MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label Somebody. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Somebody. Papar semua catatan

Selasa, April 26, 2011

Wan Dah Pergi

Semalam lepas maghrib, gua terima berita kematian tokwan (cucu2 panggil wan aje) gua iaitu ibu kepada bapak gua. Sebenarnya arwah mmg dah lama sakit tua dan baru-baru masuk hospital selepas dikesan menghidap penyakit buah pinggang. Gua sempat juga melawat beliau ketika di hospital. Malah beliau meninggal semalam pun di hospital.

Hari ini gua cuti sebab menziarah arwah yang dimandi dan dikapankan di rumah Mak Ma (adik bapak gua). Jenazah beliau selamat dikebumikan pada jam 2.00 ptg tadi.

Sebenarnya pemergian arwah tidaklah membuat gua terlalu sedih sampai menangis-nangis. Tersedu-sedu jauh sekali. Tidak seperti waktu arwah atuk (bapak mak gua) dulu. Tadi, gua ikut serta masa orang mandi dan kapankan jenazah tapi sumpah, setitis air mata gua tak tumpah. Bukan gua tak sedih, tapi gua tak tahu mana perginya air mata gua waktu tu. Cuma waktu semua anak cucu diberi kesempatan utk melihat dan mencium jenazah buat kali terakhir, baru gua rasa ada titik jernih yang mengalir dari dua-dua belah mata gua. Itu pun sekadar mengalir perlahan dan seketika sahaja. Mungkin tubuh gua kekurangan air barangkali menyebabkan air mata sukar utk dirembeskan.

Hubungan gua dgn arwah memang tak rapat. Walaupun gua pernah duduk ngan beliau setahun masa form 1 tapi tak pernah timbul keserasian. Gua fikir bukan gua sorang, adik beradik gua dan sepupu gua pun begitu. Walaupun kami tinggal dalam daerah yang sama, senang nak menziarah tapi kimia tu tak ada. Mungkin arwah seorang yang terlalu tegas dan kurang mesra dengan cucu. Tapi gua tak nafikan, arwah tak kedekut dengan cucu-cucunya.

Apapun gua doakan kesejahteraan arwah di alam sana. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan org yg beriman. Amin. Al-Fatihah.

Ahad, Jun 20, 2010

Apa ada pada 20 Jun?

Selamat Hari Bapa! (lewat 1 hari)

Pasal abah, akak tak tahu nak citer apa. Bukan abah tak best! tapi mmg mak lebih best la daripada abah..hehe. Kalau compare, mmg byk beza antara mak dgn abah. Kalau sebut satu2 boleh jadi "bias" pulak.


Tapi umumnya mak mmg paling best drp abah. Abah garang, serius, tegas tp ada gak kelakar sket2..hehe. Satu yg paling tak best, kedekut. Opss..mana ada, abah bukan kedekut tp berhemat. Bukan semua perkara yg aku nak dr abah, ditolak. Actually, aku yg la yg paling byk dpt something drp abah. Tp sejak2 aku dh kerja, takde la aku nk harapkan semua drp abah. But, abah masih boleh kompromi. Tapi kena ada caranya. Adik2 tak tahu sbb tu diorg rasa abah teruk, kedekut. Abah tak mcm tu.. kalau pandai berborak dgn abah, tackle him nicely, of course dia akan bagi apa yg anak2 nak!

Walau macam mana pun, aku syg abah!



*Aku - Selamat hari abah, abah!

Khamis, Mei 27, 2010

Hmm....

Aku kenal dia dari seorang teman kepada cousin aku. 1st time jumpa, mmg dia tidak membosankan. Ramah mesra, pandai menghidupkan suasana agar pertemuan yg pertama kali itu tidak kaku. Pertemuan yg memang dijanji tetapi bertujuan sebagai peneman sepupu aku dan kawannya yg "berdating".
Sebulan selepas itu, aku berjumpa dia lagi apabila dia datang ke tempat aku bekerja. Tak sangka dapat jumpa dia lagi walaupun sebelum itu ternanti2 juga khabar dia dari kawannya. Lanjutan dari itu, hubungan kami lebih akrab menerusi panggilan telefon dan juga kesanggupannya utk berjumpa aku di tempat kerja pada waktu rehat. Sehinggalah kami benar2 rapat dan declared sebagai pasangan yg "bercinta". Permulaan hubungan kami mmg fun seperti remaja lain. Hari minggu kalau free, kami dating. Kalau tidak, telefon aje lah penghubung hubungan kami. Kesilapan pertama yg pernah aku buat semasa hubungan kami ialah aku sanggup utk menolak peluang kerja di sebuah syarikat hartanah di KL semata2 kerana aku tidak mahu berjauhan darinya. Kalau tidak mungkin skrg, kerjaya aku dh berkembang di KL.
Hubungan yg berlanjutan hampir setahun itu tidak bertahan lama. Terlalu byk perkara yg harus aku pertimbangkan, secara peribadi dan umum.
Kata mak, dia mmg seorang lelaki yg baik, bersopan santun dan tahu menghormati org tua tp dia terlalu muda untuk aku coz dia 3 years old younger than me. Kedua, kadang2 sikapnya terlalu kebudak-budakkan, cemburu. ketiga, dia masih terumbang ambing dalam mengukuhkan kedudukan kewangannya.
Aku ambil keputusan utk putuskan hubungan. Alasan yg dpt aku beri ialah "kita tak serasi bersama". Aku tahu dia kecewa sbb aku tahu dia mmg sayangkan aku. Aku juga sygkan dia. He nice, handsome but..arghh susah nk dijelaskan. Kadang2 bila bersamanya aku jadi bosan.
Lebih kurang 3 bulan lepas break, dia masih call aku (sesekali). Dia beritahu waktu itu dia sedang mengikuti latihan kepolisan (betul ke perkataan ni?) di N.S. Aku tumpang gembira. Tapi dalam setiap perbualan kami pasti dia akan ungkitkan keputusan aku memutuskan hubungan. Aku benci bila perkara itu diungkit. Akibatnya aku sanggup berbohong aku sudah bertunang dgn harapan dia tidak akan telefon aku lagi.
Itu cerita 7 tahun dulu... Benar. Tuhan makbulkan harapan aku. Dia tidak pernah lagi hubungi aku selepas itu.
Aku tak pernah berharap utk kembali pada dia. Aku pasti dia dh ada kehidupan sendiri. Tapi lately aku terlalu rindukan dia, teringatkan dia. Tika ini aku harap aku dpt jumpa dia, just to say I'm sorry...
*Aku - ................................

Selasa, April 20, 2010

Isk! Apa nak buat nih????


Apa yg harus kita lakukan untuk mengelakkan diri drp seseorang secara langsung disebabkan alasan tertentu?

Secara amnya kita tak boleh mengelak dengan cara kasar --> percakapan, tindak balas;
dlm erti kata lain --> tak jawab setiap panggilan telefon, bercakap dengan nada yg kasar dll...

sebabnya risau jika pada masa akan datang mungkin akan timbul perselisihan yg lebih berat (dan tak mahu jadi kurang ajar). So far, yg boleh dilakukan ialah mengelak daripada berjumpa.

Ada nasihat, cadangan? What should I do?


*Aku - Dah bosan nak menghadap semua nih! Tension sey..

Ahad, April 18, 2010

Siapa salah?

Adilyn belek2 henfon mahalnya. Dah tiga tahun dia menggunakan henfon tu. Henfon mahal yang dibeli menggunakan duit hutang yg dibayar kepadanya. RM1100. Kira mahal la tu.. Dijaga dengan baik, masih kelihatan baru dan dicemburui oleh teman2. Bukan sebab henfon itu mahal tp sebab masih nampak baru.
Sambil belek henfon, Adilyn semak senarai nama dalam Contacts. Dari A sampai.... N, matanya terus terpahat pada nama N** lantas ingatannya terpaut pada seeseorang yg dh lama x dihubungi. Kawan yg sorang ni belum la dia kenal lama, tapi pernah jumpa sekali. Cuma selalu bersms - dulu.
Adilyn menghantar sms. "N..pe kabar?". Lama juga baru dpt balasan. "Sapa ni?". Adilyn mmg dh agak itu jawapan yg akan dia terima. "Erm..lupa ekk, ni mesti kes tak save no nih". "Sory le.. kekadang lupa penah save ke tak", balas si N lagi. Ceh! alasan bodo.. lupa hape, kalau dah save dah tentu aje nama aku terpampang kat skrin henfon dia, Adilyn bermonolog. "N sehat? kat mana sekarang?". Soalan khabar ditanya lagi sbb belum berjawab. Lokasi terkini juga mahu diketahui sebab kali terakhir N berada di Johor. "Ni sape?". Giliran N pula yg tanya, agaknya dah marah bila diganggu oleh org yg tidak diketahui. "Last saya tanya, awak ni sapa?". Wah, ni dah mmg tahap marah betul2 dah nih. Adilyn cepat2 balas. "Adilyn, kwn awak kat T****d, igt tak?". Kali ni tak lama, terus dapat reply. "Tak igt. K bye". Pergh! mcm s*** je.
Adilyn rasa hangin juga, tp cepat2 dia teringat. Dulu si N pernah nak pinjam duit tp Adilyn tak bagi. Yelah, pantang betul org lelaki nak pinjam duit dgn dia, dah la tak kenal mana pun. Kalau pinjam tapi terus lesap, tak bayar mcm mana? Tak ke haru?! Agaknya atas sbb2 itu si N pura2 tak ingat Adilyn. Malu atau marah..
Bila difikirkan Adilyn rasa nak marah, nak gelak pun ada... tapi takpe la, sekurang-kurangnya Adilyn dapat mengenali satu lagi sifat lelaki yg tidak boleh dipercayai. No tel N terus didelete...
Sekian, terima kasih.


*Aku - Perangai manusia mmg mcm2, pandai2 kita la...

Rabu, Disember 02, 2009

40 days after........

Hari ni dah 40 hari arwah atuk meninggalkan kami tapi dalam masa yg sama aku masih terasa arwah masih ada. Tadi, masa baca surah Yassin, tak dapat aku tahan air mata daripada mengalir hinggakan suara aku pun tak terkeluar. Gosh! I missed him so much!



*Aku - Nothing to say more... still in a sad mood!

Rabu, Oktober 28, 2009

Kehilangan...

Masih dalam mood kesedihan. Sampai saat aku taip post ni pun, aku masih menangis. Org yg aku sayang, telah pergi meninggalkan kami semua. Atuk...

20hb Okt 2009 - Selasa.
Lebih kurang 3-4 hari sebelum kematian atuk, aku dh terima call dari Azwan (sepupu aku) bagitahu atuk masuk wad. Katanya sakit dia yg biasa macam hari tu..(bulan 7, atuk masuk wad- kami balik Dengkil tgk atuk). Masa tu, sakit atuk sekejap2 aje. Hatta, sebelum ajalnya sampai pun mmg Mak Ngah cakap atuk sakitnye cam biasa...datang kejap2.

23hb Okt 2009 - Jumaat.
Mak dapa call dari Mak Ngah, mengatakan atuk sakit teruk. Nak kena operate. Mak dah gabra giler...nangis2. Aku juga sama. Mak suruh aku call abah kat pelantar. Problem sbb tak tahu abah duk kat pelantar mana. Try call jugak..tak dapat. Try call kawan2 dia yg x duty...x dapat info plak. Cuma sempat pesan pada sorg lagi kawan dia. Finally dapat ckp ngan abah. He can't make it. Takde org nak ganti kalo dia balik. So, he allowed us to back to Dengkil petang tu gak. Din plak can't make it nak drive his car sbb belom service. But he promise, akan ikhtiar cara lain. Petang tu, jam 5.30 aku bertolak balik Dengkil dgn mak, Ain, Boboy & Kiki.
Drive terus sampai Hospital Serdang, jam 11 mlm. Ramai dh tunggu kat lobby. Azwan, Along, Syukor, Pak Ngah, Ogy, Abg Zubir, Adik. Azwan ckp atuk jatuh...doc ckp takde harapan.
Kami naik ke wad ( icu actually). Atuk breathing guna machine. I can't stop crying...

24hb Okt 2009 - Sabtu.
Lebih kurang jam 12.50am, atuk pergi tinggalkan kami semua forever. Doctor said dah tak boleh buat apa2 sbb usus atuk dh pecah. Actually he got Ulcer. Tp doc tak dapat kesan. Balik2 igt atuk sesak nafas sbb jantung, sedangkan dia sakit perut yg amat sangat, hingga dia sesak nafas. Air mata mmg mengalir laju...tp aku tak dapat tahan. Aku terus meratapi kehilangan atuk sambil peluk tubuh yg dah kaku kat atas katil hospital tu. Din sampai Dengkil jam 8.00am...sempat dia bersama semua cucu2 lelaki arwah atuk mandikan jenazah, solat dan kebumikan jenazah. Sebak hati aku bila dengar Mak Ngah bagitahu, arwah penah peasn pada Syukor...dia mahu cucu dia sambut dia dalam liang lahad (atuk takde anak lelaki). Kesian ucu...tak sempat tgk jenazah atuk..dia sampai jam 7.00pm, naik bas dr K.Trg.

Ada rasa terkilan terbit dalam hati...Aku pernah berjanji, bukan pada sesiapa tp pada diri sendiri. Aku mahu atuk ada disaat aku mendirikan rumahtangga. Aku mahu atuk sentiasa sehat utk sama2 meraikan hari kebahagiaan aku. Tp itu semua tak jadi kenyataan. Atuk dah pergi dulu tinggalkan kami tanpa aku lunaskan janji aku. Byk perkara sebenarnya....aku rindu saat2 atuk mengambil berat ttg aku. Segala2nya...


"Atuk... jika atuk boleh dengar isi hati cucu mu ini.. betapa kami sangat sayang pada atuk.... bagi kami, atuk adalah atuk yg terbaik di dunia. Walopun atuk susah, tp atuk ttp mahu berkorban utk anak2 dan cucu2. Maafkan akak sbb tak dapat penuhi keinginan atuk sebelum atuk tutup mata. InsyaAllah, akak akan cuba lunaskan secepat mungkin walopun atuk dah takde."

Aku berharap, aku tidak akan pernah lupakan arwah atuh walau di mana aku berada...atuk dh byk berkorban utk aku... aku tak mahu lupa arwah atuk..aku nak igt sampai bila2...kerana kenangan bersamanya adalah yg terindah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.



*Aku - Terasa arwah masih ada... masih menangis

Rabu, Ogos 05, 2009

Erm...Let Me Think First

Dah dekat nak puasa dah...malam ni nisfu syaaban. Semoga kehadiran Ramadhan tahun ni membawa seribu kerahmatan dalam kehidupan seluruh umat Islam.
Malam smlm abg mizi ( kami penah rapat masa aku kat KL, cuma takde jodoh je ) called. Dalam duk borak2 tetiba kuar lak soklan cepumas!. Erm.. dah penat cakap dgn dia yang aku ni solo, tp mcm tak percaya plak. Lantak la, org cakap betul2 tak nak percaya, kang kalo aku cakap yang rekaan semata2 percaya plak, huh! tak paham tol! Dia kata, kalo aku betul2 single, dia nak kenalkan aku dengan seseorang, cousin isteri dia. Wah! sejak bila plak abg mizi ni jadi agen pencari jodoh? Past 2 months dia yg tanye aku kalo aku sanggup jadi bini no.2 dia, alih2 ari ni nak jodohkan aku dgn cousin isteri dia lak!
Anyway, mungkin niat dia baik, yelah.. dh tgk dgn umur aku yang lagi 1 tahun nak masuk 30 agaknya dia risau la kot..ahaks! "takpe la bang, takyah la risau... I boleh hidup lagi...". Aku bukan apa, bila bab2 org nak kenalkan ni mmg aku cuak sket. Pengalaman beb! haru biru betul. Tapi taknak la aku citerkan kat sini sbb tak penting sgt pon bagi aku, cuma sekadar berwaspada la di lain waktu dan ketika. Papepon, takpe la.. InsyaAllah kalo ada jodoh aku ngan sepupunya abg mizi tu..ada la kot. Waloun ketika ini aku takde nombor dia, dia pun takde nombor aku.
Teringat kat sorang kawan, miss busy a.k.a 6ky8ngle...dengar citer nak kawin dah hujung tahun ni. Pun orang tua yg kenalkan, kan..?? all the best for u... hehehe


*Aku - Geram kat "org" tu... betul2 bz ke saje bagi alasan?! huh! tak kuasa...

Sabtu, Ogos 01, 2009

I Love U...

Sebenarnya sejak balik dari Dengkil, kami tak penah miss lagi berhubung dgn mak ngah. Baru hari ni rasa nak tulis tentang ni. Semuanya gara-gara atuk. Tak pernah menjadi beban pun pada aku utk telefon mak ngah @ atuk kat Dengkil semata-mata nak tahu keadaan atuk lebih-lebih lagi selepas dia sakit teruk hari tu. Macam yg aku ckp ari tuh, keadaan atuk kembali lemah masa kami nak balik. Mak dah nangis, serba salah nak ikut aku balik ataupun tak. Aku pon tak tahan air mata, sbb aku sayang sgt kat atuk. Actually kalo boleh aku mmg nak minta mak tinggal dulu 2-3 hari, sbb aku takut kalo ada apa-apa yg berlaku, mak takde rezeki nak duduk disisi atuk bila sampai masanya. Tapi mak ngah yg minta mak balik; bukan tak suka tapi dia jamin atuk takkan apa-apa. Atuk pun cakap he will be okay!
( dia tak ckp omputeh tau! ). So, pagi tu kami balik dgn perasaan sedih.
Start sampai Dungun until today, hari-hari call mak ngah tanye pasal atuk. Kata mak ngah mmg hari kami balik atuk nampak macam tak tahan sgt, sesak nafas. Terpaksa kena tunggu esoknya baru pergi klinik. Mula-mula ingat jantung atuk yg lemah, tp doktor cakap tekanan darah atuk rendah sbb tu dia sesak nafas coz dia rasa penat. Kata doc lagi jantung atuk dah okay! tkde masalah dan dia tak perlu lagi makan 4 jenis ubat berkaitan jantung dari IJN yang dia dah makan selama hampir 10 tahun.
Hari ni mak ngah cakap atuk makin sehat, dah boleh berjalan sendiri, makan pun dah banyak. Tidur pun tak perlu menyandar bantal tinggi utk elak sebak dada. Dia dah boleh tidur lena atas katil. Masa baru kuar hospital, kami beli tonkat 4 kaki utk atuk supaya dia gagahkan diri pada tongkat utk berjalan tp skrg ia dh tak perlu tongkat tu lagi. Alhamdulillah!
Mmg jadi harapan kami semoga atuk terus sehat. Ya! mmg umur dia dah lanjut - almost 86 years old tp aku mahu atuk terus sehat utk aku, demi aku. Ada perjanjian antara aku dgn diri aku sendiri melibatkan atuk. Jangan fikir yg bukan2 plak, ni takde kaitan dgn saka ke hape... tapi tentang aku. Atuk mesti terus sehat utk aku selagi belum masanya. Masanya? erm.. aku sendiri pun tak tahu bila. Aku pernah janji pada diri aku, selagi aku belum berkahwin atuk mesti ada, sbb aku nak aku jumpa "suami" aku. Melampau ke hajat aku nih? Entah lah.. tapi atuk antara org yg aku paling sayang dlm dunia nih, jadi kalo boleh aku tak mahu atuk ketinggalan dalam meraikan hari bahagia aku.

*Aku - Manja sgt ke?

Jumaat, Ogos 29, 2008

Takkan Lagi...

More about him...kenapa tak habis2?
Aku rasa lagu Warkah by Bau tu sesuai untuk aku dlm keadaan skrg. Tak perlu aku nak tunggu atau harapkan dia hadir dlm hidup aku. Aku mengangankan yang disatu hari nanti aku dpt hidup dengan dia, tp kemungkinannya adalah tidak!
Walaupun ada beberapa perkara yg menarik berlaku dlm 2-3 hari ni. 1st, he msg me to inform that he will not go to work for a week, sbb nak meraikan puasa dulu kat rumah, then he asked me if i want to see him. 2nd, he told that he want to come to my house, nak kenal dgn family aku. That was so suprised me anyway! Masa tu aku tak tahu nak kata apa, sama ada nak percaya ke tak? why? sbb..ntah lah. Mungkin sebab dia jarang call aku, sms aku. So, bila tiba2 dia ckp nak datang rumah of course aku terkejut.
At last he came. Yesterday but my dad was not at home. He meet my mom. Tapi satu lagi yg aku rasa cam terkejut, bila dia datang dengan kereta. My fav car! He said he don't have a car. I know he lied bcoz he deserve to have a car!.
Cuma aku terkilan sikit bila dia datang sekejap je. Dah dekat nak maghrib, katanye. Abis tu, nape ko dtg lambat?....benci betul!!!
Actually there's other things yg buat aku rasa kecewa dan aku patut sedar yang aku tak perlu tunggu dia lagi. Lepas semalam, he not call and sms me anymore. Aku ingat lagi kata2 dia masa dia call aku. Masa tu dia on duty. "Bila saya balik nanti, ingat nak ajak awak pergi Kuantan. Nak ikut tak? Kita gi la jalan2..." Sebelum ni pun dah banyak kali dia cakap nak ajak aku keluar tapi sampai sekarang, nothing! Semalam pun, masa dia msg nak dtg rumah, dia ckp nak jumpa mak aku dulu lepas tu boleh la keluar. Tapi takde pun. Takde satu pun yg menarik yang keluar dari mulut dia yg tertunai setakat nih. Jangan katakan keluar jalan2, keluar pi makan mcm sebelum ni pun takde. Just forget about my 1st blog i've wrote; dated July 24, 2008. It's doesn't meant anything to me now! He just played with my heart...
So, dah cukup terangkan, kalau aku mmg tak perlu tunggu dan harapkan dia lagi dlm hidup aku.


*Aku - Feel free to be alone...ahaks!