadaan yang lebih normal. Maksudnya disini, takde istilah jiwa-jiwa atau mengigau bak kata si LINGLUNG. Macam harem je, derr..cakap gua mengigau.

Dua hari ni hujan tak berenti kat tempat gua. Ombak pun bukan main besar lagi. Memang la menjadi sedikit kepelikan dan kehairanan sebab pada waktu cenggini bukanlah musimnya utk hujan lebat serta ombak besar di Pantai Timur Terengganu ni. Di tambah pula dengan berita gempa bumi dan tsunami di Jepun membuatkan orang ramai mula kerisauan takut-takut ombak tsunami turut melanda kat sini. Al maklum la tepi pantai. Gua pun seram tengok vc tsunami kat Jepun tu...sikit punya jauh air laut tu naik ke darat. Gua ingat ada dalam 10 kilometer dari pantai. Boleh tahan jauh tu. Semoga tidak la musibah itu berlaku kat sini. Hari-hari gua berdoa siang malam. Dan gua tahu kalo umat Islam lain pun turut sama berdoa. Semoga Allah melindungi hamba-hambaNya ini. Amin.

Citer lain, Rabu ni gua ada lawatan kerja dengan YPM ke Kuching selama 5 hari. Wow! Gua excited juga bila dapat offer ikut serta ke Kuching sebab ni 1st time gua akan ke Sarawak. Hope everything will be interesting. Kan bagus kalo... ermm, takde pape la.

Ahad, Mac 06, 2011

Cuti-cuti

Baru balik dari bercuti di Tanjung Balai, daerah Karimun, Indonesia. Penat boleh tahan tapi seronok sebab dah lama tak pergi holiday dengan kawan2 satu grup macam ni. Last, 3 tahun lepas gua ke KK, Sabah.

Gua tak penah sampai tempat ni. Tapi gua dah dpt bayangkan tempatnya mcm mana sebab kawan2 gua yg penah jejak kaki kat sini yang citer. Terus terang, gua tak rase excited mana pun masa nak pegi, tak macam masa gua nak pegi KK dulu. Apesal? Pasal pi KK naik belon kot! hahaha..

Takde la gua nak shopping giler2 kat sana pasal gua pun takde bawak duit byk. Sekadar empat rat jer...huhu. Apa benda yang gua bawak balik? ermm.. adalah sikit cenderahati utk mak, abah dan adik2. Juga Kopi Karimun untuk kawan2 ofis.

Kesian sahabat gua, Haiza sbb byk kali call gua tapi gua tak jawab. Mmg gua sengaja, sbbnya caj roaming mahal. Kredit gua pulak tgh ciput time tu. Atas nasihat en.b, gua beli sim kad nombor Indonesia. Mmg gua suka sgt bila en.b sbb tunai janji. Hari-hari en.b call dan text gua sepanjang gua kat sana. Sayang en.b!

Gua selamat sampai ke tanahair hari Sabtu pagi tapi masih ada tempat persinggahan lain yg ada dlm perancangan rombongan gua ini, iaitu ke Ayer Itam dan Segamat. Gua sempat beli Patrick besar di Ayer Itam tp gua tak beli pape kat Segamat. Masalahnya, mata gua ngantuk sangat, kaki gua sakit dan duit gua dah kurang. Jadi ada baiknya gua lepak saja dalam bas dan tidur sampai ke Dungun sambil memeluk Patrick.


Peneman tidur dlm bas

Pekan Tanjung Balai, Karimun, Indonesia

Sunset - Pemandangan belakang hotel

Rabu, Februari 02, 2011

Hari Cuti

Hari ni ramai dah yang mula bercuti. Cuti panjang jugak la gua kira. Mane taknya, Rabu membawa ke Ahad. Ada sesetengah tu Isnin pun masih cuti. Raya Cina lu orang melayu pulak yang sebok nak cuti lama-lama. Tak paham betul gua. Tengok, gua masih steady lagi datang kerja hari ni walaupon dalam hati gua agak menderita dan otak gua mula ligat berfikir apakah gua akan tunggu sampai jam 4.30 atau gua cabut jam 1.00 nanti.

Sebelum gua merepek lebih panjang, baik gua stop skrg. So, gua nak wish Gong Xi Fa Cai pada semua Malaysian terutama kaum Cina. Semoga tahun Arnab (kan? tahun ni tahun arnab, kan? gua tak tgk kalendar) membawa seribu tuah kepada lu orang temasuk gua juga...



*Gua bengang pasal takleh upload gambar singa kat sini..grrr..




Ahad, Januari 23, 2011

Trip to Jakarta

Gua sedang kumpul duit. Tapi sorry brader Linglung, pasal gua bukan kumpul duit buat ikut trip lu ke pulau sebaliknya gua kumpul duit untuk trip gua ke Jakarta.

Misi gua ke Jakarta - Ada dua. Nak jumpa seseorang dan aktiviti Aimluvs di sana dengan Baim Wong. Lu orang tak kenal sape Baim Wong, lu orang punya pasal. Janji gua dapat ikut trip kali ini. Dah la gua termiss masa Baim datang KL 12 Jan hari tu. So, gua fikir gua tak mau miss kali ke dua.




Kawan2 gua, terutama Haiza. Inbox @ sms aku kalau nak tahu cerita lanjut. Terima kasih.

Sabtu, September 25, 2010

Australia

Ini bkn preview filem lakonan Hugh Jackman dan Nicole Kidman tp cerita aku nk pegi Australia esk. Aku post kt wall fesbuk, ramai pulak yg nk ikut (hakikatnye no way!), yg kirim koala dan kangaroo pun ada. Suka hati korang sbb hakikatnya aku x pegi Australia pun tp nk g KL je.. Saja aku tulis Australia pasal smlm aku mimpi aku tangkap ank kangaroo. Lagipun mmg impian aku nk g Australia. Ntah bila dpt merasai adventure di Brisbane..


*Aku - Simpan duit..simpan duit..

Khamis, Mac 25, 2010

Bengang!

Semprit betul....
Itu la, apa yg aku duk fikir2 sgt kan dah jadi. Jadi apa? Jadi yang tak jadi..
Alahai, lemah betul bila trip ke Batam ditunda lagi. tarikh baru 21sr April..ermm tgh pada jadual exam aku dh free masa tu...alhamdulillah. Tak perlu gopoh dan rasa haru-biru bila nak pergi travel sambil ulangkaji ( mcm bagus jer..!)
*Aku - Hope lepas ni takde tunda2 lagi...

Isnin, Mac 22, 2010

Yang Bosan, Yang Exciting & Yang Haru-Biru

Semalam dah dapat surat pelepasan ( Cuti Tanpa Rekod ) dari Biro Tata Negara ( BTN ) untuk hadiri kursus 4 hari di Maran, Pahang bermula 25hb hingga 28hb Mac 2010. Berat pulak hati nak pergi sbb rasa mcm tak cukup geng jer... Ermm.. kalau ramai geng lagi best kan?! Baru dapat maklumat dari Kak Zila, masing2 kena pergi dengan bas yg disediakan ikut DUN masing2. Alamak! Jauh pulak aku kena menyusur ke Pejabat Penyelaras DUN di Paka. Idea terbaik, tumpang aje la bas DUN Rantau Abang. Menongkah arus pun tak la jauh sangat. 10 minit aje....

Kelengkapan...ermm.. dah lama tak pergi kursus BTN, ibarat lupa pulak kelaziman yang perlu disediakan untuk kursus tu. Tp yg pasti, baju putih dan kain hitam serta kasut hitam bertutup. Bosan!

1st April 2010- will be..
Aku dapat pelawaan rakan untuk ikuti trip ke Batam, Indonesia. Seems I never been there, aku tak tahu sangat apa yang menarik di sana. Ada kawan yg cakap Batam ni hanya lelaki saja yg suka pergi. Ada juga aku try survey di Internet tp tak dapat info yg aku inginkan kecuali about hotels, transports to go there.
Balik dari sana nanti, aku dh kena buat preparation for final exam untuk semester januari 2010. Agak berat sebenarnya terutama subjek Statistik. Adui! ada klinik peperiksaan untuk subjek tu akan dibuat pada 27hb nanti tapi apakan daya aku x boleh nak follow juga sbb ada kursus mcm kat atas tu. Kena ulangkaji betul2 dan tawakal je la...

*Aku - Tension pada perkara yg tak pasti!

Khamis, Ogos 14, 2008

This view


Apa pendapat korang bila tengok pic kat atas ni? cantik tak? well, mungkin ada lagi view yg lebih cantik yg korang penah tengok, but for me, this is nice. It was taken by me at Residence Resort, Paka, Terengganu last year masa aku mengikuti kursus ICT anjuran sebuah persatuan yg aku sertai.
Masa ni org lain kat dewan meneruskan sesi kursus sebelah malan, tp aku dgn sorang member wat perangai plak, malas nak turun dewan. So, kitaorag lepak aje la kat bilik. At first, nak pi karaoke, tp last minit, lagi sorang member yg nak joint kiraorg terpaksa cancelkan "date" ni pasal ada hal urgent. Ceh! tak merasa la nak karaoke mlm tu, coz minah yg ada hal urgent tu yang nak "payung"... heheheh
Sebenarnya dh beberapa kali juga la aku bermalam di resort ini, atas urusan kursus. Service dia, not bad. Makanan pon ok, sgt menyelerakan. Berhampiran dengan pantai dan kampung dan juga bandar Paka. View mmg menarik. Kalau drive lebih kurang 10 minit menghala ke Kuantan, korang akan melalui satu kawasan yang di panggil Terminal Gas di Kerteh. Di sini kalo waktu malam mmg cun. Lampu2 yang dipasang pada setiap terminal2 gas cantik sangat seoah2 korang akan lihat bangunan2 bercahaya di tengah bandaraya. Tak percaya? Datanglah ke Terengganu... hehehehhe



*Aku - Saje tolong promote...ahaks!